BTC USD 56,854.3 Gold USD 1,773.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komputer Riba Infinix Di Senaraikan Dengan Harga Bermula RM1899

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Boleh dikatakan, pilihan komputer riba kini cukup banyak di pasaran. Ini bagi memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakannya untuk keperluan bekerja, belajar mahupun berhibur. Terkini, pengguna di Malaysia dilihat bakal menerima beberapa lagi penawaran komputer riba baharu dan ianya adalah daripada Infinix. Melaluinya, jenama ini bakal memperkenalkan Infinix INBook X1 dan Infinix INBook N1 Pro.

Meskipun belum diumumkan secara rasmi, tetapi kesemua komputer berkenaan dilihat telah mula diiklankan menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Shopee. Menariknya lagi, sesi pra-tempahan juga akan dibuka dan ketersediaannya adalah bermula 10 Oktober 2021. Pada masa sama, laman rasmi berkenaan turut sama menyenaraikan harga jualan untuk kesemua komputer riba yang mana bermula RM1,899 untuk Infinix INBook X1 (i3). Manakala, Infinix INBook X1 (i5) pula berharga RM2,399. Akhir sekali, harga untuk Infinix INBook N1 Pro (i7) adalah RM2,999.

Infinix INBook X1 dilengkapi penggunaan skrin bersaiz 14-inci IPS dengan resolusi 1920 X 1080 piksel. Paparan ini turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits, nisbah aspek 16:9 dan sudut pandang mencecah 178 darjah. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan dua pilihan cip pemprosesan – iaitu Intel Core i3-1005G1/ i5-1035G1, memori 8GB RAM dan storan 256GB PCIe SSD. Untuk pilihan I/O, ia dilengkapi 1 x USB Type-C, 2 X USB 3.0, 1 x HDMI, 1X slot kad SD dan bicu audio 3.5mm.

Untuk Infinix INBook X1 Pro pula, ia mempunyai spesifikasi yang sama. Cumanya, ia menggunakan Intel® Core™ i7-1065G7 dan grafik Intel Iris Plus. Memori pula adalah 16GB RAM dan storan dalaman 512GB PCIe SSD.​

1633500545660.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register