Konflik Manusia - Gajah Di Sabah, Elakkan Pembangunan Di Kawasan Sensitif

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,188
Reaction score
3,036
Points
236
Gajah Borneo Sabah Perlu Kaedah Pemuliharaan Betul, Agresif

05.12.2019 - Kota Kinabalu, Gajah Borneo di negeri ini memerlukan kaedah pemuliharaan yang betul dan agresif untuk terus kekal sebagai komponen berdaya hidup dalam megafauna Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata ini kerana terdapat peningkatan ancaman kehilangan dan pemecahan habitat, selain pertambahan populasi manusia yang memerlukan lebih banyak tanah untuk kegunaan pertanian dan pembinaan rumah.

Beliau berkata konflik manusia-hidupan liar di Sabah berada pada tahap kritikal dengan lebih 140 ekor gajah dibunuh dalam tempoh kurang 10 tahun dan kebanyakannya terjadi di kawasan konflik berkenaan dengan lebih separuh kematian berpunca daripada tembakan atau disyaki keracunan manakala selebihnya disebabkan kematian semula jadi.

“Pemburuan haram gajah juga semakin meningkat dengan beberapa penangkapan dibuat terhadap penyeludup yang cuba menyeludup gading gajah merentasi sempadan Malaysia-Indonesia,” katanya dalam teks ucapan pada majlis makan malam Mesyuarat Kumpulan Pakar Gajah Asia ke-10 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assafal P. Alian.

Di Sabah, Liew berkata gajah Borneo kini dilindungi sepenuhnya di bawah Bahagian 1 Jadual 1, Seksyen 25(1) Haiwan Dilindungi Sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997 negeri ini dan sebarang kesalahan berkaitan spesies ini memperuntukkan denda sehingga RM250,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun.

Beliau berkata sejak 2016, Sabah telah mengukuhkan undang-undang hidupan liar melalui EPHL 1997 dan kementeriannya bersedia meminda dan mengetatkan hukuman di bawah Enakmen itu sekiranya memburu atau membunuh gajah pygmy atau hidupan liar dilindungi yang lain tidak dapat dihentikan.

Liew berkata Jabatan Hidupan Liar Sabah juga telah menyiapkan draf akhir Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah 2020-2030 yang akan dibentang kepada Kabinet Sabah awal tahun hadapan dan sekiranya diluluskan Kabinet, kerajaan negeri menerusi kementeriannya akan melaksanakan semua langkah yang digariskan dalam pelan tindakan itu.

Bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan pelaksanaannya dapat dicapai, katanya.

Beliau juga berharap Kumpulan Pakar Gajah Asia, gabungan pakar gajah Asia dari 22 negara termasuk pegawai hidupan liar kerajaan dari 13 negara, dapat membantu Sabah dan memberi nasihat kepada negeri ini tentang amalan terbaik pengurusan gajah Asia.

“Sila kongsikan pengalaman luas anda dalam menangani konflik manusia-gajah di negara masing-masing,” katanya.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...abah-perlu-kaedah-pemuliharaan-betul-agresif/
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
269,840
Reaction score
9,876
Points
2,226

Seekor lagi gajah ditemui mati di Lahad Datu


LAHAD DATU: Satu lagi bangkai gajah ditemui di Bakapit dekat sini, hari ini.

Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu, Sylvester Saimin, berkata bangkai haiwan itu ditemui pada jam 6.30 pagi tadi oleh pekerja ladang.

“Pihak kami sudah ke lokasi kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Maklumat penuh akan dikongsikan selepas laporan bedah siasat dikeluarkan,” katanya.

Dalam tempoh empat bulan ini, beberapa ekor gajah ditemui mati di Kalabakan, Sungai Kinabatangan, Beluran dan terkini di Bakapit. - BERNAMA


 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,188
Reaction score
3,036
Points
236
PDRM Batal Lesen Pemilikan Raifal Kekang Pemburu Haram

22.01.2020 - Kuala Lumpur, Semua lesen pemilikan raifal - yang dikenal pasti sebagai senjata api popular untuk pemburu haram - akan dibatal secara berperingkat-peringkat, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, pembatalan lesen itu adalah antara usaha drastik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghentikan kegiatan pemburuan haram di negara ini, yang dilihat semakin berleluasa.

Katanya, tindakan itu diambil berikutan raifal adalah senjata api paling popular menjadi pilihan dalam kalangan pemburu haram.

Selain itu, menurut Abdul Hamid, timbul isu kebimbangan serta kemungkinan senjata api berkenaan jatuh ke tangan kumpulan pengganas.

