BTC USD 24,094.2 Gold USD 1,779.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM rampas produk kesihatan, kosmetik tidak berdaftar di ibu negara

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,126
Points
661
Awards
1

BERNAMA

GAMBAR hiasan




Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM152,213 menerusi Op Majestic yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Nor'Aishah Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan ke atas tujuh premis perniagaan termasuk sebuah dispensari haram di Jalan Tun Tan Siew Sin, yang menjadi tumpuan terutama dalam kalangan bukan warganegara.

Beliau berkata, produk tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas itu termasuk ubat-ubatan disyaki mengandungi racun disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 seperti antibiotik, antihistamin dan tahan sakit.

"Produk itu dipamerkan secara terbuka di dalam premis dan ada juga yang disorok di sebalik pelbagai produk barangan am," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Nor'Aishah berkata, operasi berdasarkan pemantauan ke atas premis sasaran dan aduan orang awam itu membabitkan 45 Pegawai Penguatkuasa Farmasi dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM.


Katanya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pihak berkaitan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat semakan kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-7883 5400.
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,996
Joined
Jan 12, 2008
Messages
26,996
Reaction score
4,972
Points
261
Awards
1
KEnapa tak buat ambush kat kilang kilang OEM ni...byk produk sampah dibuat kat situ...
 

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,126
Points
661
Awards
1

KKM rampas produk habatus sauda tidak berdaftar​

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
SEBAHAGIAN daripada produk semburan habatus sauda yang tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas CPF JKN Selangor.
SEBAHAGIAN daripada produk semburan habatus sauda yang tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas CPF JKN Selangor.


Shah Alam: Jual produk semburan habatus sauda tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dakwaan kononnya mampu menyembuhkan penyakit Covid-19.

Produk diseludup dari Turki itu dikesan berlegar di pasaran dan laris dalam kalangan mereka yang menolak penggunaan vaksin.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CPF JKNS) yang bertindak melakukan serbuan ke atas sebuah premis perniagaan di Kajang, Selangor.

Pengarah Kesihatan negeri Selangor Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata, produk habatus sauda tidak berdaftar dengan KKM itu dikesan dijual secara atas talian.

Menurutnya, pihak CPF menerima aduan dari orang ramai sebelum melakukan risikan sebelum serbuan dilakukan, kelmarin.

"Dalam serbuan itu, sejumlah 984 kotak produk dalam bentuk semburan disyaki mengandungi habbatus sauda yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM dirampas.

"Semua produk itu dianggarkan bernilai RM32,500. Siasatan awal mendapati produk habbatus sauda itu dipercayai diseludup masuk dari luar negara tanpa melalui pintu masuk negara yang sah.

"Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Peraturan 7 (1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Jualan Dadah 1952," katanya.

Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

"Semakan kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik boleh dibuat dengan melayari www.npra.moh.gov .my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

"Sebarang aduan berkaitan produk-produk boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov .my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab. gov.my.

"Orang ramai juga boleh merujuk mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan serta menghubungi talian 03-78413200 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran," katanya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register