BTC USD 27,840.6 Gold USD 1,979.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKD Siasat Dakwaan Kebocoran Data 13 Juta Pengguna Maybank, Astro & SPR

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
01.01.2023 - KualaLumpur, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini memaklumkan pihaknya memandang serius mengenai dakwaan kebocoran data yang melibatkan 13 juta pengguna Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berikutan itu, KKD melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak Maybank dan Astro berhubung dakwaan itu, bagi memastikan kesahihan pemilikan data.

Menterinya, Fahmi Fadzil menjelaskan siasatan awal ke atas maklumat nombor akaun Maybank yang dipaparkan dalam laman sesawang berkenaan didapati adalah tidak sah atau tidak wujud kerana transaksi tidak boleh dilakukan melalui nombor akaun tersebut. Sebagai tambahan, terdapat kemungkinan data yang didakwa bocor adalah merujuk kepada satu insiden kebocoran yang berlaku pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, KKD menyatakan pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan adalah diperlukan untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Sementara itu, siasatan mengenai kebocoran data SPR dalam laman sesawang berkenaan akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NASA) untuk tindakan selanjutnya memandangkan ia adalah di luar bidang kuasa Akta 709.Notis sekatan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tujuan menghalang orang awam mengakses laman sesawang tersebut.​

66735BB7-538A-4B51-AB1B-EBF47D1521F3-768x432.jpeg

Berita asal https://m.facebook.com/story.php?st...ThSJtNqHqryjqjvjWQdwNYHZ5l&id=100044354712977
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Data 13 Juta Pengguna Di Dakwa Sedang Di Jual - Libatkan Pengguna SPR, Maybank, Astro

Seorang individu di forum Breached berkongsi serba sedikit data peribadi pengguna yang dijual, menjumlahkan sehingga 13 juta pengguna daripada SPR (dipercayai merujuk pada Suruhanjaya Pilihan Raya), Astro dan Maybank. Berdasarkan pecahan disediakannya, 7.2 juta pengguna ialah daripada SPR, 3.5 juta daripada Astro dan 1.8 juta daripada Maybank.
13-Millions-Malaysian-Bank-Leak-MayBankSPRAstro-_-BreachForums-768x452.jpg

Hantaran tersebut diterbitkan pada 25 Disember baru-baru ini. Antara data didedahkan individu tersebut ialah nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Untuk data pengguna Astro, ia menyenaraikan sehingga 3 nombor telefon untuk setiap individu.
13-Millions-Malaysian-Bank-Leak-MayBankSPRAstro-_-BreachForums-1-768x273.png

Individu dengan nama 'Nimori' itu turut menyediakan pautan ke Telegram-nya namun tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut seperti harga dijual mahupun bila data-data itu diperoleh. Sebelum PRU15, memang ada pendedahan yang menunjukkan data daripada SPR sudah bocor yang melibatkan 800,000 pengguna. Akan tetapi, Hamzah Zainudin menafikan ketirisan tersebut
myspr-vs-jpn-leak-dates-768x346.jpg

Melalui ruangan komen di hantaran Pendakwah Teknologi di Facebook, seorang netizen mengesahkan ada maklumat pengguna yang dibocorkan Nimori ialah benar berdasarkan cubaannya membuat pemindahan melalui ciri DuitNow. Perkara ini sangat serius kerana melibatkan sebuah badan kerajaan yang mana majoriti rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatannya iaitu SPR. Sebelum itu, tular dakwaan data daripada JPN turut bocor namun sama dinafikan oleh Hamzah yang ketika itu memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah pun memberi respons berkenaannya. Katanya, beliau sudah meminta CyberSecurity, JPDP menyiasat tentang dakwaan ini. Tindakan berdasarkan undang-undang juga akan diambil.​



Sumber asal Nimori
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Akui Lebih 200,000 Pelanggan Unifi Terkesan, Ini Respons TM Berkaitan Pencerobohan Data

Di laporkan berkenaan dakwaan penjualan data melibatkan 13 juta pengguna Astro, Maybank dan SPR. Kini, Telekom Malaysia (TM) mengeluarkan kenyataan berkenaan isu pencerobohan data mereka. TM mendapati bahawa sebanyak 250,248 pelanggan Unifi Mobile telah terkesan akibat pencerobohan data ini, termasuk pelanggan individu dan SME.

Antara data yang terlibat ialah nama, nombor telefon dan e-mel. Tiada maklumat lain yang bocor, menurut TM. Bagaimanapun, syarikat telah mengambil tindakan untuk meminimumkan kesan yang mungkin berlaku pada pelanggan-pelanggan tersebut. Mereka yang terkesan sudah pun dihubungi oleh TM untuk dimaklumkan tentang kejadian ini. Jika anda pelanggan Unifi dan tidak menerima pemberitahuan, bermakna akaun anda tidak terkesan dengan pencerobohan data ini.

