K'jaan Pahang takkan tunduk bantahan skim sahkan tanah haram dusun durian

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Firma itu juga membuat laporan polis berhubung penularan khabar angin yang tersebar melalui platform mesej sosial baru-baru ini.

1605967810604.png


Royal Pahang Durian nafi hadapi masalah kewangan
Diterbitkan Hari ini 5:20 pm


Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa syarikat itu sedang mengalami masalah kewangan.
Pengerusinya, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah semasa membua penafian keras itu juga memaklumkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.

“Saya berasa gusar dengan penularan khabar angin melalui platform mesej sosial baru-baru ini yang menyatakan bahawa RPD Group sedang mengalami masalah kewangan dan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemegang saham.

“Dengan ini, saya menafikan sekeras-kerasnya penyataan ini dan ia merupakan khabar angin dan tidak benar sama sekali.

“RPD Group mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan komited dengan usaha sama yang dijalinkan dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan kerajaan Pahang demi pertumbuhan industri durian negara.
“Satu laporan polis juga telah dibuat berkaitan perkara ini.

“Bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak, rakan usaha sama kami iaitu PKPP, merupakan sebuah perbadanan milik kerajaan negeri dan ini menjadikan RPDR-PKPP sebuah usaha sama dengan kerajaan Pahang,” kata puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu.

Untuk rekod, RPDR-PKPP ialah syarikat yang baru-baru ini terlibat dengan perselisihan dengan sekumpulan pekebun durian di Raub, Pahang.

Perselisihan itu bermula apabila RPDR dan PKPP mengadakan usaha sama dan menuntut kembali ribuan ekar tanah daripada petani yang dikatakan meneroka tanah secara haram.

Kenyataan Tengku Puteri Iman itu bagaimanapun tidak menyatakan mesej asal yang mengandungi dakwaan yang dimaksudkan, atau menyebut platform mesej sosial manakah yang digunakan untuk menularkannya.

Katanya, keraguan terhadap pengurusan RPDR tidak sepatutnya timbul, berdasarkan prestasi pengurusan ladang durian yang ditunjukkan syarikat itu sejak 2017.

“Sebagai tambahan, kilang pemprosesan durian kami akan dibina mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan dengan perancangan yang sempurna serta mematuhi piawaian HACCP (Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal) yang diterima secara global.

“Pihak kami sedang dalam proses mendapatkan kelulusan yang berkaitan dan kerja pembinaan akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya mempunyai keyakinan penuh pihak pengurusan kami akan sentiasa menjalankan tugas mereka secara profesional,” tambahnya lagi.


 
Sponsored Post

shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
869
Reaction score
74
Points
30
Yg hairannya tak dgr cite lagi siapa yg bagi peneroka tu teroka tanah haram bertahun2 .
.Penceroboh dgn yg bagi teroka tu ada yg kena tangkap tak. Tunjuklah surat perjanjian siapa yg bagi.
Mana sprm.
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,146
Reaction score
585
Points
161
Jangan bagi can boss,jangan kasi senang senang kat diorang,baik bagi kat rakyat pribumi.

Tak sangka,konon tokay kaya beli tanah banyak dekat Pahang,rupanya duduk peneroka tanah haram.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,745
Reaction score
1,414
Points
201
Selagi tak rampas..Tebas je pokok tu semua tanam baru.. memang akan sampai bile jadi susah
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,611
Reaction score
1,907
Points
201
Tak bole buat apa2
Tu tanah tycoon Mca punya la
Heheh

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,349
Reaction score
1,456
Points
201

Mungkin ramai yang terlepas pandang, keputusan mahkamah bagi kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang (isu Musang King Raub) adalah pada minggu hadapan.

Menang atau kalah, segalanya kita akan ketahui pada 9 Disember 2020 di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang.

Boleh jadi pekebun-pekebun haram itu yang menang tetapi kita tidak sedari kerana tiada siapa pun yang mengikuti dan menggembar-gemburkannya.

