BTC USD 28,584.2 Gold USD 1,968.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kojadi sedia bantu rakyat berpendapatan rendah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Liow Tiong Lai


KOPERASI Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) bersedia memperluas peranan dan skop operasi mengurus program sosio ekonomi bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyalurkan tambahan modal RM200 juta untuk koperasi itu melancarkan skim pinjaman khas bagi membantu rakyat pelbagai kaum berpendapatan rendah menceburi bidang perniagaan.

Langkah itu, kata Liow, akan membolehkan program latihan di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dilaksanakan dan pada masa sama menggalakkan kerjasama antara kaum dalam kalangan SME, peruncit dan penjaja.

Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCA kali ke-61, di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kemahiran pengurusan risiko Kojadi amat membanggakan selain mempunyai rekod pencapaian cemerlang dan tersenarai sebagai antara 100 buah koperasi terbaik seluruh negara.

"Misalnya, di bawah Skim Mikro Kredit 1MCA untuk Pemuda, kadar NPL atau pinjaman tidak berbayar jauh lebih rendah berbanding banyak bank dan institusi kewangan lain," katanya pada majlis itu yang dirasmikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama
 
Top
Log in Register