BTC USD 62,624.8 Gold USD 1,746.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 KKM Kini Mencari Sukarelawan Untuk Kajian Vaksin Covid-19

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,983
Reaction score
2,147
Points
201
Vaksin cina tu depa claim drp unsur2 part virus rna mcm vaksin2 terdahulu
kita biasa panggil inactive virus
Bila masuk dlm bdn..immune sistem kita detect dia as foreign body & attack serta develop protection

manakala pfizer pula sintetik rna
Dia construct balik bulding blok rna resemble mcm rna virus covid

apesal sukarelawan tak amik drp pak menteri..depa da volunteer tu
Kira poyo la ni
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,983
Reaction score
2,147
Points
201
Warga emas kebanyakan politician kan? Bila lagi nak jd sukarela Pakcik2 ni :D
depa da panggil ni
———-
Warga emas diperlukan jadi sukarelawan vaksin Covid-19

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

KKM menerusi ciapan di Twitter rasmi berkata, kajian itu bagi menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin khusus untuk warga emas.

"Justeru, seramai 315 hingga 450 warga emas diperlukan untuk menyertai kajian ini sebagai sukarelawan.

"Kami mengalu-alukan sukarelawan warga emas yang berminat untuk menyumbang dalam pembangunan vaksin Covid-19," katanya dalam ciapan itu hari ini.

Katanya, warga emas yang berminat boleh menghubungi sembilan hospital yang sudah ditetapkan KKM.

"Hospital berkenaan adalah Hospital Ampang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultan Abdul Halim.

"Kajian ini kerjasama antara KKM dan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS)," katanya.

Menerusi bebenang sama, KKM turut memaklumkan, seramai 8,162 individu berusia 18 tahun ke atas sudah menghubungi sembilan hospital untuk menjadi sukarelawan dalam percubaan klinikal itu setakat kelmarin.

"Seramai 1,512 sukarelawan atau 50 peratus bersetuju menyertai kajian ini manakala 38 peratus sukarelawan sudah menerima dos pertama vaksin kajian atau plasebo," katanya.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,441
Reaction score
2,796
Points
201
Vaksin cina tu depa claim drp unsur2 part virus rna mcm vaksin2 terdahulu
kita biasa panggil inactive virus
Bila masuk dlm bdn..immune sistem kita detect dia as foreign body & attack serta develop protection

manakala pfizer pula sintetik rna
Dia construct balik bulding blok rna resemble mcm rna virus covid

apesal sukarelawan tak amik drp pak menteri..depa da volunteer tu
Kira poyo la ni

kiranya sama mcm vaksin rusia dan india

Kerajaan akan import 6.4 juta dos vaksin Sputnik V dari rusia.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,983
Reaction score
2,147
Points
201
Vaksin Covid-19: Bantuan, sagu hati jika wujud kesan sampingan
PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan vaksin Covid-19 bagi melihat kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas program vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi menilai sekiranya berlakunya kesan sampingan yang teruk termasuk kematian untuk membolehkan tindakan susulan.

Pihaknya tidak memanggil hal tersebut sebagai pampasan seperti dilakukan beberapa negara termasuk Singapura tetapi lebih kepada sagu hati ataupun bantuan.

“Bagaimanapun pakar akan meneliti dahulu kes terbabit bagi melihat kesan sampingan terbabit sama ada kematian itu disebabkan vaksin ataupun hanya kebetulan.

“Sekiranya berlakunya kesan sampingan yang serius ataupun kematian, kita akan daftarkan kes terbabit kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan syarikat pengeluar vaksin itu untuk direkodkan serta dinilai berdasarkan data yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Sesi Libat Urus Darurat Covid-19 Siri 3/2021: Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 serta Strategi Kementerian Kesihatan bagi melindungi golongan berisiko tinggi secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata, seperti semua vaksin yang ada sebelum ini, pastinya akan berlaku kesan sampingan seperti demam, bengkak, sakit, kemerahan di mana ia adalah radang di tempat disuntik.

“Apabila kesan sampingan atau gejala sedemikian berlaku, ia adalah satu perkara yang bagus kerana badan ada tindak balas dengan vaksin sekali gus menjana antibodi,” katanya.

