Konami Perkenalkan Siri Komputer Desktop Arespear

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Konami ialah sebuah studio permainan video yang terkenal untuk siri-siri permainan seperti Pro Evolution Soccer, Bomberman, Ace Combat dan lain-lain.

Terkini, Konami Amusement, sebuah anak syarikat dibawah Konami Holdings Corporation telah memperkenalkan siri komputer gaming pertama mereka, iaitu Arespear untuk pelbagai jenis pengguna.

Konami-Arespear-C300.jpg


Siri komputer desktop Arespear ini terdiri daripada tiga model, iaitu Arespear C300 untuk desktop kelas permulaan, manakala Arespear C700 dan Arespear C700+ adalah untuk kelas bangsawan.

Apa yang menarik mengenai desktop Arespear ini ketiga-tiga model mempunyai rekaan rangka yang berbentuk seakan-akan sarang lebah. Walaupun begitu, hanya model C700+ mempunyai panel tepi akrilik dan juga sistem pencahayaan RGB.

Konami-Arespear-C700.jpg


Arespear C300 dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-9400F, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB. Dari segi GPU pula ia dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650.

Arespear C700 dan C700+ dikuasakan oleh CPU yang sama, iaitu Intel Core i7-9700 yang disejukkan menggunakan sistem penyejukan cecair, memori DDR4 sebanyak 16GB dan gabungan storan SSD NVMe PCIe 512GB dan cakera keras 1TB. Kedua-dua komputer ini juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super.

Konami-Arespear-C700-Plus.jpg


Pra-tempah untuk siri komputer desktop Arespear ini sudahpun mula dibuka oleh Konami Amusement untuk pasaran Jepun, dan dijangka akan dipasarkan pada bulan September kelak. Arespear C300 mempunyai tanda harga 184,800 yen (~RM7477) manakala Arespear C700 hadir dengan tanda harga 316,800 yen (~RM12,814) dan Arespear C700+ pada 338,800 yen (~RM13,706).

Sumber asal https://pc.watch.impress.co.jp/docs/news/1267/731/index.html
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register