Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 64,528
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 64,528
- Reaction score
- 7,078
- Points
- 916
- Awards
- 1
Intel baru sahaja melancarkan siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V “Lunar Lake” mereka hari ini bersempena dengan acara IFA di Berlin, Jerman. Dengan ini, ia juga dilihat bahawa banyak jenama pembuat komputer riba akan memperkenalkan penawaran mereka sendiri tidak lama lagi.
Malah, Intel sendiri mengumumkan bahawa kebanyakan jenama-jenama ini akan mula menjual komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Core 200V bermula 24 September 2024 ini. Dengan siri cip pemprosesan ini, Intel memperkenalkan sebanyak sembilan SKU CPU baru, dari Intel Core Ultra 9 288V sehinggalah Intel Core Ultra 226V yang mana semuanya hadir dengan 8 teras dan 8 bebenang kuasa dengan sekurang-kurangnya 16GB memori LPDDR5X.
Jenama-jenama komputer riba seperti Acer, ASUS, Dell, MSI, Samsung dan LG telah memperlihatkan penawaran mereka, dengan Intel juga mengatakan bahawa pra-tempahan untuk komputer-komputer riba ini akan bermula hari ini untuk pasaran-pasaran terpilih seperti di Amerika Syarikat dan juga Eropah terlebih dahulu.
Berkesempatan melihat beberapa model komputer riba ini, seperti ASUS ZenBook S, Dell XPS 13 dan juga Acer Swift 14 AI, yang mana kesemua komputer-komputer riba ini kini dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V. Rata-rata kesemua daripada mereka mengatakan bahawa komputer riba mereka boleh memainkan video dengan kuasa bateri selama sekurang-kurangnya 20 jam tanpa masalah.
Buat masa ini, masih ditunggu pengesahan tentang bilakah komputer-komputer riba ini akan mula memasuki pasaran tempatan.