Komik propaganda DAP dilarang di Malaysia: KDN

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346
Ust Dr. Khairuddin at-Takiri telah mengemaskini status mereka.
3 jam

Kenyataan Media

Ahad, 20 Oktober 2019 | 21 Safar 1441H

ISU KOMIK: DAP YANG SEBENARNYA PERLU DIDISIPLINKAN

1. Belum pernah berlaku dalam sejarah dan hanya berlaku waktu pemerintahan PH pemimpin parti kerajaan secara konsisten menentang dan menghentam dasar dan pemimpin kerajaan, khususnya Menteri dan Perdana Menteri mereka sendiri.

2. Semalam tindakan ini berterusan dengan 43 pemimpin DAP membantah pengumuman Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, yang melarang pengedaran komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' daripada memasuki perpustakaan sekolah.

3. Mereka telah :

(i) Mengecam Dr. Maszlee yang dikatakan semakin cenderung kepada UMNO yang rasis.

(ii) Mendesak Dr. Maszlee menarik balik arahan yang disifatkan tidak munasabah dan kini mahu komik ini dibenarkan memasuki bukan sahaja perpustakaan sekolah tetapi juga perpustakaan universiti.

(iii) Mendesak pihak polis supaya tidak melakukan siasatan ke atas Dr. Hew Kuan Yau selaku penulis isi komik ini.

4. Ketua Penerangan Pemuda BERSATU (ARMADA), Ulya Aqamah Husamudin, waktu membidas kenyataan 43 pemimpin DAP ini menyatakan mereka biadab dan mendesak DAP mendisiplinkan mereka yang menyerang menteri-menteri sendiri.

5. Saya menyokong sepenuhnya kenyataan Ulya kerana tindakan Dr. Maszlee melarang pengedaran komik ini adalah tepat, isi kandungannya memang bercorak propaganda DAP, mengagungkan negara China secara keterlaluan dan memberi salah mengenai masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

6. Apatah lagi bila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sendiri telah mengumumkan tidak-menahu mengenai komik ini dan menafikan memberi restu kepadanya sekali gus menunjukkan Perdana Menteri juga tidak bersetuju dengan kandungannya.

7. Begitupun, saya tidak bersetuju dengan Ulya yang mahu DAP mendisiplinkan 43 pemimpin DAP ini kerana sepatutnya DAP-lah yang perlu didisiplinkan oleh Perdana Menteri dan PH atas tindakan pemimpinnya menentang dan menghentam secara berterusan dasar dan pemimpin kerajaan.

8. Malah, sebenarnya DAP sudah tidak boleh didisiplinkan lagi, hanya menendangnya keluar dari kerajaan dan PH sesatunya cara untuk menyelamatkan negara dari mengalami kehancuran.

9. Jika tidak, maka semua institusi negara, termasuk polis, akan terus tidak selamat dengan terus-menerus cuba ditekan dan dicampuri urusannya oleh DAP supaya jadi selaras dengan kehendaknya.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346
Kamarul Yusoff
2 jam

SU KOMIK: DAP YANG SEBENARNYA PERLU DIDISIPLINKAN

8. Malah, sebenarnya DAP sudah tidak boleh didisiplinkan lagi, hanya menendangnya keluar dari kerajaan dan PH sesatunya cara untuk menyelamatkan negara dari mengalami kehancuran.

9. Jika tidak, maka semua institusi negara, termasuk polis, akan terus tidak selamat dengan terus-menerus cuba ditekan dan dicampuri urusannya oleh DAP supaya jadi selaras dengan kehendaknya.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346


Usah dek komik 'setitik' rosak DAP 'sebelanga'

Diterbitkan Hari ini 1:10 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:10 tengahari


Anggota Jawatankuasa DAP Johor, Mahdzir Ibrahim, mencadangkan parti itu agar menyediakan polisi jelas dan tegas bagi mengelakkan kerumitan seperti yang sedang berlaku berhubungi isu komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI).

Kata Mahdzir, kemunculan komik terbabit dan kontroversi yang ada di sekitarnya menyebabkan DAP dikaitkan sekali gus memberi kesan negatif kepada parti terbabit.

Menganggap kandungannya memang tidak sesuai dengan pelajar Malaysia, Mahdzir berkata, DAP wajar mencari jalan tuntas agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

“Saya ingin mencadangkan agar DAP menyediakan polisi yang lebih jelas dan tegas agar perkara seumpama ini tidak berulang dan dikaitkan dengan pendirian parti lagi hingga merosakkan imej parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu komik itu timbul dan menjadi perhatian selepas bekas perdana menteri, Najib Razak, baru-baru ini mendakwa ada pihak menyebarkan propaganda DAP dan komunis di sekolah-sekolah.

