Covid-19 K'jaan Tutup Ekonomi Sepenuhnya Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat Selepas 4 Feb?

CG Sponsors




Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,744
Reaction score
594
Points
81
Nk tny org keja medic....Kalo dh pernah jd pembawa covid tanpa gejala,boleh jd lagi ke pembawa covid?
Pesakit positif covid tanpa gejala maknanya virus tetap dalam badan...

Apa yg kementerian pegang sekarang tempoh 10 hari selepas terdedah atau terjangkit, dia dah x efektif untuk jangkit orang lain
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,451
Reaction score
1,466
Points
201
Pesakit positif covid tanpa gejala maknanya virus tetap dalam badan...

Apa yg kementerian pegang sekarang tempoh 10 hari selepas terdedah atau terjangkit, dia dah x efektif untuk jangkit orang lain
Jd selepas tu kalo dia ade contact pesakit covid, dia tak akan jd pembawa lg la?
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,362
Reaction score
1,993
Points
201
Kerajaan jgn bagi masuk lg pesakit covid ke hospital kerajaan
Biar mereka terpaksa ke hospital swasta saja

hanya dgn ini kita mampu mengawal kobid
Supaya pesakit tu habiskan duit mereka sendiri di sana

Kita gunakan fear control huhu

cluster kilang yg byk tak kene tutup
Yg tak kene kluster plak kene pkp
Mcm ni bila nak selesai daaa
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,744
Reaction score
594
Points
81
Jd selepas tu kalo dia ade contact pesakit covid, dia tak akan jd pembawa lg la?
Maksud soalan kalau dia jumpa pesakit covid lepas tu, dia tak terjangkit?

Kalau ikut yg diberitahu, selapas 10 hari tu badan dlm badan dah tak efektif utk jangkitkan orang

Dan badan dia akan ada imuniti utk lawan virus dan virus akan mati... tinggal la antibody tu stay dalam badan

Tapi setakat ni selama mana dia akan imune tu xclear la pulak... ada cakap sekurang2 utk 2 3 bulan

Macam konsep vaksin... suntik virus yg lemah ke dalam badan, dan badan akan respon utk hasilkan antibody...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,046
Points
1,906
PKP 2.0 mungkin beri kesan kepada momentum pemulihan ekonomi – Mohd Uzir



27 January 2021

MGF20102020_TOKPA-RASMI-STATISTIK-NEGARA11.jpg

Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan sehingga 4 Februari ini kemungkinan mempunyai kesan yang tidak diingini kepada ekonomi susulan prosedur standard operasi (SOP) yang lebih ketat dalam menjalankan perniagaan dan sekatan perjalanan antara negeri.

Namun Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang telah diumumkan sejurus selepas PKP 2.0 bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi rakyat serta mengekalkan daya tahan ekonomi negara dalam mendepani penularan pandemik Covid-19.




Pakej ini memperuntukkan sejumlah RM15 bilion yang mempunyai 22 inisiatif merentasi pelbagai sektor dengan objektif untuk memerangi pandemik Covid-19, menjaga kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan dalam tempoh PKP.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, ekonomi Malaysia pada 2021 dijangka terus berada dalam fasa pemulihan berdasarkan kepada Indeks Pelopor (IP) pada bulan November 2020 yang mencatatkan 109.1 mata iaitu meningkat 7.1 peratus dari November 2019.
Sementara itu, IP juga merekodkan pertumbuhan 0.4 peratus pada bulan November 2020 berbanding bulan sebelumnya.



Walaupun IP menunjukkan peningkatan yang lebih baik, pelaksanaan semula PKP yang bermatlamat untuk mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi akan memberikan beberapa kesan terutamanya dari segi momentum pemulihan.

Menurutnya, pandemik ini telah menimbulkan cabaran besar bagi ekonomi global apabila hampir semua negara di seluruh dunia mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 2020 dan cenderung menguncup lebih mendalam.

Lantaran itu, kata Mohd Uzir, adalah sangat penting untuk terus memantau situasi yang mencabar disebabkan pandemik ini melalui petunjuk ekonomi bagi mengurangkan kesannya terhadap ekonomi.



