BTC USD 63,079.8 Gold USD 1,807.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL hantar nota bantahan kepada Singapura berkaitan WikiLeaks

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
KL hantar nota bantahan kepada Singapura berkaitan WikiLeaks


2010/12/14

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sudah menghantar nota bantahan kepada Singapura berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kanan kementerian itu terhadap pemimpin negara ini yang didedahkan menerusi laman web, WikiLeaks.

Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T. Jasudasen ke pejabatnya di Parlimen pagi ini bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan berkenaan.


"Ini adalah adat diplomasi dan saya pagi ini telah panggil pesuruh jaya Singapura ke Malaysia untuk hantar nota bantahan dan saya katakan kenyataan ini tidak sepatutnya.

"Oleh itu saya bertanya kerajaan Singapura apakah manfaat ataupun dari segi perhubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama ditambah pula dengan peningkatan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Perdana Menteri antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan (Lee Hsien Loong)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anifah mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat pada November 2008, terhadap beberapa pemimpin negara ini.

Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

Anifah berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura ketika ini begitu akrab, justeru kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan Kementerian Luar Singapura tidak membantu ke arah usaha mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada.
Katanya, penilaian yang dilakukan terhadap pemimpin Malaysia menerusi pendedahan laman web tersebut adalah menghairankan kerana pengurusan proses pembangunan Malaysia dan Singapura adalah berbeza.

Beliau berkata ini kerana negara ini menerusi konsep gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan," yang lebih menekankan kebajikan rakyat berbanding negara republik itu.

"Kita mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India...Kalau tidak silap ada 214 kumpulan etnik di negara ini. Apa yang dipanggil tidak kecekapan " daripada penangan Singapura, sebenarnya kita turun ke bawah berjumpa dengan rakyat dan kemungkinan Singapura menganggap apa yang kita buat ini adalah remeh temeh walhal ia adalah kepentingan rakyat.

"Disebabkan itu, saya katakan pengurusan Singapura adalah berbeza dengan Malaysia," kata Anifah.


Beliau berkata sebagai jurucakap kerajaan Malaysia, menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan warga negara Malaysia termasuklah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, selaku Menteri Luar sudah tentu ada pihak dari negara luar akan bertanya mengenai pendedahan tersebut sama ada ia benar atau tidak, namun terpulang kepada individu yang dituduh untuk mempertahankan diri mereka.

"Saya tidak dapat mengulas atau tidak mempertahankan apa yang diperkatakan pemimpin negara jiran sama ada betul atau tidak...saya cakap sebagai menteri luar kerana orang yang dituduh itu adalah warga negara Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ada keperluan bagi parti pembangkang untuk mempertahankan pendiriannya berikutan mereka sering kali dituduh kerana: "Tiada sangkut paut dengan Malaysia, ini adalah tuduhan yang dilemparkan oleh negara jiran dan bekas pemimpin, jadi tiada sangkut paut dengan konspirasi politik di Malaysia". - BERNAMA

Sumber
 
Sponsored Post

autorm

Active+ Member
Joined
Oct 24, 2009
Messages
2,939
Reaction score
9
Points
35
oo

ni kes yang sondol2 tu kan?

apa cerita ek skrg?
 

Sue

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
2,810
Reaction score
13
Points
25
Bila Wikileaks cite pasal cakap2 talipon LKY kata DSAI 'l.w.t' panjang lebar TB3, Utusan Meloye buat ulasan menganggokkan, mengiakan....wah seronoknya yang tak terhingga senyum sampai ketelinga percaya dan sebagai senjata untuk membunuh career DSAI.....tetapi bila semalam & hari ini Wikileaks kata "PARA PEMIMPIN MALAYSIA TIDAK CEKAP MENTADBIR NEGARA" pendekkan cite b o d o slah memerintah......wah sampai ketelinga marah merah menyala menyinga.....kan berita kat Wikileaks tu benar belaka nape nak marah sangat dan hantar surat bantahan kat Kerajaan Singapore.....heh heh heh heh ......................
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
nota je hantar?
saman ler kalau benar.

pada aku kalau hantar nota ni maksudnya "korang dah tau diam2 ler"
 

ayied_flex

Active Member
Joined
Sep 27, 2009
Messages
1,042
Reaction score
16
Points
35
oo

ni kes yang sondol2 tu kan?

apa cerita ek skrg?

bukan sal sondol la......tp nie kes najib kesayangan ko dah ado gak dlm wikileaks la..........depa x senang duduk la, sebelom depa dok sanjung wikileaks coz kuar kes anuar..tp x tahan lama pon kegembiraan tu, najib pon terpalit........wakakakakakakakaaaa
 

Sue

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
2,810
Reaction score
13
Points
25
ahaha...xar..kisah bom2..pastu jd pm...bes kn..:eek::eek::eek::eek:

Memang pemimpin2 Malaysia tak cekap/lembab tu sebab negara akan bangkrap....masih tak faham lagi ke kelembapannye?????

Seluar dah nak terlondeh dah....suka sangat singkap kain orang seluar sendiri yang terlondeh ha pegangje le teloq yang dah kecut mecot tu...:eek::)):eek::)):eek::))
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,957
Reaction score
1,174
Points
201
Nak bantah apa? Bantah sbb fitnah mende tak betul atau bantah sbb mengumpat mende betul?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register