Komik itu diterbitkan hasil kerjasama Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau, dengan artis tempatan Chong Po Ling.

Hew bagaimanapun menafikan komik itu merupakan propaganda komunis dan DAP sambil mengatakan bahawa perdana menteri sendiri menyerahkan komik tersebut kepada presiden Xi Jinping, April lalu.

Tak pernah beri persetujuan

Pada 18 Okt lalu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan komik berkenaan disampaikan kepada Xi bukanlah hadiah rasmi dan diberikan tanpa mengikut prosedur sepatutnya.

Kenyataan itu juga menjelaskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam penerbitan komik berkenaan.

"Beliau juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah," jelas kenyataan itu.

Sehari sebelum itu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga menjelaskan kementeriannya tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk pengedaran komik berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, berkata kementerian itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda itu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjelaskan pihak polis mengambil keterangan pelukis komik tersebut dan satu atau dua lagi individu berkaitan penerbitannya juga akan dipanggil dalam masa terdekat.



Mahdzir Ibrahim


Menurut Mahdzir tindakan sekumpulan wakil rakyat DAP memberikan sokongan mereka kepada komik terbabit meletakkan pertubuhan itu dalam keadaan sukar apabila sesetengah rakyat menganggap ia adalah pendirian rasmi parti.

Sambil terus menghormati kebebasan dalam berkarya, Mahdzir berkata, DAP harus membuat garis panduan yang jelas supaya kreativiti yang ada tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk mengusik sentimen rakyat.

Katanya parti dan wakil rakyat DAP mempunyai tugas yang lebih utama dalam kerajaan dalam memperjuangkan isu-isu penting rakyat.

Parti, kata Mahdzir, tidak harus diheret ke dalam agenda politik sempit pihak-pihak tertentu.

"Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346
lahai Mahadzir ni, nanti tak pasal pasal kena sound dengan DAP Pusat kang, ni statement awak ni mewakili DAP Johor ke guana..
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346


Ada menteri tak tahu beza antara radikal dan ekstremis, kata 'Superman'
Diterbitkan Hari ini 2:19 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:23 tengahari

Penulis Hew Kuan Yau membidas seorang menteri sebagai tidak tahu membezakan istilah radikal dan ekstremis.

Meskipun tidak menyebut nama menteri yang dimaksudkan, Hew dipercayai merujuk kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hew yang juga dikenali sebagai 'Superman' berkata demikian selepas Syed Saddiq menggelarnya sebagai “super stupid Superman” ketika mengkritik karya komik Hew.

Komik Hew sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas dikatakan menggambarkan orang Melayu yang bersimpati dengan nasib masyarakat Uyghur Muslim di China sebagai radikal.




“Ada seorang menteri tidak tahu membezakan maksud radikal dan ekstremis. Jikalau saya menyifatkan seorang aktivis sebagai pemuda radikal bukannya merendah-rendahkannya.

“Ini kerana radikal tidak sama dengan ekstremis. Ekstremis adalah istilah negatif, apakah dakwaan rasis (terhadap saya)?

“Menurut pengalaman saya sebagai naib presiden Kesatuan Pemuda Sosialis Antarabangsa, dalam kalangan haluan kiri barat, jikalau anda menyifat seorang pemuda radikal, beliau bukan sahaja tidak marah malah ia diterima baik.

“Ini kerana radikal difikir sebagai berani untuk bertindak dan mengubah realiti yang tidak munasabah secara keseluruhnya, maka ia mencapai idealisme,” kata Hew dalam satu hantaran Facebook.

Hew yang juga merupakan Kurator Kehormat Muzium Kebudayaan Komik Asia itu turut mempertahankan karya komiknya “'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)'.

“Banyak orang bodoh tidak tahu membezakan ciri-ciri pembaharuan dan pembukaan ekonomi China dengan penyebaran ideologi komunis China,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq memetik komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' yang berbunyi: "Pemuda Melayu yang radikal yang prihatin tentang pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap China.

"Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekelompok minoriti Uyghur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat."

Buku komik BRI menjadi kontroversi selepas bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa buku itu diedarkan di sekolah, yang seterusnya membawa kepada larangannya daripada Kementerian Pelajaran.

Hew sebelum ini mempertahankan buku komik berkenaan dengan berkata ia bertujuan mempromosikan pemahaman yang lebih baik tentang projek BRI China.

Kerajaan China telah menempatkan kira-kira 1.5 juta umat Islam Uyghur di kem-kem dalam usaha yang disifatkan sebagai memerangi ekstremisme Islam.

