BTC USD 61,771.4 Gold USD 1,778.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kompaun langgar SOP naik RM10,000, tangkap tanpa waran

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,519
Reaction score
12,470
Points
1,906
Individu yang dikompaun itu terdiri daripada seorang pemilik kafe yang dikenakan kompaun RM10,000 manakala lapan pekerja dan 31 pelanggan masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 - Polis

40 individu dikompaun berada di kafe lebih masa
| | 08 April 2021



1617867234693.png

Berdasarkan siasatan awal, kafe tersebut menjalankan perniagaan makanan jenis BBQ dan menjual minuman alkohol dan didapati penuh dengan pelanggan- Gambar hiasan.


SIBU - Seramai 40 individu dikenakan kompaun antara RM10,000 dan RM1,500 selepas didapati berada di sebuah kafe di Jalan Adam di sini melebihi tempoh waktu yang dibenarkan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lewat malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, individu yang dikompaun itu terdiri daripada seorang pemilik kafe yang dikenakan kompaun RM10,000 manakala lapan pekerja dan 31 pelanggan masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.
Katanya, pada jam 10.45 malam Rabu, sepasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah melakukan pemeriksaan di kafe tersebut.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kesemua suspek didapati telah melakukan kesalahan apabila pemilik premis dan pelanggan berada dalam premis yang beroperasi lebih masa,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kafe tersebut menjalankan perniagaan makanan jenis BBQ dan menjual minuman alkohol dan didapati penuh dengan pelanggan. - Bernama

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,519
Reaction score
12,470
Points
1,906
Penganjuran sukan pertama kena kompaun
https://www.kosmo.com.my/.../pengajur-sukan-permotoran.../


WhatsApp-Image-2021-04-10-at-9.53.37-AM.jpeg


Tangkap layar rakaman video keadaan di kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dipenuhi orang ramai.

Penganjur sukan permotoran didenda RM20,000 selepas degil patuh SOP​


  • 10 April 2021, 9:59 am


PETALING JAYA – Penganjuran Musc Drag Racing dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan aktiviti tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam semalam.

Penganjuran tersebut merupakan aktiviti pertama yang dibenarkan dengan kehadiran 2,000 penonton ke Sepang, namun pihak penganjur dilihat gagal mematuhi SOP dengan baik.

Pihak penganjur Musc dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan memohon maaf selepas gagal melaksanakan acara itu dengan norma baharu.

“Berkenaan kompaun yang tular di media sosial, kami selaku penganjur mengesahkan di sini bahawa kami gagal melaksanakan acara ini di dalam ketetapan norma baharu.

“Matlamat utama kami mengadakan acara sukan ini ialah untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif kita yang cukup terkesan sejak dilanda pandemik Covid-19.

WhatsApp-Image-2021-04-10-at-9.56.09-AM.jpeg

“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguatkuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua ‘follower’ Musc Drag Racing.

“Yang buruk sentiasa daripada kami, yang sempurna adalah anda semua. Salam Ramadan dan sekian,” katanya.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – K! ONLINE


 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,358
Reaction score
1,335
Points
201
Penganjuran sukan pertama kena kompaun
https://www.kosmo.com.my/.../pengajur-sukan-permotoran.../


View attachment 360311

Tangkap layar rakaman video keadaan di kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dipenuhi orang ramai.

Penganjur sukan permotoran didenda RM20,000 selepas degil patuh SOP​


  • 10 April 2021, 9:59 am


PETALING JAYA – Penganjuran Musc Drag Racing dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan aktiviti tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam semalam.

Penganjuran tersebut merupakan aktiviti pertama yang dibenarkan dengan kehadiran 2,000 penonton ke Sepang, namun pihak penganjur dilihat gagal mematuhi SOP dengan baik.

Pihak penganjur Musc dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan memohon maaf selepas gagal melaksanakan acara itu dengan norma baharu.

“Berkenaan kompaun yang tular di media sosial, kami selaku penganjur mengesahkan di sini bahawa kami gagal melaksanakan acara ini di dalam ketetapan norma baharu.

“Matlamat utama kami mengadakan acara sukan ini ialah untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif kita yang cukup terkesan sejak dilanda pandemik Covid-19.

View attachment 360312
“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguatkuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua ‘follower’ Musc Drag Racing.

“Yang buruk sentiasa daripada kami, yang sempurna adalah anda semua. Salam Ramadan dan sekian,” katanya.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – K! ONLINE


Dah buat acara mcm tu memang xterkawal la.....lain la klau buat majlis parti ka, kenduri geng v ka dpt la kawal hahaha
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,301
Reaction score
12,494
Points
2,376
LANGGAR SOP | Penganjur Acara Drag Racing Didenda RM20,000

Difahamkan acara yang bermula jam 3 petang itu sepatutnya berakhir tepat jam 12 malam mengikut SOP.

Bagaimanapun penganjur tidak dapat menamatkan saingan pada masa yang ditetapkan hingga menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati peserta yang mengambil bahagian.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register