Dalam pada itu, TM juga telah melaporkannya pada pihak berwajib seperti (National Cyber Coordination & Command Centre (NC4), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan SKMM. Langkah keselamatan lain juga telah diambil syarikat untuk memastikan keselamatan pengguna. Dalam kenyataan sama, TM berkata pelanggan tidak mengalami sebarang gangguan perkhidmatan semasa insiden ini. Syarikat telekomunikasi ini juga menasihatkan pengguna agar berjaga-jaga ketika menerima komunikasi daripada pihak tidak dikenali.​

1672566419885.png

Sumber asal TM
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Maybank Mengesahkan Dakwaan Kebocoran Data Adalah Palsu &Tidak Benar

Semalam, kita telah melihat sebuah perkongsian hadir ke arena web, menjual data yang dikatakan daripada beberapa sumber, termasuk Maybank. Ketika itu, Maybank telah mengatakan sedang menjalankan siasatan lanjutan berkenaan dakwaan tersebut. Kini, lanjutan daripadanya, Maybank hari ini mengesahkan yang mana dakwaan kebocoran tersebut adalah tidak benar.

Maybank turut memberi jaminan kepada pelanggan mereka, yang mana data kekal selamat, dan tiada yang terjejas. Sebelum ini, pihak kerajaan juga telah menyatakan yang mana dakwaan tersebut kurang tepat, memandangkan nombor akaun Maybank yang dipaparkan adalah tidak sah dan tidak wujud, serta transaksi tidak boleh dilakukan.



Baca Juga https://carigold.com/forum/threads/data-peribadi-5-juta-penumpang-airasia-di-dakwa-bocor.753893/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Maybank Mengambil Serius Dakwaan Data Pengguna Bocor

Selain Astro, Maybank turut dilihat telah mengeluarkan komen rasmi berkaitan laporan mengatakan sejumlah data pengguna bocor ke arena internet, yang hadir dari beberapa sumber, termasuk Maybank. Berkongsi mengenainya melalui Twitter, Maybank mengatakan mereka mengambil serius dakwaan data pengguna bocor, dan sedang melakukan siasatan berkaitan dengannya. Maybank menekankan mereka tidak pernah mengalami sebarang kebocoran atau pencerobohan data. Maybank turut mengatakan mereka telah sedia mengambil langkah-langkah keselamatan siber dalam melindungi semua data dibawah mereka. Sebelum ini, sebuah perkongsian di forum mengatakan data sekitar 13 juta pengguna di Malaysia dijual, yang mana hadir daripada beberapa sumber, termasuk Astro dan Maybank. Siasatan lanjut berkenaan dengannya sedang dilakukan buat masa ini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Tiada Informasi Sulit Para Pelanggan Yang Bocor - Astro

Astro kini mengeluarkan komen rasmi mereka kepada kami, berkaitan dengan laporan mengatakan data pengguna Astro yang dijual dalam pasaran gelap.

Menurut Astro, “Astro sudah dimaklumkan bahawa terdapat insiden yang melibatkan dakwaan perkongsian data para pelanggan kami tanpa kebenaran. Berdasarkan penyiasatan terkini kami, Astro percaya bahawa tiada informasi sulit para pelanggan dalam pegangan kami dibocorkan. Keselamatan informasi sulit para pelanggan Astro merupakan kepentingan utama kami dan kami percaya bahawa kami telah mengambil tindakan keselamatan sewajarnya untuk melindungi data para pelanggan kami. Penyiasatan sedang giat dijalankan dan kami akan memaklumkan jika terdapat laporan terkini.”

Komen daripada Astro ini hadir susulan laporan awal pagi hari ini yang mengatakan data sekitar 13 juta pengguna Malaysia yang bocor dan dijual di pasaran gelap, mengatakan ia hadir daripada beberapa sumber, termasuk Astro, Maybank dan juga SPR.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Unifi Mengesahkan Data 250,248 Pelanggan Tertiris Ke Arena Web

Selain data 13 juta pelanggan Astro, Maybank dan SPR yang dijual secara terbuka di atas talian hari ini, data pelanggan Unifi juga turut dijual di laman yang sama. Pihak Unifi telah mengesahkan bahawa data melibatkan 250,248 pelanggan Unifi Mobile terjejas dalam pangkalan data yang dijual. Data yang tertiris adalah dalam bentuk nama, nombor telefon dan emel sahaja pada waktu ini. Tiada maklumat lain didapati tertiris oleh pihak Unifi. Pelanggan yang terjejas telah dihubungi oleh pihak Unifi Mobile. Pihak NC4, Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan SKMM juga telah dimaklumkan mengenai insiden ini. Pihak Unifi Mobile memaklumkan kepada pengguna tiada gangguan kepada perkhidmatan berlaku disebabkan ketirisan data pengguna yang berlaku. Pemantauan diteruskan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku di masa hadapan.​
 
Sponsored Post

Top
Log in Register