BTC USD 41,456.9 Gold USD 1,736.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 KKM mohon kerjasama bakal pelancong ke Langkawi patuh SOP

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906
1631628160374.png

Lada jangka 400,000 pelancong ke Langkawi mulai 16 Sept sampai Dis

Diterbitkan: Sep 14, 2021 6:27 PM

Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menjangkakan sekitar 400,000 pelancong akan mengunjungi Langkawi dalam tempoh kira-kira tiga setengah bulan bermula pada pembukaan semula pulau peranginan itu di bawah program gelembung pelancongan, Khamis ini hingga Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Lada Nasaruddin Abdul Muttalib berkata dengan kehadiran hampir setengah juta pengunjung itu, Langkawi dijangka menerima hasil sekitar RM165 juta yang dibelanjakan oleh pelancong untuk pelbagai produk pelancongan.

"Melalui kajian yang Lada buat bersama USM (Universiti Sains Malaysia) purata perbelanjaan bagi setiap pelancong tempatan di Langkawi adalah sekitar RM412 sehari di Langkawi.

"Itu termasuk perbelanjaan untuk penginapan, makan, pengangkutan dan juga tiket-tiket kemasukan ke pusat-pusat pelancongan di Langkawi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.




Beliau ditanya pemberita anggaran pendapatan yang dijangka dijana oleh industri pelancongan Langkawi susulan pembukaan semula pulau peranginan terkenal itu di bawah program gelembung pelancongan.

Nasaruddin berkata bagi tempoh permulaan pembukaan semula industri pelancongan di sini, LADA menetapkan sasaran 'sederhana' iaitu kira-kira 2,000 sehari dan 30,000 pelancong dalam tempoh dua minggu pada bulan ini.

Beliau berkata angka itu seterusnya akan meningkat dari semasa ke semasa apabila jumlah penerbangan dan perkhidmatan feri ke pulau itu bertambah dalam masa terdekat.

"(Angka) 2,000 sehari itu adalah angka yang sederhana kerana kita tidak mahu ghairah untuk (sasar) angka yang tinggi sehingga (keadaan berada di) luar kawalan, apa yang penting ialah kita dapat mengawal kehadiran pengunjung dengan baik," katanya.

Mengenai jumlah penerbangan masuk pada hari pertama pembukaan Langkawi, beliau berkata sebanyak lima penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor akan beroperasi mulai Khamis ini.

Mengenai perkhidmatan feri pula, beliau berkata sebanyak tiga trip perjalanan akan beroperasi dari Kuala Perlis, Perlis dan akan bertambah selepas pembukaan semula Terminal Feri Kuala Kedah apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kuala Kedah berakhir, 19 Sept ini.

"(Kemasukan secara berperingkat) itu akan memberi persediaan (secukupnya) kepada pemain industri dan pengendali (pelancongan) untuk menerima bilangan pengunjung yang lebih ramai pada masa akan datang," katanya.

- Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
PELANCONGAN | Kejayaan Projek Rintis Langkawi Jadi Sandaran

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan pembukaan lebih banyak sektor pelancongan negara bergantung kepada kejayaan gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.

Tegasnya, jika projek rintis itu gagal, tiada lagi gelembung untuk ke destinasi lain yang akan diluluskan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Tiket AirAsia ke Langkawi dapat sambutan hebat

Oleh Alzahrin Alias- September 14, 2021 @ 12:46pm
[email protected]

airasia-langkawi_1631594766.jpg


AirAsia sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik dan keselamatan adalah agenda utama - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Inisiatif gelembung pelancongan ke Langkawi menyaksikan peningkatan ketara pembelian tiket penerbangan AirAsia, sekali gus membuktikan orang ramai kini bersedia untuk melakukan kembali perjalanan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata sehingga ini, syarikat penerbangan itu menerima lebih 200,000 tempahan tiket ke Langkawi.

Beliau berkata, pada hari pertama pembukaan tempahan ke Langkawi saja, AirAsia merekodkan penjualan sebanyak 30,000 tiket penerbangan, menunjukkan orang ramai ingin kembali melakukan perjalanan pelancongan dan sentiasa memilih penerbangan sebagai kaedah pengangkutan pilihan.

Gelembung pelancongan ke Langkawi juga, katanya dijangka dapat memberikan keputusan yang positif, sekali gus memberikan peluang untuk lebih banyak destinasi dijadikan sebagai gelembung pelancongan.

"Orang ramai masih mahu melakukan perjalanan udara. Ia satu keperluan perjalanan yang sangat diharapkan oleh semua pihak.
"AirAsia sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik dan keselamatan adalah agenda utama kami," katanya pada sidang media pelancaran penerbangan AirAsia ke Langkawi secara maya hari ini.

Riad berkata, sebagai permulaan, AirAsia Malaysia akan memulakan semula penerbangan Langkawi dengan keseluruhan 90 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur (63 kali seminggu), Pulau Pinang (14 kali seminggu), Johor Bahru (tujuh kali seminggu), Ipoh (tiga kali seminggu) dan Kota Bharu (tiga kali seminggu).

