BTC USD 61,488.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koleksi Kisah Cinta Artis dan Kerabat Raja

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
Norizan dan Sultan Perak:
Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini.

Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai.

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

Selepas berpisah dengan Sultan Perak, Norizan disunting menjadi isteri kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rumah tangga yang dibina itu juga tidak bertahan lama.

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992.

Maria Menado dan Sultan Abu Bakar:
Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Seniwati yang berasal dari daerah bernama Menado di Indonesia itu memilih untuk bersara dari dunia seni dan menetap di bandar diraja, Pekan, Pahang selepas mendirikan rumah tangga dengan Sultan Abu Bakar.

``Saya tidak pernah menyesal dengan apa juga yang terjadi kerana semua ini ketentuan Allah. Malah saya rasa cukup bahagia ditemukan jodoh dengan almarhum, seorang suami yang penyayang dan pandai menjaga hati saya,'' ujar Maria dalam satu temu bual pada September 1996.

Perkahwinan kedua Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.

Cinta Sultan Abu Bakar kepada Maria dibawa sehingga ke penghujung hayat baginda. Semenjak kemangkatan Sultan Abu Bakar, Maria hidup bersendirian bertemankan anak-anak sebelum bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof pada 1978.

Rafeah Buang dan Tengku Asmawi:
Kisah kerabat diraja berkahwin dengan artis tidak berakhir dengan kemangkatan Sultan Abu Bakar. Catatan bahagia artis dan kerabat diteruskan dengan perkahwinan artis jelita angkatan 60-an, Rafeah Buang dengan kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain.

Selepas melalui musim-musim cinta, Rafeah dan suaminya memilih untuk menoktahkan kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan pada 1971. Cinta pasangan ini juga hanya berakhir dengan kematian. Rafeah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Julai 2002 kerana serangan kanser buah dada.

Selain lemak merdu suaranya mengalunkan lagu Udang Sama Udang dan Kenangan Di Rantau Abang, Rafeah juga dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan.

Zuriat yang ditinggalkan oleh Allahyarham hasil perkahwinan ini ialah Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.

Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Mazuin dan Pengiran Sufri:
maz1.jpg

Sinar gemilang dan kilau-kemilau majlis perkahwinan artis popular 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah sehingga ke hari ini terus bermain di mata dan fikiran sesetengah peminat.

Bekas anggota kumpulan Quinnary M yang popular dengan lagu Cinta Palsu itu menggemparkan seluruh negara apabila dia dilamar putera diraja paling kaya di dunia itu.

Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media, majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Pihak media yang berpeluang membuat liputan perkahwinan pasangan ini sudah tentu menganggap ia sebagai sebahagian daripada sejarah penting dalam kerjaya mereka.

Bagaimanapun, selepas berkahwin sukar untuk menjejaki pasangan ini. Tidak pernah ada sebarang berita dari istana mereka tersiar di mana-mana media, sehinggalah Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur baru-baru ini mengesahkan mereka sudah bercerai.

Sufri dan Mazuin disahkan bercerai pada Disember tahun lalu dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah.

Azreen dan Tengku Kamaruzzaman:

azreen.jpg

Sejarah mencatat bahawa artis Malaysia paling muda yang berkahwin dengan kerabat diraja ialah Azreen. Azreen berkahwin dengan Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika usianya mencecah 16 tahun.

Tengku Kamaruzzaman sebelum ini merupakan bekas suami kepada pelakon dan penyanyi bersuara lunak manja, Noreen Noor.

Paula dan Tunku Azudin:
HOST-Paula-Malai-Ali-3web.jpg

SEBAGAI celebrity, Sharifah Paula Malai Ali atau lebih dikenali sebagai Paula Malai Ali tidak dapat menghindarkan dirinya daripada menjadi perhatian ramai.

Justeru, pernikahannya dengan kerabat diraja Kedah, Tunku Azudin Shah Tunku Anuar pada 23 September 2002 diumumkannya secara rasmi pada satu sidang media yang diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur beberapa hari sebelum upacara pernikahan dijalankan.

Paula terpikat pada kesederhanaan Azudin yang pada pandangannya sangat merendah diri dan tidak pernah memandang tinggi pada statusnya sebagai kerabat diraja negeri Kedah.
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
Pernikahan Maya dan Tengku Shahreza
maya4.jpg



HAMPIR empat tahun berkenalan akhirnya penyanyi dan pelakon Meyanaliza Ruslee, 33, atau Maya dan kekasih hatinya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, atau Reza mengambil keputusan bernikah pada 26 Jun ini di Masjid Darul Ehsan, Taman Tengku Abdul Rahman (TAR), Ampang, Selangor.

