BTC USD 28,415.3 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,783
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,783
Reaction score
576
Points
121
Komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan
FB_IMG_1675774496400.jpg

BOMBA masih melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di Pulau Undan, Merlimau, Melaka.


JASIN: Seorang anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas di Pulau Undan, Merlimau di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, mangsa, Edrin Baintim, 25, berpangkat lans koperal sedang menjalani kursus juru selam semasa kejadian.

Beliau berkata, setakat pukul 8 malam tadi, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan BBP Melaka Tengah.

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 25 tahun ialah anggota tentera unit komando telah lemas.

“Mangsa dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juru selam di kawasan perairan Pulau Undan.

“Operasi mencari mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Merlimau dan BBP Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Utusan Online
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register