BTC USD 32,384.9 Gold USD 1,800.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 *Klinik swasta diserbu beri Ivermectin belum dilulus untuk cegah Covid-19

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201
*Klinik swasta diserbu beri Ivermectin belum dilulus untuk cegah Covid-19*
1623827036263.png

PETALING JAYA: Seorang doktor mengesahkan klinik swastanya diserbu Kementerian Kesihatan semalam kerana membekalkan ubat antiparasit, Ivermectin kepada orang awam bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Pada 16 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, KKM belum meluluskan penggunaan ubat Ivermectin untuk mencegah atau merawat Covid-19 kerana tiada kajian saintifik untuk membuktikan keberkesanannya.

Dr Amir Farid Isahak mengesahkan kliniknya di Kuala Lumpur diserbu pihak berkuasa, namun enggan mengulas lanjut atas nasihat peguamnya.

“Kenyataan itu memang saya buat, tetapi peguam saya sudah nasihatkan supaya tidak buat sebarang kenyataan ketika ini,” katanya kepada FMT.

Dalam kenyataan semalam, beliau menjelaskan kadar vaksinasi terlalu perlahan menyebabkan beliau selaku doktor kesihatan awam membuat keputusan untuk menggunakan ubat berkenaan kerana ia terbukti selamat.

“Saya terima 58 kajian saintifik yang dijalankan setakat ini menunjukkan keberkesanannya mengurangkan jangkitan dan kesan yang teruk akibat Covid-19.

“Oleh itu, saya bertindak menurut apa yang saya percaya, dan berusaha menyelamatkan nyawa,” katanya yang sedar keputusannya itu salah dan akan sampai ke pengetahuan KKM.

Bagaimanapun, beliau berkata menyelamatkan nyawa manusia adalah keutamaan ketika ini berbanding takut kepada tindakan undang-undang.

“Saya sedia untuk berdepan akibatnya,” katanya.

FMT sedang mendapatkan respons Noor Hisham mengenai perkara berkenaan.

Awal Jun lalu, KKM bersama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan serta keberkesanan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan.

Noor Hisham dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.

Penggunaan “off-label” Ivermectin meraih perhatian masyarakat antarabangsa susulan beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik dalam merawat Covid-19.

Bagaimanapun, FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaannya dalam ujian klinikal, dengan pesakit perlu dipantau doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanannya.

=======================😎
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,741
Reaction score
287
Points
91
Kalau atas risiko sendiri pun xboleh ker?
Kenapa macam ni.. Di india pun guna ivermectin.. Ada kajian yang mengatakan ivermectin melambatkan kadar jangkitan ke paru2.
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,878
Reaction score
1,864
Points
151
Kalau atas risiko sendiri pun xboleh ker?
Kenapa macam ni.. Di india pun guna ivermectin.. Ada kajian yang mengatakan ivermectin melambatkan kadar jangkitan ke paru2.
Yang terbaru India pun dah declare ivermectin tak boleh rawat covid.nak guna off label doktor ni kn apply NPRA dulu. Memang salah kalau tak apply.
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,741
Reaction score
287
Points
91
Yang terbaru India pun dah declare ivermectin tak boleh rawat covid.nak guna off label doktor ni kn apply NPRA dulu. Memang salah kalau tak apply.
Ooh yeke... Jadi memang xvalid la..jadi Malaysia sendiri kena buat kajian dulu sebelum boleh benarkan... Dan ivermectin di malaysia katanya hanya untuk kegunaan haiwan saja.
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,878
Reaction score
1,864
Points
151
Ooh yeke... Jadi memang xvalid la..jadi Malaysia sendiri kena buat kajian dulu sebelum boleh benarkan... Dan ivermectin di malaysia katanya hanya untuk kegunaan haiwan saja.
Nak guna off-label kena request NPRA dulu...FDA pun declare kalau nak guna ivermectin kena ada pakar yang monitor, close monitoring dan untuk clinical testing. Aku tak rasa doktor ni pakar, cuma gp biasa je.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201
mereka sengaja menutup rahsia menutup ruang2 utk manusia terus hidup sehat

mereka mahu manusia hidup lama tp terseksa bergantung kpd ubat2an yg mereka berikan

maka mereka gunakan pakar2 dan media sbg influencer mereka

sekiranya tidak mengikut arahan mereka
Kita akan di gelarkan melanggar bayangan Allah
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721
bagus Dr ni.. yg plg penting slmtkan pesakit ..ni yg buatkan aku buka thread Ivermectin, bertanpa berkesannya Ivermectin terhdp pesakit covid
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register