K'jaan pusat tak jamin pinjaman negeri untuk projek LRT P Pinang

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
1606572886911.png


K'jaan pusat tak jamin pinjaman negeri untuk projek LRT P Pinang
Diterbitkan Hari ini 12:30 pm

Dikemaskini Hari ini 12:33 pm



Kerajaan persekutuan tidak akan memberi jaminan kepada permohonan pinjaman RM2.04 bilion oleh kerajaan Pulau Pinang bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT).

Menurut laporan The Edge Markets, kerajaan Perikatan nasional (PN) memutuskan untuk tidak memberikan jaminan kerajaan untuk pinjaman itu, yang bertujuan mendanai projek bernilai RM9.5 bilion itu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusan itu selaras dengan semakan unjuran hasil dan pendapatan negara pada masa ini.
"Sebarang pinjaman baru dengan jaminan kerajaan perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia akan meningkatkan contingent liability kerajaan.

"Peningkatan contingent liability yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko fiskal dan menjejaskan penarafan kredit Malaysia oleh agensi penarafan antarabangsa," katanya.
Justeru, katanya, wajar untuk kerajaan mengehadkan pendedahan jaminan kerajaan berdasarkan keutamaan dan keupayaan bayaran balik hutang.

Zafrul dilaporkan berkata demikian dalam jawapan Parlimen kepada Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Menurut Zafrul lagi, pinjaman itu akan menambahkan komitmen perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan persekutuan.

Katanya, ia selepas mengambil kira projek di luar belanjawan yang turut ditanggung kerajaan seperti MRT1 dan 2, LRT3, Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Zafrul berkata, setakat 30 Sept, jumlah keseluruhan jaminan kerajaan adalah RM289.8 bilion.

Ia bersamaan dengan 20.1 peratus nilai Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).

Laporan itu turut menyatakan kerajaan Pulau Pinang ingin mewujudkan syarikat tujuan khas (SPV) untuk menerbitkan bon bagi meraih dana untuk projek itu.
Chow dilaporkan berkata tanpa jaminan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri tidak dapat menerbitkan bon yang mencukupi.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Putrajaya cancels Penang’s RM2 bil loan requiring govt guarantee
Finance minister says loan for state's LRT project will be a burden on federal coffers
Updated 1 day ago · Published on 27 Nov 2020 7:05PM




Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz says the Penang government should review its projects. – AFP file pic, November 27, 2020

BY

KUALA LUMPUR – The federal government has decided to cancel a US$500 million (RM2.035 billion) loan by a regional bank, which it has needed to guarantee, to finance Penang’s Light Rail Transit (LRT) project.

Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz said in a parliamentary reply that if it went ahead, the fiscal burden on Putrajaya would affect efforts to recover the economy amid the Covid-19 pandemic.

According to Tengku Zafrul, the ministry, under the then Pakatan Harapan administration, had received a letter from the Asian Development Bank (ADB) dated January 25, 2019, notifying Penang’s intention to take up the loan for its RM9.5 billion rail project.

“However, in line with the country's revised revenue and income projection and in view of the pandemic, the Finance Ministry has decided not to proceed with the ADB loan amounting to USD500 million, or RM2 billion.”

“If carried on, it will increase the Government’s commitment on operational and development expenditure, as well as other off-budget projects currently borne by us,” he said.

Tengku Zafrul said based on ADB’s financing terms, the loan will be charged at a higher repayment rate as the bank categorises Malaysia as an upper middle-income country, which has a high premium maturity.

He also warned of the risk of foreign exchange losses by making loans in foreign currencies.

“Additionally, the loan with ADB is a multilateral loan requiring allocation under the development expenditure. If the Government agrees to it, we need to allocate funds in our annual budget and under the Malaysia Plan.

“On this note, we ask the Penang government to review and prioritise projects,” he said.

Tengku Zafrul was responding to a question from Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) if a federal government guarantee will be given to Penang for loan applications to finance the Komtar-Bayan Lepas LRT project.

Chow, who is also Penang Chief Minister, had in August 2018 said the state would seek federal assistance to ensure the rail development is completed.

In November 2019, he said Penang would set up a special purpose vehicle to issue bonds for the project, which will be guaranteed by Putrajaya, as proposed by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tengku Zafrul said the government, via a Cabinet decision on July 19, 2019, had made it a prerequisite for state governments to obtain approval from Putrajaya if they wished to apply for any loans that required a federal guarantee.

He added that the government’s current policy will be selective when it comes to providing guarantees, as an uncontrolled contingent liability increase will also lead to a rise in fiscal risk and affect Malaysia’s credit rating.

“As such, it is wise for the Government to limit its guarantee-exposure by reprioritising projects and looking at its loan repayment capability.”

“For the record, up to September 30, 2020, the overall Government guarantee is at RM289.8 billion, or 20.1% of GDP,” he said. – The Vibes, November 27, 2020

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Najib Razak



Semalam jam 9:31 PTG ·

Fuh!

Rupanya secara senyap-senyap Menteri Kewayangan telah gunakan jaminan negara untuk pinjam US$500 juta (RM2 bilion) dari Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk membiayai sebahagian kos untuk projek PTMP RM46 bilion Pulau Pinang kesayangan dia, ye?

Pinjaman dari ADB untuk projek Pulau Pinang ini tidak pernah diumukan kerajaan PH dahulu atau dilaporkan dalam mana-mana laporan media.

Tapi kerajaan PN telah batalkan pinjaman ini.

Akhirnya terbongkar juga.

Peranan ADB ini adalah seperti Bank Dunia tapi untuk negara-negara Asia sahaja.

Dulu kerajaan BN masa saya PM telah langsaikan semua pinjaman dibuat PM4 dari ADB tapi masuk PH mereka pinjam semula.

