BTC USD 118,515 Gold USD 3,342.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Akan Umum Pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan - Dr Dzulkefly Ahmad

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
455,517
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
455,517
Reaction score
37,652
Points
2,836
Awards
2

KKM akan umum pelan reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan​


10 JUN 2024

2684444.jpg

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Baharu Hospital Avisena di Seksyen 14 Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama


SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan akan mengumumkan pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan bertujuan memperkukuh dan menambah baik sistem penjagaan kesihatan di negara ini, dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, agenda reformasi itu antara lain menumpukan cara kreatif dan inovatif membelanjakan bajet tahunan yang diumumkan kerajaan.

Beliau berkata, ini dapat menambah kedudukan kewangan kementerian bagi kebaikan sistem penjagaan kesihatan supaya tidak tergugat dengan status fiskal negara.

“Kita pada asasnya berasaskan sistem cukai dan (kementerian) menerima RM41.2 bilion (belanjawan) untuk tahun ini dan RM6.07 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Sebenarnya selama ini kita kekurangan dana, kekurangan petugas dan mempunyai beban kerja yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pakar Avisena di sini pada Isnin.

Menurutnya sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana atas, Malaysia sepatutnya membelanjakan enam hingga tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk penjagaan kesihatan berbanding 5.1 peratus ketika ini.

Sehubungan itu, Dzulkefly memuji usaha sektor swasta dalam melengkapkan sistem penjagaan kesihatan sektor awam sambil menggesa supaya mereka turut terlibat dalam penjagaan kesihatan berasaskan nilai.

Sementara itu Dzulkefly berkata, kementeriannya sedang berusaha mengoptimumkan penggunaan katil menerusi penawaran rawatan harian di hospital-hospital utama dan pendigitalan Unit Pengurusan Katil (BMU) secara berpusat melalui sistem Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) hospital.

Katanya ia selaras dengan sasaran ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk meningkatkan nisbah dua katil untuk setiap 1,000 penduduk kepada 2.06. – Bernama


 
Sponsored Post

“Kita pada asasnya berasaskan sistem cukai dan (kementerian) menerima RM41.2 bilion (belanjawan) untuk tahun ini dan RM6.07 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Sebenarnya selama ini kita kekurangan dana, kekurangan petugas dan mempunyai beban kerja yang banyak,” katanya.
 
Ni bagus.. patut dah lama naik caj rm1 kat hospital dan kk.. naik rm3 atau rm5.. rm7 atau rm10 utk pakar..

Tapi kena tambah doktor dan nurse utk counter isu kekurangan tenaga kerja
Mudah2an akan berlaku kenaikan cas, at least RM5.
 
Boleh tak sesiapa buka thread senarai cukai2, barang2 dan perkhidmatan yg naik sejak bmx ni jadi pm. Aku dan sampai tak boeh ingat dah sebab byk sngat. Semakin hari kerajaan madanon ni makin jadi biol. Habis semua apa yg dijanjikan sebelum ditunaikan dengan cara dia buat terbalik dari apa yg dia janji.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register