Beliau berkata, prestasi eksport barangan dagangan pada bulan November 2020 negara terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan peningkatan untuk bulan ketiga berturut-turut berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, eksport meningkat 4.3 peratus pada November 2020 manakala import merosot dengan magnitud yang lebih ketara 9.0 peratus.
Pertumbuhan positif eksport disokong terutamanya oleh eksport barang dagangan yang lebih tinggi kepada rakan dagangan utama, terutamanya ke Amerika Syarikat, diikuti Singapura, China, Hong Kong dan Kesatuan Eropah.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada November 2020 mencatatkan penurunan sebanyak 2.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya bagaimanapun, sektor pembuatan yang merupakan komponen terbesar dalam IPP mencatatkan 2.0 peratus, dipacu oleh pertumbuhan output yang berorientasikan eksport dan domestik.

Sementara itu, nilai jualan Perdagangan Borong & Runcit mencatatkan penyusutan 1.2 peratus tahun ke tahun dipengaruhi oleh prestasi lemah Perdagangan Runcit yang menguncup 2.3 peratus.

Pada November 2020, Indeks Harga Pengeluar (IHPr) yang mengukur perubahan harga purata yang dikenakan oleh pengeluar tempatan terhadap output mereka merosot pada kadar yang lebih kecil 3.0 peratus tahun ke tahun didorong oleh penurunan dalam sektor perlombongan, bekalan elektrik & gas dan pembuatan.

Trend yang sama turut diperhatikan bagi Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan November 2020, yang mana IHP jatuh 1.7 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Selain itu, berdasarkan statistik Disember 2020, IHP meningkat kepada negatif 1.4 peratus seterusnya merumuskan penurunan sebanyak 1.5 peratus bagi suku keempat tahun 2020.
Menurutnya, tahun 2020 telah menjadi satu cabaran besar bagi membendung wabak Covid-19 dan implikasi daripada pelaksanaan elbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap ekonomi Malaysia. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,046
Points
1,906
Pelancongan, PKS tanggung beban PKP 2.0


January 27, 2021 2:37 PM


Concorde-Hotel-Shah-Alam-Covid-19-FMT-4.jpg

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata industri berkaitan pelancongan akan menghadapi cabaran lebih getir.

PETALING JAYA: Jabatan Statistik berkata, pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 menimbulkan beberapa kesan kepada trajektori pemulihan ekonomi negara.

Walaupun ekonomi dijangka terus ke arah pemulihan, Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata larangan perjalanan antara negeri dan sekatan terhadap operasi perniagaan berkemungkinan mengakibatkan kesan yang tidak diingini kepada ekonomi.

Katanya, industri berkaitan pelancongan akan menghadapi cabaran lebih getir bagi memastikan kelangsungan perniagaan, sementara mereka yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menghadapi pengurangan pendapatan.

“Industri pelancongan mengalami kerugian sejak penutupan sempadan bagi pelancong asing bermula 18 Mac tahun lalu, dan memaksa Malaysia beralih ke pasaran domestik bagi memacu aktiviti pelancongan.

“Namun, senario semasa menyebabkan kerajaan menyekat kembali perjalanan merentas negeri di seluruh Malaysia bagi melandaikan lekuk jangkitan.

“Selain itu, individu yang terlibat dalam perniagaan khususnya PKS akan paling terkesan berikutan pengurangan dalam pendapatan mereka, terutama yang berkaitan dengan industri pelancongan dan peniaga waktu malam,” katanya dalam kenyataan.

Uzir berkata, 22 inisiatif dalam pakej bantuan perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion akan membantu meringankan beban rakyat dan mengekalkan kesinambungan perniagaan semasa PKP 2.0.

Oleh kerana kadar pengangguran meningkat sedikit hingga 4.8% pada Nov, katanya, terdapat pengurangan pekerja di sektor yang berkaitan dengan pelancongan seperti makanan dan minuman serta penginapan, selain pengangkutan dan penyimpanan, seni, hiburan dan rekreasi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,046
Points
1,906
PKPB ganti PKP, rakyat luah rasa lega#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../pkpb-ganti-pkp-rakyat.../

PKPB ganti PKP, rakyat luah rasa lega


27 January 2021

MGF13012021_SUASANA-LENGANG-KL_00-1.jpg

Suasana lengang di hadapan Menara Berkembar Petronas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Rata-rata orang awam memberi reaksi positif terhadap pengumuman kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak akan disambung dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada awal Februari.
PKP yang dilaksanakan sejak 13 Januari lalu dijadual berakhir pada 4 Februari ini.