Beliau berkata, lebih banyak laluan dan kekerapan penerbangan akan ditambah dengan permintaan perjalanan yang meningkat sejajar dengan pembukaan semula destinasi percutian lain tidak lama lagi.

Katanya, kumpulan melihat peningkatan jualan tiket ke Langkawi, terutama dengan tambang rendah RM12 dan kombo SNAP bernilai RM99 oleh AirAsia.

Ini, katanya jelas menunjukkan permintaan perjalanan yang tinggi dan AirAsia komited untuk menyokong kerajaan, Tourism Malaysia,Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) serta semua peserta industri pelancongan untuk menjayakan program ini dengan menawarkan lebih daripada 90 penerbangan mingguan ke Langkawi.

"Dari segi operasi, kami melaksanakan langkah kesihatan dan keselamatan secara meluas dan komprehensif untuk memastikan tetamu dan kakitangan kami terbang dengan selamat.

"Sistem daftar masuk kendiri melalui airasia Super App adalah inovasi terbaharu yang mengintegrasikan data daripada penyedia perkhidmatan kesihatan yang diperakui untuk mengesahkan kelayakan perjalanan berdasarkan sijil ujian dan atau sijil vaksinasi mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata tempahan purata hotel di Langkawi sudah mencapai 50 peratus darioada keseluruhan bilik bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang.

Beliau berkata, tempahan yang tinggi bagi hotel empat dan lima bintang ini berdasarkan kepada tawaran yang menarik diberikan kepada pengunjung dan keyakinan mengenai pematuhan SOP.

"Semua pihak mengambil peluang tawaran yang disediakan hotel bertaraf empat dan lima bintang ini. Pelbagai inisiatif disediakan seperti harga bilik yang murah dan pakej menyeluruh yang berbaloi.

"Bagi hotel bertaraf tiga bintang ke bawah pula, kadar tempahan masih rendah sekitar 20 hingga 30 peratus," katanya.

Nasaruddin berkata, inisiatif AirAsia untuk membuka laluan baharu turut akan membantu meningkatkan potensi Langkawi sebagai destinasi pulau utama di kalangan pelancong domestik.

Beliau berkata, LADA berharap ketibaan pelancong akan membantu memacu ekonomi selain memastikan Langkawi kekal sebagai tempat percutian terkemuka bagi pelancong di seluruh dunia.


 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,262
Reaction score
2,443
Points
201
Tngk la hasilnya mcm mn, semoga ok2 ja semua
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,106
Reaction score
2,778
Points
206
Arahan baru
kene buat RT PCR test kalau nak pegi

PETALING JAYA: In an about-turn, visitors to Langkawi under the pilot travel bubble project from tomorrow must now be screened for Covid-19, health minister Khairy Jamaluddin said.

Khairy said screening must be done for all adults aged 18 and above and children and teenagers between seven and 17.

He said in a statement today that this should be carried out through RT-PCR tests at any healthcare facility or private laboratory within 48 hours before their arrival.

The visitors must bring their test results with them for checking at the entry gates of airports or ferry terminals before their departure.




Khairy said individuals may also purchase their own saliva rapid test kits for self-screening at dedicated screening stations at the airport or ferry terminal.

They may also purchase the saliva test kits from service providers at the screening stations.
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,106
Reaction score
2,778
Points
206
harga ticket <RM50
tapi kene buat RT_PCR >rm150
hahahaha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906
1f534.png
((LIVE)) | Suasana di Lapangan Terbang Langkawi menjelang pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara esok.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906

Wajib saring sebelum bercuti ke Langkawi, kata KJ​


September 15, 2021 3:07 PM

langkawi-bernama-200121-1.jpg


(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, ujian saringan mesti dilakukan oleh semua orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan kanak-kanak serta remaja berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Katanya dalam kenyataan hari ini, ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.
Pelancong perlu membawa bersama keputusan ujian untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas.



Tambahnya, pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di tempat saringan yang disediakan.

Selain itu, katanya kit ujian kendiri saliva itu juga boleh dibeli melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan sama ada di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.

“Ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas. Bagi mereka yang didapati negatif Covid-19 mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.
“Manakala individu yang didapati positif Covid-19, mereka tidak dibenarkan dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif Covid-19 dan kontak rapat yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kumpulan kanak-kanak mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Khary juga menekankan bahawa pelaksanaan gelembung pelancongan ini tidak bermakna kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk tidak mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri.

“Saya amat berharap agar seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian kita,” ujarnya.

Terdahulu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini mengumumkan SOP pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 Sept ini.

Menterinya, Nancy Shukri dilaporkan berkata, antara SOP itu ialah pelancong domestik dari seluruh negara, termasuk dari negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang lengkap divaksin boleh bercuti di Langkawi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register