Kondominium, hotel mewah pusat operasi penipuan pelaburan saham

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
photo_2020-10-26_16-49-20_1603704876.jpg

Timbalan Pengarah Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SAC Willey Anak Richard, menunjukkan barang yang dirampas dari sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. -Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Satu sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian didalangi warga China dikesan berpindah randah dengan menjadikan kondominium mewah dan hotel mewah di sekitar Lembah Klang sebagai pusat operasi.

Siasatan mendapati, sindiket itu 'berbelanja besar' antara RM9,000 hingga RM13,000 sebulan untuk membayar sewa kondominium dan hotel yang diduduki dalam usaha memastikan kegiatan mereka sukar dihidu pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata kegiatan sindiket itu akhirnya terbongkar selepas polis menyerbu sebuah hotel di ibu negara, Jumaat lalu yang dijadikan pusat panggilan.

"Seramai 12 warga China termasuk dua wanita berusia antara 23 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu.

"Siasatan mendapati, sindiket ini aktif menjalankan kegiatan penipuan pelaburan saham secara dalam talian yang sejak September tahun lalu dan mempunyai rangkaian di negara asal mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, premis yang diserbu dijadikan pusat panggilan untuk mempromosi pelaburan saham dengan mensasarkan penduduk di negara asal mereka sebagai mangsa.

"Ahli sindiket berperanan mempromosi dan mempengaruhi pelabur mengenai saham yang berpotensi untung melalui 'skrip' yang disediakan ketua mereka.

"Hakikatnya, mereka tidak mengetahui selok belok pasaran saham dan semua urusan dilakukan secara maya melalui aplikasi WeChat termasuk pembayaran menggunakan WeChat Pay dan Alipay.

"Mereka juga dilatih mempengaruhi mangsa untuk membuat pelaburan berskala besar dan sindiket ini menerima keuntungan sebanyak 40 peratus daripada wang pelaburan yang berjaya ditipu dan selebihnya dikaut rangkaian mereka di China," katanya lagi.

Katanya lagi, hasil keuntungan penipuan yang banyak membolehkan sindiket mampu membayar gaji tinggi untuk ahlinya antara RM2,500 hingga RM4,000 serta sewa kondominium dan hotel mewah antara RM9,000 hingga RM13,000 sebulan sebagai pusat operasi.

Menerusi operasi itu juga, katanya polis merampas tujuh komputer riba, 125 telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM27,222, pelbagai barangan kemas dan mata wang asing.

Dalam pada itu, sindiket ini juga didapati menggunakan khidmat seorang lelaki tempatan berperanan sebagai 'pengurus logistik' untuk menyediakan lokasi serta segala keperluan untuk sindiket itu beroperasi termasuk peralatan komputer dan internet.

Kesemua suspek kini direman tiga hari sehingga hari ini dan reman dijangka akan disambung esok dan usaha memburu lelaki tempatan yang bersekongkol dengan sindiket itu sedang dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 6 (1) dan Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 
Top
Log in Register