“Pada masa sama, PDRM turut menghentikan kelulusan syarat berburu bagi pemohon lesen senapang baru,” katanya kepada Bernama.

Abdul Hamid berkata polis juga sedang mengenal pasti hampir 7,000 pemilik senapang yang mempunyai lesen berburu dan mereka sudah berumur lebih 70 tahun bagi membatalkan syarat berburu yang dimiliki mereka.

Isu pemburuan haram terhadap binatang liar mula menarik perhatian ramai apabila dua ekor gajah pygmy Borneo ditemui mati dengan kesan tembakan di Sabah, masing-masing pada 17 Okt dan 25 Sept lepas, dengan gading gajah didapati hilang dipercayai angkara pemburu haram.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa melancarkan operasi khas dikenali sebagai Op Khazanah dalam usaha membanteras kegiatan pemburuan haram sekali gus menyelamat dan memulihara khazanah hutan negara, yang ada antaranya hampir pupus.

Dua batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Senoi Praaq, Bidor, Perak membabitkan 1,073 anggota dikerah bagi menjalankan Op Bersepadu Khazanah di hutan negara.

Abdul Hamid ketika ditanya mengenai segelintir masyarakat yang bergantung hidup dengan berburu, berkata: “Terdapat sesetengah orang yang bergantung hidup dengan berburu seperti Orang Asli dan penduduk yang tinggal jauh di pedalaman. Usaha akan dijalankan bagi memujuk mereka untuk bersama-sama memelihara flora dan fauna di hutan”.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507974
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,188
Reaction score
3,036
Points
236
Kerajaan Negeri Sabah Lulus Pelan Tindakan Gajah 2020-2029

13.02.2020 - Kota Kinabalu, Kerajaan Negeri Sabah meluluskan Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah 2020-2029 dalam usaha untuk memastikan hidupan liar itu tidak pupus di bumi Sabah.

Pelan tindakan 10 tahun itu diluluskan pada mesyuarat Kabinet negeri di sini semalam bagi memulihara dan melindungi populasi gajah di negeri ini yang dianggarkan dalam julat 1,500-2,000 ekor.

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Dr Jamili Nais dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, pelan tindakan itu akan menyumbang dan memastikan gajah tidak pupus di bumi Sabah.

Katanya pelan itu mengandung empat objektif utama yang perlu dicapai iaitu meningkatkan perlindungan gajah dan menghentikan pembunuhan gajah, meningkatkan penyambungan habitat dan kebolehtelapan, memastikan amalan baik dalam pengurusan,konservasi ex-situ gajah, penyelidikan dan pemantauan serta meramal trend populasi gajah.

“Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju secara prinsip untuk memperuntukkan RM20 juta untuk tempoh 10 tahun pelaksanaan Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah ini," katanya mengenai pelan itu yang dirumuskan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan rakan-rakan pemuliharaan.

Jamili berkata satu daripada langkah utama dalam pelan tindakan itu adalah penubuhan sebuah Unit Penguasaan di bawah Jabatan Hidupan Liar yang memberi tumpuan kepada perlindungan hidupan liar di rizab hutan.

Katanya turut akan ditubuhkan sebuah Unit Pemuliharaan Spesies Terancam yang akan memantau pelaksanaan semua pelan tindakan spesies daratan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Selain gajah, katanya, antara spesies tumpuan lain ialah Tembadau, Monyet Belanda dan Harimau Dahan
Beliau menjelaskan isu pemeliharaan dan pemuliharaan gajah di Sabah berkisar kepada tiga aspek iaitu pertama ancaman kepupusan.

“Kepupusan gajah bukanlah masalah atau isu utama di negeri ini kerana populasi gajah yang sihat dan terdapat kawasan dilindungi bersaiz besar di kawasan habitat gajah di negeri ini.

"Kawanan gajah membiak dengan baik, dan satu petandanya adalah pada hampir setiap kawanan, dapat diperhatikan individu-individu juvenil," katanya sambil menambah pelan tindakan 10 tahun ini akan terus mengutip data yang tepat mengenai populasi gajah di Sabah.

Katanya aspek kedua adalah konflik manusia dan hidupan liar yang menjadi masalah utama pemuliharaan gajah di negeri ini disebabkan pertindihan habitat semulajadi gajah dengan manusia, terutama dengan pembukaan ladang dan kebun kelapa sawit.

Konflik sebegini akan kekal berlaku sehinggalah terhasil keharmonian wujud bersama, katanya.

