K'jaan Pahang takkan tunduk bantahan skim sahkan tanah haram dusun durian

CG Sponsors

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

3 Januari jam 6:45 PG ·

Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku apabila penceroboh tanah Raub mengemukakan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas gagal mencabar notis pengosongan tanah di mahkamah pada bulan yang lalu.

Mereka mendakwa bahawa Pejabat Tanah Raub mengeluarkan notis merah bertarikh 21 Disember 2020 dan meminta semua penceroboh untuk meninggalkan tanah tersebut sebelum 4 Januari 2021, iaitu Isnin ini (esok). Kita tunggu dan lihat. Apakah mereka benar-benar akan meninggalkan tanah tersebut atau akan berlaku 'himpunan protes' nanti?

Kenyataan yg dikeluarkan oleh pihak penceroboh yang mengatakan kerajaan Pahang adalah kejam kerana tidak menghargai pengorbanan pekebun-pekebun haram adalah satu kenyataan menyeleweng dan cuba untuk mengelirukan rakyat. Apakah menghalang satu perbuatan haram boleh dikatakan kejam? Apakah pencerobohan tanah dan menidakkan hak kerajaan negeri boleh dianggap salah? Jelas bahawa kenyataan mereka ini adalah berniat jahat dan cuba menyelewengkan fakta.

Lebih memelikkan apabila mereka membuat laporan polis untuk menghalang pihak penguatkuasa dari membuat sebarang tindakan menghalau mereka. Apakah pihak polis perlu melayan laporan sedemikian? Sepatutnya pihak polis menolak dari awal laporan tersebut. Sangat peliklah kalau polis mengambil tindakan kepada pegawai penguatkuasa itu nanti yang bertindak berdasarkan keputusan mahkamah
Modus operandi mereka ini tidak susah pun untuk kita jangka. Memang sejak awal lagi mereka 'main permainan' sebegini untuk memanjangkan lagi keberadaan mereka di tanah tersebut untuk terus meraih hasil. Pada masa yang sama, menangguh-nangguhkan penghalauan mereka sebegini membolehkan mereka memikirkan dan mengatur pelbagai strategi ke arah penghalalan tanah bagi mereka, atau sekurang-kurangnya menjarah sebanyak mungkin hasil.

Nampaknya penangguhan selama empat bulan masih tidak cukup buat mereka. Sudahlah diberi penangguhan yang sangat lama. Lepas itu, dituduh pula zalim dan dengan pelbagai tohmahan kepada kerajaan negeri. Padahal sudah menjarah hasil selama 40 tahun secara haram sebanyak ribuan hektar. Tidak logik mengatakan mereka ini miskin dan serba kekurangan. Bisnes apa yang diusahakan 40 tahun, ribuan hektar, tanpa sebarang cukai, memonopoli pasaran dengan mengenakan harga berlipat kali ganda yang dikatakan serba kekurangan itu? Lucu sungguh. Bak kata pepatah, sudah diberi betis hendak paha pula!

Saya ulangi gesaan kita agar penceroboh-penceroboh tanah di Raub ini dihukum di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Jenayah), Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan kerajaan negeri menuntut segala kerugian wang rakyat (cukai) yang mencecah jutaan ringgit. Kita mahu ditubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat siri-siri pencerobohan tanah yang lain di seluruh negeri Pahang, di setiap daerah. Setakat ini, kerajaan negeri langsung tidak menyebut akan perkara ini. Saya harap agar ada mana-mana ADUN, ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara membangkitkannya sekurang-kurangnya di media.

Rakyat dan NGO-NGO Melayu/Islam akan pantau kes ini sehinggalah ianya dikembaliknan kepada kerakjaan negeri dan penceroboh-penceroboh berkenaan dihalau dan dijatuhkan hukuman. Jangan jadikan alasan kononya mereka telah membelanjakan ribuan ringgit dan berkerja keras puluhan tahun untuk kerajaan negeri tunduk kepada tuntutan mereka. Kita kena ingat, salah tetap salah walaupun telah membelanjakan ribuan ringgit.

Kerajaan negeri jangan mengalah dan jangan takut, kami di belakang kalian jika kalian mahu bertindak. Tetapi kerajaan negeri harus ingat, jangan sesekali berkompromi atau 'kawtim' dengan para penceroboh.

Wallahu'alam.
Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
3 Januari 2021

Rujukan:
https://www.facebook.com/110522647.../posts/177521354069510/

1609892655534.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

1j ·
=AZUF6xU0pmNpx1mmD5qCaqKMygBw-30luHdW2uN-LeDHZuXGd3dJTmim70AWa6_ElOXd6IfQ38JkfF1TmVO-5n-nW4zT2XtcQJ2AxLLd7o9JLCRgOaOkRkAOseXXQ6DFK03V3z1WjhY_ngC1Gs8SQLOv&__tn__=%2CO%2CP-R']

Seperti yang didedahkan pagi semalam, polis dan tentera dikerahkan ke tapak tanah yang diceroboh oleh pekebun haram Musang King di Raub. Saya ada berkongsi status Facebook penceroboh-penceroboh tersebut yang pada mulanya 'buat drama' kerana kehadiran polis dan tentera itu. Tetapi tidak lama selepas itu mereka mengemaskini bahawa tiba-tiba mahkamah membenarkan mereka untuk terus menduduki (stay) tanah tersebut. Itu yang membingungkan kita semua dengan seribu satu persoalan.

