Covid-19 K'jaan Tutup Ekonomi Sepenuhnya Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat Selepas 4 Feb?

CG Sponsors

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,750
Reaction score
1,187
Points
151
Pelaksanaan PKPB masih membolehkan masyarakat bergerak ke sana sini, seterusnya penganalisis anggap lebih baik ‘total lockdown’ dilaksanakan untuk suatu tempoh.

Noor Hisham dituduh belakangkan kabinet

January 27, 2021 8:00 AM

View attachment 334298
Penganalisis politik percaya Dr Noor Hisham kini dalam keadaan terhimpit, antara menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.

PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham kini dalam keadaan terhimpit, antara menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dengan memastikan ekonomi negara bergerak ketika wabak Covid-19 terus menyerang.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, Noor Hisham tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa PKP di seluruh negara, (kecuali Sarawak ) yang dijadualkan berakhir 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Menurut Noor Hisham selepas tarikh itu perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan menyusuli.

“Kenapa pengarah kesihatan tiba-tiba buat kenyataan sedemikian? Masih awal sedangkan perkara ini hanya boleh diputuskan oleh Kabinet. Sepatutnya belum ada lagi pengumuman seperti ini yang boleh mengelirukan orang ramai,” kata Kamarul Zaman.

Menurut beliau kenyataan Noor Hisham itu seolah-olah mendahului keputusan jemaah Menteri.

“Sepatutnya keputusan kena kolektif, bukannya keputusan berseorangan. Bukan kerja dia buat pengumuman seperti itu. Sebab kalau lihat, keadaan Covid-19 di negara masih serius.

“Lainlah jika boleh dipastikan bahawa kes Covid-19 di dalam negara sudah berkurangan pada 4 Februari depan. Kita ketika ini juga tidak tahu keadaan bagaimana situasi kes Covid-19 pada minggu hadapan,” katanya.

Menurut Kamarul, tidak wajar isu kesihatan rakyat dan isu ekonomi digandingkan secara bersama, memandangkan isu kesihatan rakyat sewajarnya lebih diutamakan berbanding isu lain.

“Nyawa rakyat perlu lebih diutamakan. Jadi, belum berbangkit juga isu bila PKP tidak diteruskan, maka proklamasi darurat juga perlu ditamatkan. Memandangkan Jawatankuasa Khas Bebas juga masih belum bermesyuarat lagi,” katanya.

Noor Hisham ketika membuat kenyataannya menegaskan kepentingan ekonomi dan kesihatan perlu diseimbangkan dan keputusan tidak melanjutkan PKP diambil bagi mengelak kesan negatif ke atas ekonomi negara.

Sehingga 26 Januari, Noor Hisham melaporkan masih ada 40,574 kes aktif dengan 111 daripada 280 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan, manakala 3,585 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Selain itu 11 kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 700 orang daripada 190,434 kes Covid-19 setakat ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung berpendapat keputusan untuk menamatkan (PKP)2.0 pada 4 Februari ini bukan satu keputusan paling tepat.

“Ia keputusan sukar buat Noor Hisham, untuk mengekang penularan Covid-19 sebenarnya perlu teruskan darurat. Daripada sekarang ini dilaksanakan separuh-separuh, dilema paling besar adalah ekonomi rakyat.

“Saya dengar itu yang menyebabkan Noor Hisham keluarkan kenyataan itu, sebab dia kena ‘sandwich’ di tengah-tengah. Saya secara peribadi katakan, PKPB tidak efektif, masih banyak kelonggaran,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun menurut Lee pelaksanaan PKPB masih menyebabkan masyarakat bergerak ke sana sini. Baginya, adalah lebih baik sekiranya ‘total lockdown’ dilaksanakan untuk suatu tempoh waktu yang ditetapkan.

“Dua minggu atau tiga minggu, selepas itu baru kita lihat, tidak perlu lagi PKP atau PKPB dan sebagainya. Ambil pendekatan yang drastik sedikit. Minta maaflah, walaupun sudah diisytihar darurat ia masih juga sama. Bagi saya tiada erti itu,” katanya.

Dr kamarul nie xpuas lg ka kn basuh dl ngn tun, nie kacau dr Hisham plk....xlm mcm nie dia nie
 
Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,196
Reaction score
1,049
Points
156
tn azham, sweden mengamalkan herd immunity kan

menjadi ke tak pelaksanaan herd immunity ni, rasa saya it has caused more trouble kan, dan create disaster kan
Kalau ikut info dari DG KKM, cara herd immunity dan cara lockdown ada baik ada buruk.
Ikut mana yang negara tu nak pakai.
Mungkin Sweden berani guna herd immunity sebab mereka tahu hospital mereka cukup facilities nisbah dengan pesakit kronik.
Kalau Indonesia guna herd immunity memang bencana le hospital mereka sebab rakyat mereka berlipat ganda dari Malaysia.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Khairul Azri

· 40m ·

PKP,

Darurat,

Kes covid yang tak turun-turun,

Ketidakstabilan politik,

Perlaksanaan polisi yang flip flop,

Kerajaan yang tidak menepati kontrak antarabangsa, dan akhir sekali,

Vaksin yang tidak kunjung tiba.

