BTC USD 63,349.0 Gold USD 1,745.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kompaun langgar SOP naik RM10,000, tangkap tanpa waran

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,432
Reaction score
12,443
Points
1,906
1614275240156.png


Kompaun langgar SOP naik RM10,000, tangkap tanpa waran
Diterbitkan 26 Feb 2021, 12:13 am

Dikemaskini 12:58 am



Individu yang melanggar sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) berdepan hukuman lebih tegas bermula 11 Mac, di bawah pindaan Ordinan Darurat bagi mengekang penularan Covid-19.
Pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) diwartakan hari ini, berdasarkan kuasa darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Antara lain kompaun untuk kesalahan di bawah Akta itu dinaikkan dari RM1,000 kepada RM10,000 untuk individu dan RM50,000 bagi syarikat.
Pada masa ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, sesuatu kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM100,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya.
Ketika ini, seseorang yang disabitkan di bawah Akta 342 boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan pertama. Kesalahan berikutnya boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya.

Tak perlukan waran

Sementara itu, ordinan sama menetapkan mana-mana individu yang dijangkiti atau dipercayai dijangkiti atau mana-mana kontak rapat, boleh diperintah memakai peranti pengesanan.

Peranti pengesanan itu termasuklah gelang tangan atau apa-apa peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa, manakala sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan.

Kesalahan lain di bawah Akta 342 termasuk tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah kesihatan untuk mengambil langkah-langkah bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit, atau dengan sengaja mendedahkan orang lain kepada penyakit berkenaan.
Peraturan di bawah Akta ini menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya.


Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Selain itu, pindaan berkenaan membolehkan pegawai diberikan "kuasa penyiasatan", yang bermaksud tidak diperlukan waran bagi pegawai membuat tangkapan.

Darurat diumumkan pada 11 Januari lalu tetapi hanya diisytiharkan pada hari berikutnya.

Langkah itu diambil ketika berlaku peningkatan kes Covid-19, walaupun pengkritik berpendapat pengisytiharan darurat tidak perlu bagi menangani Covid-19 dan hanya bertujuan mengekalkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata pengiystiharan darurat membolehkan kerajaan mengenakan hukuman lebih tegas terhadap mereka yang melanggar PKP.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,432
Reaction score
12,443
Points
1,906
Pesalah PKP kini berdepan denda RM10,000

February 25, 2021 8:45 PM

ops-noda-polis-bernama-200121-1.jpg

Peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 11 Mac, mengikut ordinan yang diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kini boleh didenda sehingga RM10,000.

Ini berdasarkan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 yang baharu, diterbitkan di laman web Warta Persekutuan, hari ini.

Ordinan berkenaan turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000.
Ordinan itu akan berkuat kuasa mulai 11 Mac.



Ordinan berkenaan turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24, dengan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, “yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata” boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun.

Selain itu, ia turut menyatakan orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit Covid-19 atau kontak rapat untuk memakai alat pengesanan seperti gelang tangan atau peranti lain.

Ordinan itu turut menjadikan kesalahan untuk merosakkan peranti berkenaan.
Selain itu, bagi syarikat yang menyalahi PKP, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.


 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,152
Reaction score
95
Points
80
..naik Rm10,000 ya?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,085
Reaction score
12,469
Points
2,376
Sebelum ni memang ada dah Menhan bagi tau pasal ni
Tujuan nya nak bagi rakyat lebih berjaga-jaga
Patuhi SOP
Jadi mulai bulan depan dah mula ye
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,943
Reaction score
286
Points
41
Sebelum ni memang ada dah Menhan bagi tau pasal ni
Tujuan nya nak bagi rakyat lebih berjaga-jaga
Patuhi SOP
Jadi mulai bulan depan dah mula ye

Sekiranya SOP hanya terpakai untuk marhaen saja....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,432
Reaction score
12,443
Points
1,906
..naik Rm10,000 ya?

aah tn dell. rm10k utk individu
rm50k utk syarikat

Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, sesuatu kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM100,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,085
Reaction score
12,469
Points
2,376
aah tn dell. rm10k utk individu
rm50k utk syarikat

Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, sesuatu kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM100,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya.

Perkara ni memang dah termaktub dalam undang² kan sebelum ni mek
Cuma sekarang je baru pakai
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register