Baru sahaja petang semalam, kita mendapat maklumat lanjut mengenai kesahihan perkara ini. Ya, benar mereka mendapat penangguhan dan keizinan untuk terus berada di tanah yang diceroboh itu oleh Mahkamah Rayuan melalui prosiding atas talian (online) melalui Zoom. Panel hakim dianggotai Datuk Yaacob Md Sam, S. Nantha Balan dan Datuk M.Gunalan.

Menurut peguam plaintif, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan untuk menangguhkan semua prosiding berhubung notis pengosongan sementara menunggu rayuan selesai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran untuk semakan kehakiman. Beliau juga berkata tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar rayuan tersebut. Ini bermakna, kita tidak tahu sampai bilakah mereka mendapat penangguhan itu.
Penangguhan sebegini memang sudah dijangkakan berlaku kerana apalah sangat bertangguh sekali lagi selepas bertangguh beberapa kali yang memakan masa berjumlah 4 bulan sebelum ini.

Tetapi persoalan saya, apa gunanya polis dan tentera dikerahkan ke Raub dengan merentasi banjir dan terpaksa melayani 'drama-drama' penceroboh pada pagi tadi? Apakah ini semua sia-sia sahaja? Rakyat baru sahaja mahu tarik nafas lega apabila dapat tahu mereka akan dihalau, tetapi nampaknya tidak ada progres pun akhirnya.

Setakat itu sahaja yang dapat saya ceritakan, insyaAllah saya akan terus menulis mengenai perkembangan isu ini lagi. Kita tidak akan terkesan dan bosan mengikuti permainan-permainan mereka. Jangan sangka kami akan berputus asa dan akhirnya berdiam diri.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
6 Januari 2021

Sumber:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1918836
#HentiCerobohTanahPahang
#MengangkatSuaraUmat

1609892815028.png
 
lats840

Active Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,237
Reaction score
320
Points
51
And the winner is......
Drum roll.....

#tunggujela....
 
sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,757
Reaction score
298
Points
91
payah la nk halau depa ni..tup2 esok dh dpt geran tanah trus pa haha
 
iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,100
Reaction score
257
Points
41
kalu dah 40 tahun, tak kan la pejabat tanah, ahli majlis tak tahu. mesti la mereka2 ni ada juga makan durian, tak kan lah tak 'trigger' bila katanya durian dari pahang. sepatutnya mesti la nak tahu kat area mana sbb dah mmg nature pekerjaan mereka berkaitan tanah2, legal2 tanah.
yang puak penceroboh haram mesti la dah awal2 duk simpan bukti2 yang boleh digunakan ke atas mereka2 yang berkaitan kelak bila berlaku macam ni. diorang mana la bodoh. tu yang tiba2 boleh bertukar situasi.

laknat lah jika ada yang bersubahat, terima habuan.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,735
Reaction score
1,413
Points
201

Ayat tak tau jawapan paling senang dan paling selamat
 
pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,772
Reaction score
720
Points
81

Pejabat tanah memang tahu, sebab tanan tu kerajaan negeri punya, disewakan pada pekebun tapi tempoh sewa dah tamat tapi depa tak nak keluar ....... Macam aku cakap le, aku sewa rumah 20 tahun, tetiba aku nak rumah tu sebab dah lama duduk situ, boleh ke?
 
iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,100
Reaction score
257
Points
41
Pejabat tanah memang tahu, sebab tanan tu kerajaan negeri punya, disewakan pada pekebun tapi tempoh sewa dah tamat tapi depa tak nak keluar ....... Macam aku cakap le, aku sewa rumah 20 tahun, tetiba aku nak rumah tu sebab dah lama duduk situ, boleh ke?
ni pasal TOL.

What happens when it expires?
Upon expiry (and assuming the state authority does grant further renewals):

  1. TOL holders must surrender the land back to the state authority and vacate the land.
  2. If TOL holders continue to occupy the land after the expiry date, they can be liable for trespass.
  3. Any rights conferred to the holders for the use of the land is automatically terminated.
  4. Buildings on the land, including those existing prior to the creation of TOL (but not including those that are erected temporarily and is capable of being removed) taken over by the state authorities; and
  5. The state authorities will not compensate the holders for those buildings.
Rights prior/ post expiry
Prior:

  1. The holder has the right to bring an action against anyone who trespasses unto the land, including previous TOL holders of the land.
  2. The holder is also allowed to rent out the land/ grant tenancy for the non-permanent properties that he builds to anyone he wishes to do so. In this regard, the holder can initiate civil proceedings such as eviction order or distress action against the prospective tenants.
  3. The rights conferred under TOL is an exclusive one, in this regard:
    1. It cannot be transferred to anyone else unless it is done via an application made by the current holder to the registrar before the expiry of the TOL; and
    2. The rights are terminated upon the holder’s death and is not transferable to anyone else.
Post:
As mentioned above, any rights conferred prior expiry will be extinguished upon expiry. In this regard:

  1. It does not create any legal or equitable rights for the TOL holder.
  2. The TOL holder cannot initiate an action against the state authority for their refusal to renew the TOL;
  3. Neither can the TOL holder initiate an action against any subsequent TOL holder/ registered proprietor of the same land for expenses he incurred for the use of the land during his occupation of that land.
Any prospective TOL applicants should, therefore, understand the risk that comes along with the licences before applying for one.

sumber
 
Bukan pasal TOL bro, tanah disewakan pada pekebun ....... Yg sewakan pula anak syarikat kerajaan negeri sendiri, ada surat perjanjian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register