Ini pada hemat saya merupakan di antara penyumbang besar kepada terletaknya Malaysia di tangga paling least favourite untuk pasaran ekuiti di Asia Tenggara untuk pulih pasca kemenangan Biden dan fasa pemulihan Covid-19 daripada mata JP Morgan.

Ada sebab kenapa pasaran saham di letakkan sebagai 'barometer' ekonomi sesebuah negara.

Tapi apa boleh buat, kita ada rakyat dan pemimpin yang lebih gemar bertikam lidah mengenai cuti peristiwa(pelik rakyat Malaysia tak suka cuti ni), bergosip mengenai artis curang, paling sibuk sekali menteri kewangan, tambah pakej naik basikal dan maraton ke sini ke sana, dan terbaharu baca komik gila-gila.

Kalau berterusan begini, jangan hairan kalau 10-20 tahun lagi kita pula merantau ke negara jiran mencari rezeki dan peluang yang lebih cerah di tanah orang.
Klah nak pergi sambung layan keladi.
1f62c.png

1611719505316.png
 
Klah nak pergi sambung layan keladi. View attachment 334356

View attachment 334355
Mana Vietnam...Naga Ekonomi Asean.?
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,815
Reaction score
2,234
Points
201

yang ni ke?

http://instagr.am/p/CKfvQothIJw/
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,212
Reaction score
2,047
Points
206
tn azham, sweden mengamalkan herd immunity kan

menjadi ke tak pelaksanaan herd immunity ni, rasa saya it has caused more trouble kan, dan create disaster kan
Herd immunity ni pendek cite adalah dgn cara membunuh diri
Rakyat mmg akan kene Covid19 dulu baru dapat immune
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,898
Reaction score
220
Points
33
PKP: Peniaga pasar malam tertekan hilang pendapatan

953502.jpeg

IPOH - Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata memberi kesan mendalam buat penjaja dan peniaga pasar malam yang kini berdepan kesukaran meneruskan kelangsungan hidup.

Larangan berniaga oleh kerajaan dalam tempoh dua minggu menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan bahkan ada yang terpaksa menghabiskan wang simpanan.

Bagi peniaga pasar malam, Muszafis Mustaffa, 34, dia baharu sahaja menukar kerjaya menjadi peniaga selepas diberhentikan kerja ketika PKP Mac tahun lalu.

Katanya, sejak memulakan perniagaan pada Julai tahun lalu, dia sudah boleh 'bernafas' semula apabila kuetiau goreng, mi goreng dan mihun goreng yang dijual mendapat sambutan pelanggan.

"Dah lebih enam bulan saya meniaga lepas kena buang kerja di Kuala Lumpur, pendapatan pun Alhamdulillah dapat juga tampung perbelanjaan keluarga.

"Tapi bila PKP 2.0 diumumkan kerajaan, saya jadi buntu. Isteri saya baru bersalin, keperluan sekolah anak dah beli tiba-tiba tak boleh nak meniaga," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembukaan semula pasar malam dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat harus dipertimbangkan agar golongan peniaga kecil tidak terjejas teruk.

Seorang lagi peniaga pasar malam, Nor Faeizah Yunus, 35, berkata, penutupan pasar malam dalam tempoh PKP 2.0 memang sangat memberi kesan kepada pendapatannya.

Katanya, sejak berniaga di pasar malam 5 tahun lalu, dia belum pernah berdepan dengan situasi tertekan seperti itu kerana kehilangan sumber pendapatan.

"Memang rasa tertekan sebab kita baru nak mula bangkit selepas PKP yang awal. Bila kena PKP kali kedua, duit simpanan pun dah nak habis sebab nak tampung perbelanjaan keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu dan Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta merayu agar pembukaan semula pasar malam dipertimbangkan.

Pengerusinya, Jaafar Uthman berkata, kira-kira 2,000 peniaga dan penjaja di sekitar daerah Kinta terjejas teruk dengan pengumuman penutupan pasar malam kerana pelaksanaan PKP.

Beliau berkata, kebanyakan mereka hanya bergantung kepada pendapatan sebagai peniaga pasar malam dan tidak mempunyai kerja yang lain.

"Selepas pasar malam dibenarkan dibuka sebelum ini, kami begitu tegas menjaga SOP ditetapkan pihak berkuasa dan semua peniaga mematuhinya bagi mengelak tercetusnya kluster baharu melibatkan pasar malam.

"Malah semua makanan yang dijual juga dibungkus untuk dibawa pulang, bukan makan di sini. Jadi semua ini harus menjadi pertimbangan kerajaan agar golongan peniaga tidak berdepan kesukaran," katanya.

Jelasnya, golongan peniaga sangat mengharapkan agar pasar malam dibuka dan kerajaan memikirkan kaedah alternatif mengawal penularan Covid-19 agar PKP tidak dilanjutkan lagi.

== sinar harian
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Herd immunity ni pendek cite adalah dgn cara membunuh diri
Rakyat mmg akan kene Covid19 dulu baru dapat immune
aah betul dah tu tn akecema
kalau sapa yg tak survive dengan covid 19 tu kira hmm, pakai mcm tu je pengakhirannya
 
مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,463
Reaction score
1,467
Points
201
Nk tny org keja medic....Kalo dh pernah jd pembawa covid tanpa gejala,boleh jd lagi ke pembawa covid?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register