Jamili berkata aspek ketiga adalah persepsi masyarakat umum iaitu setiap kematian gajah akibat konflik manusia dengan hidupan liar memberi persepsi negatif di mata masyarakat umum termasuk pelancong dan menjejaskan imej baik Sabah di mata dunia.

Oleh sebab itu, satu daripada penekanan utama pelan tindakan itu adalah untuk memperbaiki persepsi negatif tersebut, katanya.

Jamili berkata masalah kematian gajah akibat pertindihan habitat gajah dengan petempatan manusia turut berlaku hampir di semua rantau taburan gajah, misalnya di India, Sri Lanka dan Kenya.

Beliau berkata Sabah masih di tahap yang baik kerana tidak seperti tempat-tempat tersebut, tidak ada atau jarang-jarang sekali berlaku korban jiwa manusia akibat serangan gajah.

Dalam pada itu, Jamili menjelaskan berdasarkan angka populasi semasa gajah di negeri ini, habitat dan makanan yang ada, ditambah dengan pelbagai usaha perlindungan dan pemuliharaan termasuk Pelan Tindakan 10 tahun itu, maka gajah tidak akan pupus di bumi Sabah.

Menurutnya rumusan itu juga disokong oleh pakar ternama mengenai gajah termasuk Dr Raman Sukumar, seorang pakar gajah terkenal di India.

Katanya Dr Raman ketika berada di Kota Kinabalu pada Disember tahun lepas untuk menghadiri Mesyuarat Kumpulan Pakar Gajah Asia telah menyatakan bahawa beliau yakin gajah di Sabah tidak akan pupus, dan angka kematian semasa gajah dapat ditampung oleh angka populasi semasa gajah di Sabah.



Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/w...an-sabah-lulus-pelan-tindakan-gajah-2020-2029
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,188
Reaction score
3,036
Points
236
Bangkai Gajah Betina Di Temui Di Lahad Datu

14.02.2020 - Kuala Lumpur, Sebanyak lima kes kematian gajah dilaporkan di Sabah sejak awal tahun ini dengan kes terbaru seekor gajah betina dewasa ditemukan mati di kawasan ladang di Bagahak, di Lahad Datu, semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew, berkata, bedah siasat untuk memastikan punca kematian gajah tersebut dijalankan pada hari yang sama.

“Empat lagi kes sebelum itu membabitkan dua ekor gajah betina dan seekor gajah jantan serta seekor anak gajah jantan berumur dua tahun di kawasan Kinabatangan dan Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan di Lahad Datu, semalam.

Liew, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, berkata walaupun kebanyakan kes dipercayai akibat keracunan sama ada disengajakan atau tidak, namun tiada keputusan konklusif dapat diperoleh daripada analisis toksikologi sebelum ini.

“Jabatan Hidupan Liar Sabah kini sedang berusaha gigih untuk menghantar sampel tisu bagi analisis toksikologi spektrum yang lebih mendalam dan luas di dalam negara dan luar negara bagi mengenal pasti sumber toksin tersebut,” katanya.

Beliau berkata walaupun usaha itu melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan negeri, namum pihaknya tidak akan membiarkan perkara itu tanpa mengetahui punca kematian gajah berkenaan.

Menyatakan bahawa konflik manusia dan gajah bukan hanya terbatas di Sabah sahaja tetapi konflik tersebut jauh lebih teruk di seluruh rantau Asia.

“Sebagai contoh, di Sri Lanka, tahun lepas sahaja sejumlah 361 kematian gajah dicatatkan dan lebih 100 orang terbunuh dalam insiden membabitkan konflik manusia dan gajah.

“Berbanding di Sabah, sebanyak 150 kematian gajah direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2019 dengan kematian empat orang.

”Ia hanya menunjukkan bahawa walaupun kita mengalami keadaan yang agak serius terhadap kematian gajah akibat konflik, keadaan di Sabah masih terkawal,” katanya.

Liew berkata pemuliharaan gajah merupakan salah satu keutamaan kerajaan Sabah dengan Kabniet negeri semalam meluluskan Pelan Tindakan Gajah Borneo (2020-2029) bagi meningkatkan usaha perlindungan dan pemuliharaan haiwan itu di Sabah.

”Oleh itu semua warganegara perlu bertanggungjawab memastikan kematian gajah atas apa jua alasan berada di tahap minimum sementara kerajaan negeri berusaha ke arah mencapai kematian sifar,” katanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510769
 
Sponsored Post
Top
Log in Register