Layanan terhadap etnik Uyghur dikritik ramai pihak di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, Australia dan Kanada.

Bagaimanpun, pada 14 Julai lalu, Arab Saudi, Syria, Pakistan dan Korea Utara menyokong polisi etnik Uighurs China.

Malaysia dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai layanan China terhadap Uyghur.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan hal tersebut kerana China adalah sebuah negara yang kuat, selain rakan perdagangan terbesar Malaysia.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346


Ini masalah komik Hew, kata Abim

Diterbitkan Hari ini 3:35 petang | Dikemaskini Hari ini 3:35 petang

Masalah utama dalam komik kontroversial diilhamkan Hew Kuan Yew adalah naratifnya berkisar mengenai penindasan China terhadap masyarakat Uighur, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

“Ini dapat dilihat dalam kandungan komik tersebut, antaranya menyebarkan propaganda bahawa mereka yang membela nasib umat Islam Uighur yang dizalimi kerajaan China adalah radikal.

“(Komik tersebut) mengetengahkan fahaman bahawa umat Islam bersimpati dengan kumpulan pengganas,” kata Setiausaha Agung Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Abim berkata demikian bagi merujuk komik yang ditulis oleh Hew yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (JBC) berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI) yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi ciapan di Twitter turut berang dengan penulis komik berkenaan yang menyifatkan orang Melayu yang bersimpati dengan nasib Uighur di China sebagai radikal.

Hantaran menteri turut menyertakan petikan daripada komik yang menyentuh mengenai radikalisme Islam.

Kena ada fakta jelas

Ia berbunyi: "Pemuda Melayu yang radikal yang prihatin tentang pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap China.

"Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekelompok minoriti Uighur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancamkan perpaduan dan keharmonian masyarakat."

Buku komik BRI menjadi sorotan selepas bekas perdana menteri Najib Razak mengadu buku itu diedarkan di sekolah-sekolah, yang membawa kepada larangannya daripada Kementerian Pelajaran.



Bagaimanapun, Hew mempertahankan buku komik karangannya itu berkata ia bertujuan mempromosikan pemahaman yang lebih baik tentang projek BRI China.

Sementara itu, Muhammad Faisal turut menjelaskan Abim menyambut baik arahan dikeluarkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung larangan komik tersebut untuk diedar di sekolah dan Syed Saddiq yang menyelar penerbitan itu.

“Abim menegaskan setiap rakyat sememangnya harus mendokong kebebasan dalam menyampaikan maklumat tetapi harus disandarkan dengan fakta yang jelas dan dengan penuh rasa tanggungjawab



“Abim juga menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia bertujuan untuk melahirkan insan yang berupaya memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Untuk rekod, China telah menempatkan kira-kira 1.5 juta umat Islam Uighur di "kem pendidikan semula" yang didakwa perlu dilakukan demi memerangi ekstremisme Islam.

Layanan terhadap etnik Uighur telah dikritik ramai pihak di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Malaysia lebih banyak berdiam diri mengenai layanan China terhadap Uighur.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan hal tersebut kerana China adalah sebuah negara yang kuat, selain rakan perdagangan terbesar Malaysia.

Pada masa ini, kerajaan terikat kepada Beijing melalui projek-projek era BN seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur yang dirundingkan semula PH selepas berkuasa.

Putrajaya juga masih berunding dengan China untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan projek saluran paip Multi-Produk (MPP) dan Paip Gas Rentas-Sabah (TSGP).

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346
Komik Propaganda: Undang-undang negara perlu dipatuhi

20 October 2019


Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mempertahankan keputusan kementeriannya tidak membenarkan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ke mana-mana institusi pendidikan di seluruh negara selepas didakwa mengandungi unsur propaganda politik.
Dr. Maszlee menegaskan, tindakan itu adalah bersandarkan kepada undang-undang, malah keputusan berkenaan juga dibuat atas nasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN)


“Negara kita memiliki undang-undang yang perlu dihormati dan dipatuhi. Ini merangkumi semua bahan bercetak, termasuk buku atau komik politik mahupun bahan propaganda yang jika mahu diedarkan, apatah lagi ke sekolah, ia perlu mengikut peraturan.

“Semua bahan bercetak tertakluk pada undang-undang percetakan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).

“Kita bertindak atas landasan undang-undang. Dalam apa saja tindakan dibuat, kita perlu merujuk kepada KDN,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Harapan Pontian, Zulkifly Tasreep dan Pengetua SMK Teluk Kerang, Azizah Omar.

Semalam, seramai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah pengumuman Dr Maszlee yang melarang pengedaran komik berkenaan di sekolah.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ sudah memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Malah, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan KDN mendapati kandungan komik berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk pengedaran buku komik berkenaan kepada mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah.