Sebaik berita mengenai perancangan mereka mahu mendirikan rumah tangga disiarkan Harian Metro pada 6 Jun lalu, ia mengejutkan ramai rakan mahupun peminat.

Ketika hadir di Harian Metro untuk mengedarkan kad jemputan, Maya berkata ramai yang berkecil hati kerana dia merahsiakan perkara itu daripada mereka.

“Bukan saya dan Reza sengaja mahu menyorokkan perkara ini, sebaliknya bimbang jika dihebohkan orang akan mengecam dengan berkata saya sengaja mencari publisiti murah.

“Kejadian sama turut berlaku kepada artis lain. Sebelum ini apabila ada wakil media bertanyakan soal cinta, mereka bercerita dengan niat mahu berkongsi kegembiraan.

“Bagaimanapun ada pihak yang salah tafsir dengan menyangka artis terbabit sengaja menunjuk-nunjuk dan mencari publisiti murah kerana tiada perkara yang hendak diperkatakan membabitkan kerjaya seni.

“Keadaan juga menjadi buruk sekiranya hubungan cinta mereka itu terputus di tengah jalan,” katanya.

Cerita Maya lagi, majlis pertunangan yang berlangsung 4 Jun lalu yang diadakan di rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur juga diadakan secara mengejut.

“Peringkat awal saya diberitahu mengenai kehadiran rombongan pihak lelaki yang mahu merisik.

“Bagaimanapun, bakal bapa mentua, Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memberitahu sebaiknya majlis pertunangan dibuat terus.

“Memang tidak banyak persediaan dibuat kerana keputusan diputuskan di saat akhir dan majlis hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Cuma ada beberapa rakan artis hadir untuk membantu saya,” katanya.

Kata Maya, sebenarnya dia dan Reza merancang untuk bertunang pada Januari lalu, namun keadaan kesihatan arwah ibu tunangnya yang tidak mengizinkan ketika itu membuatkan ia terpaksa ditunda.

“Beberapa bulan selepas itu, arwah ibu Reza meninggal menyebabkan kami terpaksa menunda lagi majlis selama tiga bulan bagi menghormati akan keluarga bakal suami yang masih lagi bersedih.

“Apabila keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju dengan majlis dirancang, bapa Reza meminta supaya ia tidak perlu ditangguh lagi dan mahu kami terus bertunang dan memutuskan tarikh untuk majlis pernikahan.

“Selepas berbincang kami memikirkan 26 Jun adalah tarikh terbaik,” katanya.

Mengenai keputusan mendirikan rumah tangga agak lama diambil, jelas Maya, ia berlaku kerana masing-masing mengambil masa lama untuk mengenali antara satu sama lain.

“Sepanjang berkawan seperti biasa macam-macam perkara berlaku. Ada pahit dan manis. Tidak dinafikan kekecewaan lalu selepas lapan tahun menjalin hubungan membuatkan saya fobia.

“Susah juga saya hendak mengenali Reza sebenarnya kerana dia agak misteri. Bagaimanapun selepas mengenalinya saya berasakan dia adalah lelaki yang sesuai untuk saya. Reza tidaklah romantik sangat, tetapi sangat mengambil berat dan begitu prihatin.

“Selain itu sikapnya yang mudah menyesuaikan diri terutama dengan keluarga dan teman-teman membuatkan saya senang. Dia juga buat saya sering ketawa. Paling penting selepas sekian lama berkawan saya berasakan kami saling lengkap-melengkapi,” katanya.

Menyentuh perancangan majlis pernikahan, kata Maya dia menggunakan khidmat jurusolek terkenal, Nurul Syukor sebagai perancang majlis termasuk menyediakan persalinan pada hari itu nanti.

“Sementara itu majlis persandingan kami rancang mahu mengadakannya pada bulan Oktober nanti. Sebelah saya akan diadakan di Batu Pahat, Johor dan pihak lelaki akan mengadakan majlis resepsi di Dewan Felda, Jalan Semarak di Kuala Lumpur,” katanya
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
dngsoltan-x.jpg
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
byk lg..nanti2 la carik..penat plak
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
takde gamba2 yg rembes ke?? lalalalaaaa
 

alonso

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
maria menado ni bkn mariani ke?keliru aku...hehe
 

Ussf

Super Active Member
Joined
Dec 15, 2008
Messages
6,983
Reaction score
14
Points
65
Fauziah Latiff n Tengku Budriz xmasuk senarai ka?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register