KLIA alami gangguan sistem

Recommended Brokers


puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,737
Reaction score
1,530
Points
191


SEPANG: Kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengalami gangguan sistem sementara.

Gangguan itu menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

Operator lapangan terbang itu, Malaysia Airports dalam kenyataan berkata gangguan itu bermula malam tadi dan kini sedang diperbaiki.

“Semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan untuk membantu penumpang di lapangan kerana kami menjangkakan keadaan ini akan berterusan sepanjang hari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Malaysia Airports juga menasihati penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini.
“Sejak gangguan itu (berlaku), pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang.

“Kami akan mengeluarkan maklumat terkini selanjutnya mengenai situasi ini sama ada menerusi platform media sosial atau siaran akhbar.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” menurut Malaysia Airports. - BERNAMA

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,650
Reaction score
1,164
Points
196
tak settle lagi ke?
lama betul.
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,972
Reaction score
1,431
Points
141
gangguan kena hack ke ?
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,044
Reaction score
369
Points
81
Offtopik skit.. Korang yg duk kat KL Selangor tak rimas ke ngan Bangla? Hahahaha.. Rimas gila aku p airport KL pun depa je ramai. P mydin, p mana2 la masjid india ke masjid jamek ke apa2 la.. Bangla bersepah.

Terutama bangla kat airport tu, yg keja jaga troli. Aku perhati je depa, lain mcm diorg tgk budak2 dan pompuan seksi.. Ada potensi pedo dan perogol disana.
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,972
Reaction score
1,431
Points
141
Offtopik skit.. Korang yg duk kat KL Selangor tak rimas ke ngan Bangla? Hahahaha.. Rimas gila aku p airport KL pun depa je ramai. P mydin, p mana2 la masjid india ke masjid jamek ke apa2 la.. Bangla bersepah.

Terutama bangla kat airport tu, yg keja jaga troli. Aku perhati je depa, lain mcm diorg tgk budak2 dan pompuan seksi.. Ada potensi pedo dan perogol disana.
boleh bukak thread baru..
ancaman pendatang asing dan cara menjaga diri dan anak2..
 

nx105

Active Member
Joined
Jan 20, 2009
Messages
1,658
Reaction score
86
Points
30
Offtopik skit.. Korang yg duk kat KL Selangor tak rimas ke ngan Bangla? Hahahaha.. Rimas gila aku p airport KL pun depa je ramai. P mydin, p mana2 la masjid india ke masjid jamek ke apa2 la.. Bangla bersepah.

Terutama bangla kat airport tu, yg keja jaga troli. Aku perhati je depa, lain mcm diorg tgk budak2 dan pompuan seksi.. Ada potensi pedo dan perogol disana.
yg bangla tengok budak2 x kira laki @ pompuan tu mmg betul2.. cam sangap sgt..tgok cam ada niat jahat.. pernah tgok depan mata mreka perhati budak2 comel..nmpk geram je kt budak2.. mmg gile btol...
 

F.Afiq

Active Member
Joined
Aug 5, 2010
Messages
1,399
Reaction score
129
Points
33
Apa cerita ini sebenarnya? masalah gangguan sistem?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
256,496
Reaction score
8,580
Points
2,216


Penumpang dinasihatkan mendapatkan khidmat Duta Airport CARE bagi memudahkan urusan penerbangan. - Foto BERNAMA

KLIA terus alami gangguan sistem pagi ini


SEPANG: Gangguan sistem yang antara lain menyebabkan kelewatan penerbangan, masih berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), dalam satu kenyataan berkata pasukan mereka masih berusaha menstabilkan sistem itu pada jam 6 pagi tadi.

Katanya, penumpang dinasihatkan supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurang empat jam sebelum waktu pesawat mereka berlepas.

Gangguan hubungan itu yang bermula sejak malam kelmarin, menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

MAHB berkata, bagi mengurangkan masalah itu, kesemua 38 tapak pesawat tanpa pintu di terminal utama KLIA digunakan untuk memenuhi keperluan kapal terbang yang tidak dapat bergerak menuju ke pintu yang dijadualkan kerana masih digunakan.

Pihaknya turut menyediakan empat bas tambahan, di samping perkhidmatan pengendalian daratan untuk syarikat penerbangan bagi melancarkan pergerakan penumpang dengan membawa mereka ke tapak pesawat tanpa pintu dari terminal dan sebaliknya.

“Kami turut melanjutkan waktu operasi di semua lapangan terbang lain di seluruh negara pada malam tadi untuk memenuhi keperluan penerbangan keluar dari Kuala Lumpur yang mengalami kelewatan,” jelas kenyataan itu.

Setakat jam 10 malam tadi, 68 kelewatan penerbangan dilaporkan.

MAHB berkata, pihaknya turut menyediakan tempat parkir kenderaan percuma bagi semua penumpang yang meletak kenderaan mereka di terminal utama KLIA (Blok A, B, C dan D) sehingga jam 6 pagi tadi kerana ramai menghadapi kelewatan ketibaan penerbangan.

“Kami amat dukacita dengan kesulitan dihadapi semua penumpang,” katanya. – BERNAMA


 
Sponsored Post
Top
Log in Register