Klinik 1malaysia tak ada doktor?

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
The Star hari ini melaporkan klinik 1Malaysia yang sudah mula beroperasi dilihat tidak mempunyai doktor untuk merawat pesakit yang datang ke situ.

Buat masa ini, hanya khidmat Pembantu Perubatan (MA) sahaja yang digunakan untuk merawat pesakit di klinik 1Malaysia.

Presiden MMA, Dr David Quek melahirkan kebimbangannya mengenai kualiti perkhidmatan di klinik 1Malaysia dan meminta pihak kerajaan supaya menggunakan khidmat doktor terlatih di klinik itu.

Bagi menjawab persoalan itu, Menteri Kesihatan memberitahu, klinik 1Malaysia hanya akan merawat penyakit ringan sahaja seperti demam, batuk dan lain-lain lagi. Untuk penyakit yang berat atau kritikal, pesakit disarankan supaya merujuk penyakit mereka ke hospital atau klinik kesihatan yang lain.

Buat masa ini, 44 klinik 1Malaysia sudah pun mula beroperasi dan 6 lagi akan mula beroperasi bulan hadapan.

Ulasan saya:

Dengan bayaran RM 1, pesakit sudah boleh mendapatkan ubat demam, batuk atau selsema yang biasanya dikenakan caj RM 20-30 di klinik swasta. Kira oklah tu kalau nak berjimat.

Sekarang ni, nak beli sepapan Panadol kat 7E pun dah berapa ringgit.

Tapi isunya di sini, adakah pesakit perlu menunggu lama (antara 2-4 jam) seperti yang biasa berlaku di klinik kerajaan?

Hmm.. ada sesiapa yang dah pergi klinik 1Malaysia ke?

Untuk melihat senarai Klinik 1Malaysia yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam,
 
Sponsored Post

Mr.81

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,401
Reaction score
4
Points
35
kat sepital pun tak cukup doktor, nak suh letak kat klinik laks ke....
 

astalavista6048

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,127
Reaction score
27
Points
30
standard r tu...g ler klinik kesihatan mana2.kebanyakannya "MA" jer yg jadi dok. :)
 

aaril

Fun Poster
Joined
May 2, 2008
Messages
829
Reaction score
6
Points
15
Malaysia kita kekuranggan doktor....kawan aku yang jadi MA pun kadang2 keja 3shif sian diorang ni

keja dengan masyrakat yang pelbagai karenah..tapi takpe bayak pahalah dapat
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
alaaa.....penting ada misi........

kalo batuk, kasi ubat batok....

kalo demam, kasi paracetamol........

demam panas, kasi paracetamol, ponstan, antibaiotik.......

nak heng, kasi jer codeine........

patah putus anggota badan.....hantar gi spital besa........
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Tang mana ada klinik tu
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
mmg awl2 lagi dorang ckp tadak doctor.cuma ada MA ngn nurse comel sorang :p
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
dekat umah aku ada klinik ni ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register