Jelasnya, perkara ini sama seperti apabila seseorang itu perlu menandatangani surat kebenaran pembedahan tetapi ia tidak bermakna tindakan mahkamah tidak boleh dibuat.

“Biarpun ada surat sedemikian, seseorang itu boleh ambil tindakan sekiranya adalah kematian atau komplikasi pembedahan. Bagaimanapun jika tidak dibawa mahkamah, pampasan akan diberi,” katanya.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,983
Reaction score
2,147
Points
201
'𝐌𝐲 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐕𝐚𝐜𝐜𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐠𝐞'
1616042616448.png

Individu yang telah lengkap pengambilan dos vaksin akan diberi MY #COVID19 Vaccination Badge sebagai bukti ia telah menerima vaksin COVID-19 - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selepas menerima suntikan pertama pada 24 Februari 2021 lepas, akan menjadi individu pertama menerima lencana itu.

Lencana itu berbentuk kad segi empat tepat dan dilengkapi dengan kod keselamatan. KKM (Kementerian Kesihatan) akan mengeluarkan bukan sahaja sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera tetapi juga akan keluarkan lencana yang menandakan siapa yang dapat dos kedua atau sudah selesai vaksinasi. Ini untuk mengesahkan individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

#LindungDiriLindungSemua
#KitaAkanMenang
Dr Adham Baba
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Perdana Menteri
MySejahtera
JKJAV

Sumber : Bernama
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,983
Reaction score
2,147
Points
201
Sukarelawan tak jd org pertama
PM dpt sijil dulu hahah
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Untuk Golongan Berisiko Akan Bermula 19 April

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 19 April hadapan. Fasa kedua akan menyasarkan pula golongan berisiko tinggi dan mereka yang sudahpun berumur. Tumpuan kali ini juga akan diberikan kepada kategori industri terutamanya di kawasan merah bergantung kepada bekalan vaksin.

Setakat ini sudah lebih 7 juta individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin menerusi MySejahtera dengan 2 juta dari golongan yang akan menerimanya dalam fasa kedua. Jumlah pendaftaran setakat ini masih lagi rendah – sekitar 30% daripada sasaran suntikan vaksin setakat ini. Bagi mereka yang belum berdaftar, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera, portal vaksincovid.gov.my dan talian hotline 1800-888-828. Penjaga juga sudah boleh mendaftarkan tanggungan mereka menggunakan aplikasi sejak dua minggu lalu. Maka segeralah mendaftar sekiranya anda mahu beraya bersama keluarga tahun ini.

Screenshot-3826.jpg

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Pendaftar Untuk Fasa 3 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Mungkin Di Dahulukan Jika Pendaftaran Fasa 2 Rendah

Seperti yang telah kami laporan hari ini, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan bermula pada 19 April hadapan untuk golongan-golongan yang berisiko. Setakat ini hanya 2 juta individu yang jatuh dalam kategori ini telahpun mendaftar. Khairy Jamaluddin dalam sidang media perkembangan terkini PICK sebentar tadi berkata kerajaan mungkin mendahulukan individu yang sepatutnya menerima vaksin di fasa ketiga sekiranya pendaftaran fasa kedua masih rendah.

Setakat ini hanya 7 juta yang bersamaan hanya 30% sasaran imunisasi negara telah mendaftar untuk menerusi MySejahtera. Selangor ialah negeri dengan jumlah vaksinasi tertinggi setakat ini dengan 75,317 individu, diikuti Perak (59,305), Sarawak (57,034), Sabah (52,223) dan Kuala Lumpur (50,512).

Sekiranya anda jatuh ke dalam kategori kedua dan belum melakukan pendataran, anda masih boleh mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, portal vaksincovid.gov.my dan talian hotline 1800-888-828. Penjaga juga sudah boleh mendaftarkan tanggungan mereka menggunakan aplikasi sejak dua minggu lalu. Maka segeralah mendaftar sekiranya anda mahu beraya bersama keluarga tahun ini.

Program-Vaksinasi-Covid-19-kebangsaan-carta-aliran-A-950x993.jpg

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register