BTC USD 38,976.4 Gold USD 1,873.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM cadang rentas negeri balik raya ditangguh

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,985
Reaction score
302
Points
51

Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri

Sir (tengah) ketika meninjau lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di Gua Musang, hari ini. Foto Ramli Ibrahim

Gua Musang: Polis kecewa dengan tindakan individu menimbus semula lubang yang dibuat di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di sini.

Berikutan itu, polis memberi amaran terhadap sesiapa yang berbuat demikian dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Difahamkan, tindakan menimbus lubang itu dibuat untuk membolehkan lorong tikus itu digunakan bagi megelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya mengesan satu daripada enam lubang di lorong tikus yang digali polis untuk menutup laluan ditimbus semula.

Menurutnya, ada juga penghadang konkrit yang diletakkan di lorong tikus dipecahkan.

"Polis akan menggali semula lubang yang ditimbus itu supaya tidak ada ruang rentas negeri tanpa kebenaran dapat dilakukan.

"Kita menutup lorong tikus dengan menggali lubang sebelum Aidilfitri lalu, susulan ramai yang menggunakan laluan itu bagi mengelak daripada diperiksa di SJR.

"Tindakan kita menggali lubang, menimbun tanah dan meletakkan penghadang konkrit dan besi itu usaha terakhir serta lebih berkesan untuk menghalang orang ramai menggunakan lorong tikus bagi merentas negeri," katanya selepas meninjau enam lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sik berkata, keadaan trafik memasuki Kelantan melalui SJR Kampung Tanah Puteh lengang dengan kenderaan pada hari pertama sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan bermula semalam.

== harian metro
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,674
Reaction score
1,598
Points
201

Mcm penyeludup plk depa buat....org dh gali tu boleh plk dia timbus, memang Pablo eskobar betoi hahaha
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,670
Reaction score
12,787
Points
2,376
IMG_20210606_135806_083.jpg

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan 1 Jun lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan rentas daerah dan negeri yang diluluskan itu adalah bagi permohonan melibatkan kematian, kecemasan dan pemohon yang bekerja sendiri.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,985
Reaction score
302
Points
51

Lelaki jual surat panggilan saksi palsu untuk rentas negeri ditahan

TELEFON bimbit lelaki yang dirampas polis kerana disyaki memalsukan surat panggilan saksi untuk dijual kepada orang ramai. FOTO ihsan PDRM

Sungai Petani: Polis menahan lelaki dipercayai melakukan penipuan dengan memalsukan surat panggilan saksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dijual di laman sosial Wechat.

Surat itu kemudian digunakan untuk tujuan merentas negeri dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang dilaksanakan ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati surat panggilan palsu berkenaan dijual pada harga RM100 hingga RM200 sekeping.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, pihaknya menahan suspek berusia 23 tahun itu di sebuah pasar raya di Kampung Lapan, Melaka pada 9 pagi Khamis lalu.

"Berikutan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan suspek untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui Wechat berkaitan dengan penjualan surat panggilan saksi yang dipalsukan itu.

"Tangkapan itu dibuat susulan maklumat mengenai satu iklan yang dimuat naik di Wechat yang menawarkan penjualan surat panggilan saksi untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, pada asalnya surat panggilan saksi itu dikeluarkan oleh pegawai penyiasat atas satu penama beralamat di Ipoh, Perak untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, surat itu kemudian dipalsukan oleh suspek untuk dijual kepada orang ramai yang memerlukannya bagi kegunaan merentas negeri.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 19 rekod jenayah termasuk penipuan di sekitar Lembah Klang dan pernah dituduh dituduh mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seskyen 511 Kanun Keseksaan.

"Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya kepada mana-mana individu yang mempromosikan surat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak polis untuk tujuan merentas negeri," katanya.

== harian metro
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register