Maka, rakyat Malaysia terutamanya warga Pahang harus ikuti rapat perkembangan kes ini dan sebarkan agar setiap antara kita ternanti-nanti apakah keputusannya nanti.

Saya akan buat kiraan ('countdown') di Facebook saya setiap hari sehingga tibanya 9 Disember 2020 nanti. Minta jasa baik anda semua sebarkan poster ini kepada orang-orang kampung, saudara-mara, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan anda terutamanya di Pahang.

#HentiCerobohTanahPahang
#MengangkatSuaraUmat

▪Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya
▪Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

1j ·

Mengapa keputusan mahkamah bagi kes pencerobohan tanah kerajaan oleh pekebun-pekebun haram Musang King Raub pada Rabu, 9 Disember 2020 ini sangat penting bagi kita semua?

Sebelum berbicara lanjut, kita perlu fahami bahawa memang sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ini memang telah menceroboh untuk menanam Musang King dan ini telah diakui sendiri oleh mereka. Jika tidak, pihak penguatkuasa dan polis tidak akan terlibat dalam mengusir mereka. Namun, apabila ada campurtangan politik, ianya berubah dan akhirnya mereka membawanya ke mahkamah untuk mencabarnya melalui semakan kehakiman.

Jika keputusan hakim berpihak kepada rakyat Pahang, iaitu kerajaan sebagai pemilik tanah, maka kemenangan ini menunjukkan kepada kita bahawa:
1. Undang-undang adalah dan diletakkan lebih tinggi daripada mana-mana pihak.
2. Sebagai hujah kuat untuk mana-mana kerajaan mengambil haknya daripada terus 'dicuri' penceroboh-penceroboh terutamanya dalam kes-kes berkaitan pencerobohan tanah.
3. Sebagai hujah kuat untuk penguatkuasa dari pelbagai agensi kerajaan untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menceroboh dan menyalahi undang-undang.
4. Sebagai manifestasi kesatuan suara rakyat adalah penting sebagai sebuah kuasa pendesak agar sebarang kompromi dan 'deal' ahli-ahli politik dalam kes-kes sebegini dapat digagalkan.
5. Sebagai amaran keras kepada mereka yang melanggar undang-undang dan mereka yang salahguna kuasa untuk berhenti

Namun, jika keputusan mahkamah berpihak kepada para penceroboh tanah yang telah mengaut hasil secara haram di atasnya itu, maka ianya membuktikan kepada kita bahawa:
1. Kepincangan sedang berlaku dalam sistem negara kita.
2. Ahli-ahli politik dengan mudah boleh campur tangan dalam membela mereka yang menyalahi undang-undang.

Ini secara ringkas apa yang sempat saya coretkan pada pagi ini dalam menjawab persoalan-persoalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat dalam isu ini.
Wallahu'alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
8 Disember 2020
#HentiCerobohTanahPahang
#MengangkatSuaraUmat

1607388904181.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,479
Reaction score
2,449
Points
206
Keputusan kes kebun haram durian Raub tangguh 23 Disember

907200.jpg


KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 111 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka pada 23 Disember ini.


Penangguhan itu dibuat Hakim, Datuk Zainal Azman Ab Aziz bagi memberi laluan kepada kedua-dua pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva menyelesaikan pengurusan kes bersabit afidavit baharu yang dikemukakan pihak plaintif pada minggu lepas.

AKAN MENYUSUL

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601
Semakan kehakiman 204 pekebun durian, 23 Disember

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 23 Disember ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman oleh 204 pekebun durian Musang King di Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, terhadap arahan kerajaan negeri Pahang supaya mengosongkan kebun mereka.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini, yang dijadualkan untuk keputusan permohonan berkenaan, namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu memandangkan beliau berhasrat mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak selepas wujud kekeliruan dalam permohonan berkenaan.

"Permohonan asal membabitkan 110 pekebun yang difailkan pada 21 Ogos lalu sebelum mahkamah dimaklumkan bahawa terdapat permohonan kedua yang difailkan oleh 94 pekebun kira-kira sebulan selepas permohonan pertama, iaitu 9 Disember.

