BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM arah operasi ‘vending machine’ jual vape dihenti serta-merta

Sponsored Post

Perhebat usaha halang vape dijual kepada golongan bawah umur- SUHAKAM

Wartawan MalaysiaGazette1 August 2024
MGF03012019_VAPE02-681x454
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR- Pesuruhjaya Kanak-Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengesyorkan kerajaan melakukan pemantauan ketat terhadap penjual rokok elektronik kepada kanak-kanak dan golongan bawah umur di media sosial.

Katanya, sebarang usaha untuk menghalang bekalan e-rokok kepada golongan berkenaan perlu diperhebat kerana pada kebiasaannya produk terbabit dipasarkan dalam bungkusan serta perisa yang menarik.

Sehubungan itu, ia menggesa penguatkuasaan Seksyen 13 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) diperketatkan bagi menghalang penjualan produk berkaitan tembakau dan nikotin kepada kanak-kanak.

Selain itu katanya, Seksyen 17 dalam Akta 852 turut mejadikan perbuatan menghisap atau menggunakan sebarang produk berasaskan tembakau atau produk pengganti tembakau dalam kalangan individu berusia di bawah 18 tahun sebagai satu kesalahan.

Menurut Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, kejayaan langkah pencegahan itu berkait rapat dengan ketulusan dan kesungguhan dalam penguatkuasaan Akta berkenaan.

“Orang awam juga diberikan amaran mengenai naratif yang mempromosikan rokok elektronik atau vape sebagai pengganti tembakau yang ‘lebih sihat serta kurang berisiko’ untuk perokok menghentikan tabiat merokok.

“Perang menentang tembakau ini tidak seharusnya disertai dengan sogokan nikotin atau bahan kimia yang mengakibatkan ketagihan kepada pengguna baharu terutamanya sekali kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah SUHAKAM, ibu bapa dan penjaga yang mendapati anak-anak mereka menghisap rokok elektronik haruslah segera mendapatkan bantuan.

Fasiliti kesihatan Kerajaan dan organisasi profesional yang berkaitan menawarkan perkhidmatan berhenti merokok yang terdiri daripada rawatan serta kaunseling.

Katanya, SUHAKAM kesal dengan berita mengenai seorang pelajar sekolah menengah yang kritikal selepas menghisap rokok elektronik dengan cecair atau gel magic mushroom secara berlebihan.

Susulan itu, SUHAKAM menggesa ibu bapa dan penjaga supaya peka terhadap risiko yang dikaitkan dengan produk rokok elektronik. -MalaysiaGazette
 
KPM pandang serius isu rokok elektronik dalam kalangan pelajar

KPM pandang serius isu rokok elektronik dalam kalangan pelajar
Fadhlina (tengah) bersama para pelajar pada Majlis Pelancaran Kembara Jiwa Merdeka Peringkat Negeri Terengganu ‘Malaysia MADANI Jiwa Merdeka’ di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA
MARANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbabit dalam gejala sosial, termasuk menghisap rokok elektronik atau vape di kawasan sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya memandang serius isu membabitkan gejala sosial dalam kalangan pelajar tetapi peranan semua pihak termasuk ibu bapa dan guru juga perlu dalam memastikan mereka terhindar dari gejala sosial.

"Kalau ditemui di dalam kawasan sekolah, kita ada tindakan tatatertib (disiplin) dan perkara ini sentiasa kita peringatkan kepada pentadbiran sekolah dan guru-guru serta komuniti dalam sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pejabat Pendidikan Daerah Marang, di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, langkah membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sentiasa dilaksanakan dari masa ke masa.

"Penegasan dari segi garis panduan berkaitan tindakan disiplin, peringatan ini dari masa ke semasa disampaikan kepada pentadbir sekolah dan guru untuk mengingatkan pelajar yang mereka berada dalam ekosistem sekolah.

"Tetapi ia tidak cukup sekiranya ibu bapa tidak memainkan peranan mereka dengan mengawal selia anak masing-masing," katanya.

Mengulas mengenai gangguan seksual di sekolah, beliau berkata, KPM sudah memperkukuh garis panduan menangani isu berkenaan.

"Kita mengeluar dan memperkukuh garis panduan di dalam menangani isu-isu di dalam institusi pendidikan di bawah KPM.

"Yang kedua adalah berkait rapat dengan tatatertib. Sekiranya kita dapati berlaku dalam kalangan warga KPM sendiri, memang kita sudah buat penegasan berkaitan tatatertib ini," katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register