Covid-19 K'jaan Tutup Ekonomi Sepenuhnya Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat Selepas 4 Feb?

CG Sponsors




silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,605
Reaction score
1,144
Points
111
PKPB pun takpe, asalkan budak-budak boleh pegi sekolah. Tengok muka anak-anak dah macam rindu sangat nak ke sekolah. Dapat pakai baju sekolah dalam rumah pun dah suka yaqmat. hehehe
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,211
Reaction score
4,421
Points
601
Maksud soalan kalau dia jumpa pesakit covid lepas tu, dia tak terjangkit?

Kalau ikut yg diberitahu, selapas 10 hari tu badan dlm badan dah tak efektif utk jangkitkan orang

Dan badan dia akan ada imuniti utk lawan virus dan virus akan mati... tinggal la antibody tu stay dalam badan

Tapi setakat ni selama mana dia akan imune tu xclear la pulak... ada cakap sekurang2 utk 2 3 bulan

Macam konsep vaksin... suntik virus yg lemah ke dalam badan, dan badan akan respon utk hasilkan antibody...
betul tu tuan.. antibodi utk org yg pulih ni tak kekal lama.. dan saintis pun tak tahu lg brp lama antibodi akan berkesan,,Ada kes kat hong kong,US dan eropah org yg pulih dr covid ni masih lg blh dijangkiti oleh virus ni. Di hong kong seorang lelaki dijangkiti balik slp 4 bulan sembuh dr covid ni..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Najib Razak



1m ·

Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai perabot buka, kedai emas buka, kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka, shopping mall buka.

Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baru Covid masih semakin naik dan syarat semakin longgar?

Jika begini, hentikan sahaja PKP supaya adil pada semua.

Sebab itu dari hari pertama PKP, saya telah saran supaya PKP paling ketat dilaksanakan untuk 2 minggu sahaja untuk memberi impak maksima untuk usaha lawan Covid.

Kita buat ketat-ketat dua minggu. Kerajaan beri bantuan secukupnya bagi semua untuk menghadapi dua minggu yang tegas itu.

Beri peluang untuk hospital dan front-liners kita pulih.

Tak dibuat.

Sebaliknya, kini kita sudah menjalani 17 hari PKP setengah masak yang akhirnya terbazir.

Akibatnya, kes covid tak turun dan kita sudah menjadi negara paling teruk dilanda Covid dalam ASEAN.

Tekanan ke atas sistem kesihatan dan frontliners semakin berat. Rakyat disuruh kuarantin dan rawat kendiri di rumah.

Semakin banyak kluster Covid tempat kerja tercetus tapi semakin banyak kelonggaran untuk PKP diberi pula.

Maka, Rakyat perlu bersedia untuk menghadapi penularan Covid yang semakin parah pada bulan-bulan mendatang.

Bila boleh buka semula sekolah pun menjadi satu tanda tanya yang besar.

1611905261380.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
SOP diperketatkan lagi#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../tidak-akan-ada-sekatan.../

Tidak akan ada sekatan ekonomi walaupun berlaku senario terburuk – Zafrul


29 January 2021

MGF14122020_DANA-PENJANA-NASIONAL05.jpg

Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh ke atas ekonomi walaupun jika berlaku senario terburuk, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Sebaliknya, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya angka jangkitan kes Covid-19 di negara ini kekal tinggi.




“Berdasarkan model semasa, kami percaya jumlah kes akan turun.
”Dengan andaian senario terburuk (sudah menjadi kenyataan), tidak akan berlaku sekatan menyeluruh ke atas ekonomi, kita akan terus fokus pada SOP yang lebih ketat, ”katanya dalam wawancara bersama CNBC hari ini.

Tengku Zafrul menjawab pertanyaan tentang apakah kerajaan akan menutup sektor tertentu atau tidak atau sektor mana yang menjadi keutamaan untuk ditutup jika perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) dilanjutkan atau jika program vaksin Covid-19 tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan.



Katanya, sekiranya jumlah kes terus meningkat, masalah utama seperti kepatuhan dan penguatkuasaan SOP harus ditangani.
Malaysia mencatatkan 4,094 kes Covid-19 baharu semalam, menjadikan jumlah jangkitan negara setakat ini bertambah kepada 198,208 kes.
Sementara itu, Tengku Zafrul menolak tanggapan kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini akan mempengaruhi prestasi eksport.



“Ya, ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang lain, tetapi kerana perdagangan global diramalkan tumbuh sekitar 8% pada tahun 2021 berbanding 2020, Malaysia akan mendapat keuntungan daripada itu.

“Dan, saya yakin prestasi ringgit tidak akan memberi kesan buruk kepada eksport,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut melahirkan keyakinan program vaksinasi Covid-19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 dapat membantu memacu pemulihan ekonomi Malaysia.

Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer pada akhir Februari ini.
Sebelum ini media melaporkan program vaksinasi dijadual bermula awal Mac depan, akan dilaksanakan secara berfasa bagi tempoh 12 hingga 18 bulan dengan hampir 27 juta orang penduduk dijangka menerima suntikan pada suku pertama tahun depan. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Aktiviti Pembalakan Dibenarkan Mulai Esok
Semua sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kini dibenarkan melanjutkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam bermula esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam penguatkuasaan susulan lanjutan operasi restoran dan kedai makan sebelum ini.

Ismail turut memaklumkan kerajaan memutuskan untuk membenarkan sektor perkayuan dan rantaiannya, termasuk pembalakan, untuk kembali beroperasi.

Kebenaran itu juga bermula esok.

Dalam pada itu, Ismail meminta pihak berkuasa menggunakan budi bicara berhubung rakyat yang ingin membuat perjalanan rentas negeri.

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
Teruskan aje la darurat tu
Kes pun belum beransur pulih ni

duduk rumah saja sampai raya
tunggu aje abah kasi bantuan lg
Nanti raya cina lg teruk tawwww

Kita tunggu vaksin
Baru re-open balik

kilang2 industri biarkan aje beroperasi
Mereka walaupun kluster mereka besar
Tp folo sop :ROFLMAO:
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,357
Reaction score
536
Points
121
tenku zafrul ckp mcm tu x takut kena troll ke andai kerajaan bt lokdon
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
May 29, 2008
Messages
12,068
Reaction score
2,633
Points
201
tenku zafrul ckp mcm tu x takut kena troll ke andai kerajaan bt lokdon
Logiknya menteri kena cakap benda yang tak menyebabkan panic..

Esok2 lockdown.. Itu citer lain..

Yang penting rakyat tak panic..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register