Covid-19 KKM Kini Mencari Sukarelawan Untuk Kajian Vaksin Covid-19

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Jumlah jangkitan baru Covid-19 di Malaysia masih lagi empat angka setiap hari sejak lebih sebulan lalu sehingga beberapa negeri kini di bawah PKP. Proses vaksinasi dijangka hanya akan dimulakan pada penghujung Februari ini. Bagi mereka yang tidak mahu menunggu, Kementerian Kesihatan Malaysia kini mencari sukarelawan untuk melihat keberkesanan dan keberkesanannya di negara kita.

Sukarelawan perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Kelebihan mereka yang menyertai program ini ialah imunisasi terhadap Covid-19 di samping menerima ujian Covid-19 menerusi kaedah PCR. Pada waktu yang sama KKM turut mengatakan mungkin terdapat risiko kesan sampingan seperti bengkak atau kemerah-merahan pada bahagian yang disuntik, ciri birit, demam dan keletihan. Bagi yang berminat sila hubungi hospital-hospital di bawah.

CRC Hospital Sungai Buloh, Selangor (010-8767180)
CRC Hospital Ampang, Selangor (014 9463599)
CRC Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak (016-4064692)
CRC Hospital Taiping, Perak (010-3704692)
CRC Hospital Pulau Pinang (014-9453599)
CRC Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (010-3794692)
CRC Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah (010-8764540)
CRC Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah (011-57669114)
CRC Hospital Umum Kuching, Sarawak (016-4223599)



 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,398
Reaction score
1,998
Points
201
Kan da terbukti berkesan tu
Nak kajian apa lg?

1610899032389.png
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,791
Reaction score
672
Points
171
untuk orang yang keciwa mmg sesuai jadi sukarelawan,

p/s: daus :D
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,126
Reaction score
2,601
Points
206
kira jadi tikus putih makmal la ni.
harap ada yang sudi.

tapi itu hari dengar bung mohtar kan mintak divaksin awal.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Beli mahal2. Suruh org sukarela.. bayar la org baru ramai yg nak
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Sukarelawan perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Kelebihan mereka yang menyertai program ini ialah imunisasi terhadap Covid-19 di samping menerima ujian Covid-19 menerusi kaedah PCR. Pada waktu yang sama KKM turut mengatakan mungkin terdapat risiko kesan sampingan seperti bengkak atau kemerah-merahan pada bahagian yang disuntik, ciri birit, demam dan keletihan. Bagi yang berminat sila hubungi hospital-hospital di bawah.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Ujian Klinikal Vaksin COVID-19 Bermula Hari Ini - Melibatkan 9 Hospital & 3000 Sukarelawan

Sebelum ini dilaporkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mencari sukarelawan untuk menjalani ujian klinikal vaksin COVID-19. Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa ujian tersebut telah bermula hari ini, dengan sejumlah 3000 orang sukarelawan yang akan menjalani ujian tersebut di sembilan hospital kerajaan di seluruh negara. Beliau berkata lagi ujian vaksin ini akan dikendalikan oleh Clinical Research Malaysia, dimana separuh daripada sukarelawan ini akan menerima suntikan vaksin, manakala separuh lagi akan menerima suntikan placebo.

Vaksin yang akan digunakan dalam ujian ini adalah daripada Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences yang mana fasa ujian ini merupakan fasa ketiga dalam mengesahkan keberkesanan vaksin tersebut. Sukarelwan ujian akan menerima dua suntikan selang 14 hari, dimana dalam dua bulan pertama mereka akan perlu melakukan enam lawatan ke hospital, dan selepas itu, satu lagi lawatan ke hospital untuk mengesahkan keberkesanannya selepas 13 bulan.

Menurut laporan, vaksin-vaksin ujian ini sedang diagihkan ke hospital-hospital berkenaan dan kumpulan pertama yang akan menerima vaksin ini dijangka akan disuntik pada penghujung bulan ini, ataupun awal bulan hadapan.

Screenshot-3732.jpg

Sumber asal https://www.thevibes.com/articles/n...-take-part-in-phase-3-covid-19-vaccine-trials
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Malaysia Sasar 75,000 Suntikan Vaksin Covid-19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

Proses vaksinasi menentang wabak Covid-19 di Malaysia akan bermula Mac hadapan. Ini adalah langkah yang perlu kerana gelombang ketiga wabak yang kini melanda Malaysia mencatatkan kes positif dan kematian yang tinggi. Di dalam temubual bersama laman CodeBlue hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dipetik berkata negara menyasarkan 75,000 suntikan sehari untuk fasa pertama.

Kemudiannya pada fasa kedua 150,000 suntikan akan diberikan setiap hari dengan mengambil kira individu yang akan mengambil dos kedua. Secara keseluruhan proses suntikan akan mengambil masa 15 minit bagi melihat sekiranya suntikan menghasilkan kesan sampingan reaksi anafilaksis yang akan dialami sebilangan kecil penerima. Terdapat perancangan untuk pusat suntikan beroperasi 24 jam sehari.

Khairy turut menambah sebanyak 600 pusat suntikan vaksin sudah dikenalpasti oleh KKM yang bakal menggunakan hospital, klinik kesihatan, hospital tentera, klinik swasta dan ruang dewan umum. Kesemua lokasi suntikan vaksin dipilih bagi memastikan orang ramai tidak perlu bergerak melebihi 10km dari tempat tinggal.

Dengan perancangan ini, kerajaan berharap dapat mencapai sasaran vaksinasi 27 juta rakyat Malaysia iaitu 80% populasi negara seawal Disember 2021 atau paling lewat Mac 2022.

Sumber asal https://codeblue.galencentre.org/20...ily-jabs-in-initial-covid-19-vaccine-rollout/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register