BTC USD 34,485.4 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kompaun rakyat naik, sektor kilang bila lagi?

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Kompaun rakyat naik, sektor kilang bila lagi?​

rashid-1.jpeg
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN, WAKIL BIRO PAHANG
Antara dua darjat? Rakyat berpendapatan tidak menentu tak sampai RM100 sehari dikompaun RM50,000. Kilang berpendapatan RM50 juta sebulan atau RM1.5 juta sehari dikompaun RM10,000. Adilkah?

Itulah hakikatnya yang berlaku. Cerita penjual burger dan penjual colek di Kelantan yang dikenakan notis kompaun sebanyak RM50,000 kerana berniaga melebihi waktu ditetapkan pastinya membuatkan masyarakat ‘biasa-biasa’ berasa gentar untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Akibat tindakan itu, peniaga colek berkenaan dilaporkan merungut kerana sekalipun pengurangan sebanyak 80 peratus diberikan, dia masih tidak mampu membayar kompaun dengan hasil jualan colek yang tidak mencecah RM100 sehari.

620x90.gif

Tidak dinafikan tindakan kompaun yang tinggi ini baik kerana memberikan kesan kepada pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat.

Kalau dahulu kompaun RM1,000 dilihat kurang berkesan kerana kadar kompaun itu dilihat agak kecil bagi sesetengah individu. Malah, mereka mampu membayar sambil tersenyum.

Namun, tindakan kompaun yang mencecah RM50,OOO membuatkan pematuhan SOP dalam kalangan rakyat bertambah baik.

Ketika masyarakat dan peniaga kecil patuh kepada SOP dan peraturan, malangnya sektor perkilangan dan industri dilihat masih lagi menjadi pencetus kepada kluster-kluster baharu.

620x250.gif

Kegagalan pihak kilang mematuhi SOP yang ditetapkan menyebabkan kes Covid-19 terus meningkat selari peningkatan kluster berpunca daripada kilang.

Difahamkan, ada kilang yang beroperasi dengan kapasiti pekerja yang melanggar SOP dan ada yang terus beroperasi walaupun terdapat pekerja yang telah disahkan positif Covid-19.

Apa nak dihairankan sesetengah kilang, kompaun maksimum RM10,000 tidak sampai 0.5 peratus daripada pendapatan mereka yang mencecah puluhan dan ratusan jutaan ringgit sebulan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Azharuddin yang mengikuti operasi di kawasan perindustrian Gebeng baru-baru ini berkata, dalam operasi dilakukan, tiga kilang dikenakan kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM1,500 kerana melanggar SOP.

Razihan berkata, nilai kompaun yang rendah berbanding pendapatan harian kilang dipercayai menjadi punca segelintir kilang mengingkari SOP.

Beliau memberitahu, ada sesetengah kilang yang berpendapatan RM50 juta sebulan atau kira-kira RM1.5 juta sehari sehinggakan kompaun yang diberikan tidak dianggap sebagai sesuatu untuk membebankan.

Kesimpulannya, tindakan kompaun mampu mendisiplinkan masyarakat biasa dan peniaga jalanan apabila jumlah kompaun ditingkatkan, namun tidak bagi sektor perkilangan.

Adil rasanya jika kerajaan memikirkan untuk menaikkan kompaun yang lebih tinggi kepada kilang sehingga membuatkan mereka berasa rugi atau tidak mampu membayar bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi.

Biarlah mereka rasa apa yang rakyat bawahan rasakan ketika ini. Rakyat sudah lama berkorban, tetapi kilang masih berterusan mewujudkan kluster baharu.

Mungkin kompaun RM500,000 atau RM1 juta mampu menggentarkan pihak kilang. Lakukan segera, kerana rakyat sedang menderita. Ketika ini, rakyat tak punya kuasa.

Tunggulah kuasa rakyat nanti. Bimbang kalau-kalau mereka putuskan sesuatu apabila menjelang hari mereka memangkah undi kelak
 
Sponsored Post

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
497
Reaction score
131
Points
23
lihat, contoh benang yg sentiasa nak timbulkan persepi buruk terhadap kerajaan.

contoh cybetrop DAP berkerje
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201
Fuhhh wartawan pun ada cubaan memburukkan kerajaan ni 😂
1624435758146.png
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
497
Reaction score
131
Points
23
Fuhhh wartawan pun ada cubaan memburukkan kerajaan ni 😂
1624435758146.png

ko bukan wartawan.

tapi aku faham yg ko cybertrop dap, dibayar elaun utk timbulkan persepsi buruk. sebab tu ko post sebanyak mungkin pekara yg boleh timbulkan persepsi buruk terhadap politik melayu dan islam.

sudahhh laaaa.. org dah semakin kenal kl cybertrop dap.

kejap lagi masuklah cybertrop geng ko kasi hangat lagi cerita. macam la aku tak tahu
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201
ko bukan wartawan.

tapi aku faham yg ko cybertrop dap, dibayar elaun utk timbulkan persepsi buruk. sebab tu ko post sebanyak mungkin pekara yg boleh timbulkan persepsi buruk terhadap politik melayu dan islam.

sudahhh laaaa.. org dah semakin kenal kl cybertrop dap.

kejap lagi masuklah cybertrop geng ko kasi hangat lagi cerita. macam la aku tak tahu
Aku dpt pahala ewallet je dr CG
Sbb aku buat amal top poster

aku tak mintak
Bukan agen CG
Tp diorg kasi, kita amik 😂
Rejeki tak penah salah alamat jika kita berusaha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,195
Reaction score
1,975
Points
201
ko bukan wartawan.

tapi aku faham yg ko cybertrop dap, dibayar elaun utk timbulkan persepsi buruk. sebab tu ko post sebanyak mungkin pekara yg boleh timbulkan persepsi buruk terhadap politik melayu dan islam.

sudahhh laaaa.. org dah semakin kenal kl cybertrop dap.

kejap lagi masuklah cybertrop geng ko kasi hangat lagi cerita. macam la aku tak tahu

Mohon jgn sembang politik melayu islam.. politik kerajaan skrg tak ada kaitan pon gan melayu atau Islam
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,284
Reaction score
3,991
Points
201
lihat, contoh benang yg sentiasa nak timbulkan persepi buruk terhadap kerajaan.

contoh cybetrop DAP berkerje

Kau yang x faham cara berforum..
Cybertropper ke apa pun..
Layan dlu..

CG tak limit info pembangkang maupun info kerajaan..

Nak bincang, silakan..
Tak nak bincang abaikan thread..
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,150
Reaction score
448
Points
91
tp ye la kes harian banyak pun sebab kilang2 ni masih on,smlm tgk 999 pun miti g buat serbuan bnyak je kilang masih on,ada yg tipu surat miti kata buat kesihatan/makanan padahal kilang buat cip...so bende ni sampai bila2 ada je la kes.

pd aku dah kalu mcm ni baik xyah pkp dah,buka je balik psl kes harian dok statik mcm tu je la..dulu mall buka pun xde la bnyak sgt kes dtg dr mall,kbanyakan dr tpt keje je
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register