"Saya sudah mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan pertama dan saya difahamkan peguam pemohon dan pihak responden bersetuju supaya keputusan terhadap permohonan pertama terpakai kepada permohonan 94 pekebun.

"Mahkamah memerlukan kepastian kerana apabila saya menyemak fail, tiada sebarang afidavit atau hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak berhubung permohonan kedua. Perkara ini perlu disahkan sebelum mahkamah membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua pekebun terbabit dan Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak yang mewakili responden mengesahkan mereka bersetuju afidavit dan hujahan permohonan pertama juga terpakai kepada permohonan terbaharu kerana membabitkan subjek sama.

Pada prosiding itu, Choon Jern juga memohon supaya perintah penggantungan sementara yang diperoleh semua pekebun ditambah bagi memasukkan nama responden kelima iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) kerana mendakwa ada pemohon menerima notis pengosongan tanah daripada agensi terbabit.

"Perintah penggantungan yang diperoleh sebelum ini adalah untuk responden pertama dan kedua iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub serta Pengarah Perhutanan Pahang.

"Bagaimanapun, PKPP ada mengeluarkan notis pada 1 Disember lalu untuk sebahagian anak guam mengosongkan tanah selewat-lewatnya pada hujung tahun ini selain turut memasang papan tanda menyatakan tanah itu milik PKPP," katanya.

Noor Fadzila bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan PKPP selaku pemilik tanah mempunyai bidang kuasa bagi mengeluarkan notis itu, selain tindakan terhadap mereka yang enggan mengosongkan tanah hanya akan bermula pada 1 Januari 2021 iaitu selepas pekebun terbabit mengetahui nasib mereka dalam permohonan itu.

Zainal Azman bersetuju dan memutuskan bahawa lanjutan perintah penggantungan sementara itu kekal kepada dua responden pertama sehingga mahkamah membuat keputusan.

Selain Pentadbir Tanah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang dan PKPP, 204 pemohon juga menamakan pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis pengosongan kebun mereka.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah berkenaan kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

– BERNAMA "Mahkamah memerlukan kepastian kerana apabila saya menyemak fail, tiada sebarang afidavit atau hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak berhubung permohonan kedua. Perkara ini perlu disahkan sebelum mahkamah membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua pekebun terbabit dan Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak yang mewakili responden mengesahkan mereka bersetuju afidavit dan hujahan permohonan pertama juga terpakai kepada permohonan terbaharu kerana membabitkan subjek sama.

Pada prosiding itu, Choon Jern juga memohon supaya perintah penggantungan sementara yang diperoleh semua pekebun ditambah bagi memasukkan nama responden kelima iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) kerana mendakwa ada pemohon menerima notis pengosongan tanah daripada agensi terbabit.

"Perintah penggantungan yang diperoleh sebelum ini adalah untuk responden pertama dan kedua iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub serta Pengarah Perhutanan Pahang.

"Bagaimanapun, PKPP ada mengeluarkan notis pada 1 Disember lalu untuk sebahagian anak guam mengosongkan tanah selewat-lewatnya pada hujung tahun ini selain turut memasang papan tanda menyatakan tanah itu milik PKPP," katanya.

Noor Fadzila bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan PKPP selaku pemilik tanah mempunyai bidang kuasa bagi mengeluarkan notis itu, selain tindakan terhadap mereka yang enggan mengosongkan tanah hanya akan bermula pada 1 Januari 2021 iaitu selepas pekebun terbabit mengetahui nasib mereka dalam permohonan itu.

Zainal Azman bersetuju dan memutuskan bahawa lanjutan perintah penggantungan sementara itu kekal kepada dua responden pertama sehingga mahkamah membuat keputusan.

Selain Pentadbir Tanah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang dan PKPP, 204 pemohon juga menamakan pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis pengosongan kebun mereka.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah berkenaan kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

– BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register