Menurut kenyataan sama, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sudah diarah memastikan sekolah tidak menerima dan mengedarkan buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.

Komik itu diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346
Dulu kecoh sebelum pru kata semua keputusan PH atas majlis presiden.

La ni semua main hentam sesama sendiri. Mana majlis presiden PH?
tn moore, Dr Maszlee ternyata berpegang pada pendirian dia yg sebelum ni, takde u-turn atau tukar tukar
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
7,214
Reaction score
239
Points
73
tn moore, Dr Maszlee ternyata berpegang pada pendirian dia yg sebelum ni, takde u-turn atau tukar tukar
Jika mcm tu, bagus. Tapi dalam isu lain, mana keputusan majlis presiden PH? Isu Assmin Semburit, isu lantikan politik, isu LTTE, mana suara majlus presiden? Mana suara majlis presiden dlm isu bnyk duit dapat kat sekolah ciina betbanding sekolah lain?
Sbb sebelum pru, mrk canangjan majlis presiden akan buat keputusan semua perkara. Majlis presiden atau majlis DAP?
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,481
Reaction score
5,809
Points
1,346
Mak Khuin Weng
13 min ·

It is perplexing to see 43 ‘grassroots leaders’ of DAP defending the ‘Belt and Road Initiative’ comic book produced by former member Hew Kuan Yau. The 43, which included several Assemblypersons, claimed that Education Minister Dr Maszlee Malek is ‘dancing to the tune of Datuk Seri Najib Razak’ by banning the comic book from schools.

I wonder whether the 43 have actually read the comic book that they are defending. If they had read, they would have realised that the comic book is nothing more than propaganda for the People’s Republic of China. Why are the 43 defending Chinese propaganda, especially those distributed in schools?




DAP is being sabotaged from within — Adam Tan

Sunday, 20 Oct 2019 09:59 AM MYT

OCTOBER 20 — I have been a supporter of the Democratic Action Party ever since 2008. I was elated when Barisan Nasional fell last year, and the DAP managed to form Government at the Federal level with its Pakatan Harapan partners, and also in several states.

I have always seen the DAP as a party for all Malaysians. To me, the party is staunchly against racism and upholds the principles of equality and justice for all.



Yet, recent developments have made me fear for the future of the party. I believe that there are those in the party who want to see the DAP removed from Government.

It is perplexing to see 43 ‘grassroots leaders’ of DAP defending the ‘Belt and Road Initiative’ comic book produced by former member Hew Kuan Yau. The 43, which included several Assemblypersons, claimed that Education Minister Dr Maszlee Malek is ‘dancing to the tune of Datuk Seri Najib Razak’ by banning the comic book from schools.


I wonder whether the 43 have actually read the comic book that they are defending. If they had read, they would have realised that the comic book is nothing more than propaganda for the People’s Republic of China. Why are the 43 defending Chinese propaganda, especially those distributed in schools?


The comic book even contained a page which claimed that Malays are radicals for sympathising with the plight of China’s Uyghurs. Why are the 43 grassroots leaders defending such racist caricatures of the Malays?

DAP has enjoyed an upsurge of support over the past decade or so. People see the DAP as a party for the future, even though it is Chinese dominated.

It is because of the image of anti-racism and multiculturalism that the DAP, along with Pakatan Harapan, has managed to claim victory in the last General Elections and form Government at the Federal level, and in other states.

But it is clear that there is a faction in the DAP who want to see the DAP kicked out of Government. The defence of the Chinese comic book is the latest proof of these provocateurs within the party who want to achieve these goals.

They are clearly trying to sabotage the party, and to disrupt the efforts to build a new Malaysia. They should know that if DAP is kicked out of Government, Umno will be back in power, and everything that Malaysians had worked had for will be for nothing.

Are they so naive to think that change is better achieved by being outside of Government? That the DAP will be more effective outside of the Government?

I do not believe that they are that foolish. I believe that what they are doing is calculated to strengthen their positions in the party, in order to oust the moderate leaders from the CEC. Thus, their act of sabotage is ultimately a self-serving one for their own narrow interests.

It is not surprising to see most of these provocative statements are either initiated, or supported by certain assemblypersons in Pahang, the state where the DAP is not government. To these assemblypersons, there is no great loss since they are not part of any government anyway.

The party leadership cannot remain quiet. They must discipline these so-called leaders, who are working against the interests of the party. They cannot allow these saboteurs to undermine the leadership and tar the image of the party amongst the public.

* This is the personal opinion of the writer and does not necessarily represent the views of Malay Mail.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register