Pandai Menteri Kewayangan buat kerja secara senyap-senyap.


1606573134600.png
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,677
Reaction score
539
Points
161
Akhirnya baru aku nampak jasa Zafrul.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Pemimpin DAP selar Putrajaya batal jaminan pinjaman RM2 bilion LRT Pulau Pinang

November 28, 2020 4:13 PM

Penang-Pulau-Pinang-Komtar-2Bernama-250219.jpg

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata pelan pengangkutan bernilai berbilion ringgit yang dilancarkan oleh kerajaan meliputi Putrajaya dan Kuching, tetapi Pulau Pinang diabaikan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menyelar kerajaan persekutuan kerana membatalkan jaminan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata, langkah itu “mengecewakan dan merupakan tindakan balas dendam politik yang keji” terhadap negeri dan rakyat negeri itu
Semalam, bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menggunakan jaminan kerajaan secara rahsia untuk memperoleh pinjaman bernilai USD500 juta bagi membiayai sebahagian kos projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Najib juga mendedahkan bahawa pinjaman itu dibatalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas ia mengambil alih kuasa pada Mac.



steven-sim-ms-281120-1.jpg

Steven Sim.

Dalam menyelar keputusan itu, Sim menegaskan Pulau Pinang “tidak meminta pinjaman atau dana daripada kerajaan persekutuan untuk (membiayai) projek itu”.
“Jaminan pinjaman adalah langkah paling minimum yang boleh dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk Pulau Pinang,” kata Sim dengan menambah bahawa tinjauan mendapati 97.7% penduduk Pulau Pinang mahukan LRT.

Sim berkata dalam Belanjawan 2021, Putrajaya memperuntukkan RM15 bilion untuk beberapa projek berkaitan pengangkutan di Sabah, Sarawak, Johor dan Lembah Klang.
“Selain itu, turut diumumkan baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan akan membangunkan sistem monorel di Putrajaya dan membiayai projek sistem transit bernilai RM6 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Manakala projek pengangkutan bernilai berbilion ringgit dibiayai oleh kerajaan PN di negeri lain, jaminan pinjaman Pulau Pinang malangnya dibatalkan.
“Ia dibuat walaupun Pulau Pinang merupakan penyumbang cukai kedua terbesar di negara ini.”

Beliau menggesa kerajaan supaya mengembalikan semula jaminan pinjaman atau membiayai projek LRT Pulau Pinang sepenuhnya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Najib Razak



1j ·
DAP selar tindakan kerajaan PN membatalkan pinjaman RM2 bilion kepada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membiayai sebahagian dari projek mega PTMP Pulau Pinang bernilai RM46 bilion kesayangan Guan Eng.

Kelulusan untuk jaminan pinjaman RM2 bilion dari bank asing iaitu Bank Pembangunan Asia (ADB) telah diberi kerajaan PH dahulu secara senyap-senyap pada awal Januari 2019.

Pinjaman RM2 bilion ini tidak pernah diumum kepada Rakyat Malaysia dan tak pernah dilapor oleh mana-mana media masa itu dan hanya diketahui secara umum minggu lepas selepas ianya didedahkan dalam Dewan Rakyat.

DAP kata pembatalan ini adalah satu dendam politik terhadap mereka sebab ianya adalah tindakan "paling sedikit" yang dapat dilakukan oleh kerajaan PN kepada Pulau Pinang.

Oh! Dendam politik, ya?

DAP dah lupa masa Menteri Kewayangan bermaharajalela di Putrajaya ke?

Misalnya masa dia mengeluarkan kenyataan media dan membuat sidang media untuk kecam Kelantan sebagai kerajaan gagal apabila dia memberi pinjaman RM22.5 juta kepada negeri itu.

Paling menyedihkan ialah dia kata Kelantan sebenarnya minta wang pendahuluan RM24.5 juta tapi Menteri Kewayangan cuma lulus RM22.5 juta untuk membayar gaji penjawat awam Kelantan.

RM2 juta pun dia nak berkira dengan Kelantan. Siap ditulis dalam kenyataan dan disebut dalam sidang media.

Tapi yang RM2 bilion kepada Pulau Pinang, dia membisu pula. Senyap-senyap buat kerja.

Setiap kali Kelantan minta pertolongan kewangan kecemasan pada zaman BN jadi kerajaan semasa saya PM dan Menteri Kewangan, kita akan buat.

Kita tak keluarkan kenyataan media dan tak buat sidang media untuk menghina Kelantan atau PAS.

DAP masih ingat juga tak masa kerajaan PH batalkan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki sekolah-sekolah daif di Sarawak yang saya luluskan dalam Bajet 2018?

Lepas itu, Menteri Kewayangan keluarkan statement kata jika Sarawak mahu duit tersebut, Sarawak perlu bayar balik hutang kepada kerajaan pusat yang belum pin sampai masa untuk dibayar pula.

Sarawak bayar balik RM350 juta kepada kerajaan pusat, kerajaan pusat pula bayar RM350 juta Sarawak untuk baiki sekolah.

Sarawak bayar balik RM1 bilion, kerajaan pusat pula bayar RM1 bilion kepada Sarawak.

Padahal peruntukan itu sudahpun diluluskan secara umum dalam bajet 2018 masa BN.

Bukan main sorok-sorok seperti RM2 bilion itu untuk projek Pulau Pinang.

DAP dah lupa ke apa maksud sebenar dendam politik?

Cuba tanya Guan Eng.

1606573380755.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,458
Reaction score
2,444
Points
206
bagi siap terowong ghaib dulu la.
sim kee cheong boleh start beli cangkul korek terowong sikit2.
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,677
Reaction score
539
Points
161
Lagipun pada masa sekarang, baik fokus pada covid dulu. Tak sesuai nak up isu macam ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register