TXT
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 449,202
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 449,202
- Reaction score
- 36,349
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlakunya gangguan seksual dan ugutan terhadap doktor pelatih dilakukan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas telah ditubuhkan pada 29 Februari lalu bagi menyiasat perkara berkenaan.
Menurutnya, keahlian jawatankuasa berkenaan dianggotai pegawai-pegawai yang turut dilantik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan kementerian.
"
Siasatan kini sedang dilaksanakan dengan pengumpulan bukti-bukti,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, aduan kes itu diterima pihaknya pada 28 Februari lalu melalui satu surat layang yang dihantar melalui pos.
Katanya, tuduhan yang turut tular di media sosial itu adalah serius dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mengenakan tindakan tegas mengikut peruntukan perundangan sekiranya terbukti benar.
“KKM memandang pertuduhan ini sebagai sangat serius dan mempunyai toleransi sifar terhadap gangguan seksual di tempat kerja,” katanya.
Menerusi surat layang yang dikongsi di media sosial mendakwa, seorang doktor lelaki telah mengganggu secara seksual beberapa doktor pelatih wanita termasuk bercakap lucah.
Perkara itu dikatakan telah berlaku sekian lama, namun tidak dilaporkan kerana mangsa takut dengan ugutan yang diberikan doktor berkenaan termasuklah mahu memanjangkan tempoh 'tagging' dan latihan selain akan dilabel sebagai pelatih bermasalah.
KKM siasat dakwaan gangguan seksual, ugut doktor pelatih di HRPB
IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlakunya gangguan seksual dan ugutan terhadap doktor pelatih dilakukan seorang doktor di...
www.sinarharian.com.my
Doktor buat laporan polis, tuduhan gangguan seksual fitnah
16 MAR 2024
Surat layang yang tular di media sosial mendakwa, seorang doktor lelaki telah mengganggu secara seksual beberapa doktor pelatih wanita di HRPB, Ipoh.
IPOH – Doktor lelaki yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual dan ugutan melibatkan doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini telah membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan oleh lelaki berusia 43 tahun itu diterima pada Sabtu berhubung penularan surat layang di laman sosial yang memburukkan namanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, surat layang yang tersebar itu menuduh individu dan beberapa kakitangan lain melakukan perbuatan terkutuk terhadap doktor pelatih di Jabatan Ortopedik hospital berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.
“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau meminta orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin atau fitnah.
Katanya, perkara itu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti seseorang, malah boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan sedia ada.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan,” katanya.
Menerusi surat layang yang dikongsi di media sosial mendakwa, seorang doktor lelaki telah mengganggu secara seksual beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB dengan meraba, menyentuh bahagian tali bra, mencubit badan dan paha serta bercakap lucah.
Perkara itu dikatakan telah berlaku sekian lama, namun tidak dilaporkan kerana mangsa takut akan ugutan yang diberikan doktor berkenaan termasuklah mahu memanjangkan tempoh 'tagging' dan latihan selain akan dilabel sebagai pelatih bermasalah.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan menyeluruh dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat perkara berkenaan.