BTC USD 56,897.0 Gold USD 1,774.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Klang banjir kilat, penduduk dipindahkan, kenderaan terkandas

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,082
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,082
Reaction score
435
Points
91
Klang banjir kilat, penduduk dipindahkan, kenderaan terkandas
FB_IMG_1634774714183.jpg
FB_IMG_1634774712087.jpg
FB_IMG_1634774710117.jpg

Klang: Banjir kilat di daerah ini sejak beberapa jam lalu mengakibatkan beberapa kawasan penempatan penduduk dinaiki air dan kenderaan terkandas.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian banjir kilat akibat limpahan air sungai susulan hujan lebat di Jalan Mohd Yamin, di sini, menyebabkan 15 rumah dinaiki air.

"Bomba menerima panggilan 5.28 petang dan dilaporkan kedalaman banjir dianggarkan 1.8 meter, membabitkan 15 rumah di Jalan Mohd Yamin.
"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Banting menyelamatkan 31 penduduk yang terjejas sehingga 7.32 malam.

"Mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan dan dua warga emas perempuan.

"Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, pihaknya juga menerima panggilan pada 5.14 petang membabitkan kejadian banjir kilat di kawasan berhampiran pusat beli-belah di Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang.

"Anggota BBP Sungai Pinang ke lokasi kejadian dan mendapati banjir kilat ini membabitkan jalan di Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang menghala ke Kuala Lumpur.

"Kedalaman air dianggarkan 1.2 meter dan terdapat lima kenderaan terkandas dalam banjir kilat itu," katanya.

Sementara itu, pasukan BBP Kota Raja pula bergegas ke Taman Melawis, di sini, sejurus menerima panggilan 5.16 petang.
"Kedalaman banjir pada 0.3 meter membabitkan 20 rumah dan tiada pemindahan mangsa.

"Hasil pemantauan pihak bomba di lokasi mendapati keadaan air semakin surut dan keadaan terkawal," katanya.

@metro.com.my
Video/gambar: Media sosial

#HarianMetro
 
Sponsored Post

halimyahya

Fun Poster
Messages
528
Joined
Aug 1, 2012
Messages
528
Reaction score
10
Points
25

semoga dipermudahkan urusan
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,208
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,208
Reaction score
655
Points
81
Tu dia..swimming pool..tp redah jgk.. janaham kete..
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,786
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,786
Reaction score
22,055
Points
1,671
Bersantai brader tu ye depan umah
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register