MGF27012021_TINJAUAN-LANJUT-PKP02.jpg

Haziq Shamsul

Pemilik kedai aksesori motosikal, Haziq Shamsul, 26, menyambut baik perkara tersebut dan melahirkan rasa syukur berikutan perniagaan yang diusahakannya sejak empat tahun lalu itu turut terkena tempias susulan pelaksanaan PKP.

“Sebagai peniaga memang terkesan dengan impak PKP kerana orang hendak datang ke kedai pun susah, selain kontena yang membawa barangan dari luar negara juga menghadapi beberapa masalah.
“Jika PKP berakhir pada 4 Februari ini dan diganti dengan PKPB, saya sebagai peniaga memang berasa lega dan berharap ekonomi negara dan juga perniagaan saya mampu pulih semula.

“Ini kerana pelanggan saya bukan sahaja dari Sungai Besi malah seluruh Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain, jadi mereka agak susah hendak ke sini kerana tidak boleh untuk rentas negeri,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.


MGF27012021_TINJAUAN-LANJUT-PKP03.jpg

Fiera Azmi

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Fiera Azmi, 29, berkata, PKP yang dilaksanakan ketika ini mempunyai sudut positif dan juga negatif ke atas rakyat.
Katanya, hasil pelaksanaan PKP pada tahun lalu ternyata berkesan dalam menurunkan kadar jangkitan Covid-19 sebelum negara sekali lagi dibadai gelombang ketiga wabak tersebut.



“Kalau nak elakkan daripada terkena virus Covid-19 sepatutnya langkah pencegahan harus lebih ketat seperti sekatan jalan raya yang lebih banyak dan menutup sementara sektor-sektor yang tidak berkaitan atau tidak penting.
“Tapi dari sudut negatif pula, kita tahu ramai yang hilang kerja dan tiada punca pendapatan namun dalam masa sama kerajaan turut hulurkan bantuan kewangan,” katanya.

MGF27012021_TINJAUAN-LANJUT-PKP05.jpg

Mat Osman

Manakala bagi seorang pesara, Mat Osman, 56, dia bersetuju sekiranya kerajaan tidak melanjutkan PKP dan melaksanakan PKPB dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, PKP yang dikuatkuasakan ketika ini memberi impak secara terus ke atas para peniaga.
“Jika PKPB dibuat semula, bolehlah orang ramai keluar untuk makan di kedai, sekali gus dapat menyokong peniaga.
“PKP ini masalah kepada peniaga-peniaga kecil kerana mereka ini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau yang dah kerja tetap memang tiada masalah tapi mereka yang bekerja sendiri yang bermasalah,” ujarnya.


MGF27012021_TINJAUAN-LANJUT-PKP11.jpg

Rosni Abdullah

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan, Rosni Abdullah, 58, berkata, sama ada PKP atau PKPB dilaksanakan oleh kerajaan, dia memohon supaya kesemua peniaga dapat menjalankan urusan mereka seperti biasa tanpa perlu menutup perniagaan.
“Bagi saya mana-mana pun boleh, janji perniagaan jangan ditutup untuk kesenangan semua orang beli makanan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, PKP di seluruh negara kecuali Sarawak yang dijual berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan.

Kata beliau, keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara susulan pelaksanaan PKP. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,046
Points
1,906

MGNews : PKP atau PKPB Ke! Janji Boleh Berniaga Rakyat Susah – Luahan Rakyat


27 January 2021
Rata-rata orang awam memberi reaksi positif terhadap pengumuman kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak akan disambung dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada awal Februari.PKP yang dilaksanakan sejak 13 Januari lalu dijadual berakhir pada 4 Februari ini.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,816
Reaction score
12,046
Points
1,906
Senator DAP Liew Chin Tong telah menggariskan lima cara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan usaha membendung penularan wabak Covid-19 dan kesan ekonominya.

Salah satu cara ialah dengan membiayai ujian saringan untuk pekerja asing yang merupakan kumpulan berisiko tinggi memandangkan masih ada sebilangan besar mereka belum membuat ujian saringan.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=738385640149438&ref=watch_permalink
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,002
Reaction score
738
Points
121
kalau PKPB harap tak buat sekatan jalanraya la.


oiiiiiii tak tahan wei jem rodblok.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register