Komunikasi Percuma tanpa sempadan, jalur citizen, CB Radio

Recommended Brokers


Apa pendapat anda?join CB?


  • Total voters
    0

pogee752

Active Member
Joined
Aug 7, 2008
Messages
1,296
Reaction score
25
Points
25
salam semua rakan2 CG. Ini bukanlah benda baru. Sebelum tu kalau MOD rasa kena letak kat tempat lain tolong alih. Tak pasti mana tempat nak letak.huhu
:)cgrock

Jalur Citizen juga dikenali sebagai CB Radio ialah satu kemudahan komunikasi antara individu menggunakan frekuensi radio. CB
radio dikenali sebagai Radio Jalur Rakyat di negara Malaysia. Tidak ramai yang mengetahui bahawa penggunaan CB radio tidak
memerlukan sebarang lesen atau kelayakan. Sesiapa sahaja yang mempunyai peralatan CB radio boleh berkomunikasi antara satu
sama lain dengan percuma.

Peralatan CB ini beroperasi di frekuensi HF 27 Mhz (11 meter band) dan UHF 477Mhz(70cm band). Ia dihadkan kepada 40 frekuensi
(40 Saluran) yang telah ditentukan mengikut peraturan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Radio CB
dibahagikan di luar negara kepada Family Radio Service(FRS), General Mobile Radio Service (GMRS) dan Multi Use Radio Service
(MURS). Di banyak negara CB radio tidak memerlukan sebarang lesen dan tidak memerlukan pengguna mengambil sebarang ujian.Jadi
pengguna boleh menggunakannya sama ada untuk peribadi ataupun perniagaan. Seperti pengguna radio dua hala yang lain saluran
CB berkongsi dengan semua orang. Hanya satu stesen boleh memancar dalam satu masa. Pengguna lain mendengar dan menunggu untuk
saluran tidak digunakan. Terdapat 40 saluran jadi pilih sahaja yang mana tidak digunakan jika anda nak gunakan pada masa itu.


ANTARA CONTOH PERALATAN CB YANG MENYOKONG 27Mhz


CONTOH PERALATAN CB UHF 477MHZ


Pengetahuan mengenai penggunaan radio CB ini masih kurang di Malaysia kerana telah ada penggunaan peralatan komunikasi
berbayar seperti Internet dan Telefon berbayar. Radio CB sebenarnya amat berguna jika anda mengetahui kelebihannya. Selain
tidak perlu sebarang bayaran, penggunaan radio CB pada frekuensi 27Mhz boleh menjangkau beribu-ribu kilometer dengan
penggunaan antena yang baik dan keadaan cuaca yang menyokongnya. Rakan-rakan CG boleh berhubung dengan kenalan-kenalan baru
di luar negara hanya dengan menekan butang mikrofon di radio CB tanpa apa2 bayaran.Di Malaysia terdapat ramai pemegang
isyarat panggilan radio CB yang aktif. Anda boleh merujuk beberapa laman web untuk mendapatkan bantuan dan pengetahuan
mengenai penggunaan Radio CB ini.

Saya adalah pemegang isyarat panggilan CB 113MB878. Manakala isteri saya 113MB797. Isyarat panggilan ni tak wajib pun sekadar
untuk mengenali rakan-rakan sahaja.Jadi kemudahan CB ini saya gunakan untuk berhubung dengan isteri saya tanpa memerlukan
panggilan menggunakan telefon berbayar.Tapi janganlah pula berkomunikasi untuk perkara yang terlalu peribadi, ramai yang
boleh mendengar nanti.hehehe.Saya selalu menggunakan frekuensi 477MHz UHF sahaja.Jadi jaraknya taklah berapa jauh sangat.
Paling jauh pun saya boleh berkomunikasi dalam lingkungan jarak 20 kilometer.Jika berminat untuk berkomunikasi lebih jauh
digalakkan menggunakan frekuensi 27Mhz. Jika anda bernasib baik pada masa tersebut suara anda akan kedengaran di negara-
negara lain di dunia.Jika anda berminat mengenali CB radio bolehlah melawat laman web ini.

Kenali(Jalur Rakyat)


Anda juga boleh tanya pakcik google taip sahaja CB radio.
 
Sponsored Post

kenshi27

Fun Poster
Joined
Sep 21, 2007
Messages
552
Reaction score
32
Points
20
sy berminat..mcm mn nak dptkan brg ni..dmna nk buat installation
 
Sponsored Post
Top
Log in Register