BTC USD 54,351.2 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL ke Ipoh dua jam

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Khidmat tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur-Ipoh menggunakan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang mula beroperasi April depan, mampu mengurangkan tempoh perjalanan kepada sejam 55 minit.

ETS juga akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Ipoh ke Seremban, kurang tiga jam.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata ETS serba moden itu dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup di setiap gerabak, soket elektrik selain untuk penumpang kelainan upaya (OKU) dan pramugari tren.

Beliau berkata, ketika ini hanya satu tren baru diterima daripada lima tren yang dijangka sampai sebelum Februari depan.

“Pengenalan perkhidmatan ETS kelak akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memodenkan infrastruktur sedia ada,” katanya selepas Majlis Perasmian ETS KTMB di sini, semalam.

Aminuddin berkata, pihaknya juga akan memperluaskan perkhidmatan ETS ke bandar lain pada masa depan sekiranya mendapat sambutan daripada pengguna.

Pada sidang media sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata perkhidmatan ETS itu akan meningkatkan kecekapan terutamanya dalam memastikan tempoh perjalanan dipendekkan selaras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperbaiki sistem perkhidmatan awam negara.

Beliau berkata, misi utama kementerian di bawah NKRA ialah memastikan 25 peratus penduduk Lembah Klang, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang akhir 2012.
 
Sponsored Post

mamza

Active Member
Messages
2,032
Joined
May 24, 2008
Messages
2,032
Reaction score
1
Points
30
nanti perjalanan dr KL ke Padang besar pun akan cepat jugak... maybe dalam tahun 2014 baru siap spenuhnya... aku salah seorang yg bertugas dalam project ni..
 

ulam

CG Top Poster Club
Messages
22,373
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Skrg nie klau naik ktapi from Ipoh to KL 3 hours.. :D
 

wkl6438

Active+ Member
Messages
2,879
Joined
Dec 28, 2007
Messages
2,879
Reaction score
2
Points
25
Biasanya rakyat malaysia mahukan perkhidmatan kelas pertama & tambang kelas ke 3

:D:D
 

endingman86

Legendary Member
Messages
11,492
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
kalau kompom nie.....senanglah aku nak berjalan2....tido dalam tren jer..sampai ipoh...beli2 barang...lepak2 ipoh...malam balik kl...hehehehe
 

bisnes-minded

Active Member
Messages
1,157
Paid Membership
Joined
May 2, 2008
Messages
1,157
Reaction score
2
Points
25
alhamdulillah bagus la dah ada kemudahan mcm ni.
 

maliq7776

Super Active Member
Messages
7,835
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
alahai sekarang..mudah je nak p mana2..fuyoo..siap ade pramugari pulak tu..haha
 

endingman86

Legendary Member
Messages
11,492
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
nanti perjalanan dr KL ke Padang besar pun akan cepat jugak... maybe dalam tahun 2014 baru siap spenuhnya... aku salah seorang yg bertugas dalam project ni..

uwaa....lagi mudah mau shoping...hehehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register