K'jaan Pahang takkan tunduk bantahan skim sahkan tanah haram dusun durian

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,690
Points
1,906
Dah sunyi balik ke isu ni?

tn مايكل سكوتفيلد, ni update masa kes ditetapkan pada 28/10/2020. dan ia ditunda pada 9/12/2020


Kes yg ditetapkan pada 28/10/2020: pendengaran kedua


Pemohon:
-pekebun, Chan Yoke Kong, 50, bersama 110 pekebun lain


vs


Responden:
-Pentadbir Tanah Daerah Raub;
-Pengarah Jabatan Perhutanan,
-Kerajaan Pahang,
-Perbadanan Pertanian Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP),
-Kerajaan Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd


Coram:
1.Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz
2.Peguam Kanan Pesekutuan, Noor Fadzila Ishak yang mewakili enam responden
3.Peguam, Siew Choon Jern




Isu:
-semakan kehakiman terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan yg dikeluarkan oleh PTG Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang
-kes itu dibawa ke mahkamah selepas beberapa keputusan kerajaan negeri berhubung notis mengusir pemohon dari tanah-tanah berkenaan.
-28/8/2020 ditetapkan utk pendengaran notis pengosongan tanah kebun dan pajakan yg dikeluarkan oleh PTG Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang

secara formalnya dlm bahasa undang undang, Pemohon pemohon memohon utk
-mendapat kebenaran menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984,
-mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
-mendapat kebenaran menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd


Hujah pihak Responden oleh Peguam Kanan Pesekutuan, Noor Fadzila Ishak
1.110 penanam durian Musang King di Raub tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang supaya mereka mengosongkan kebun.

2.penanam terbabit tidak diberi sebarang hak atau lesen pendudukan sementara (TOL) mahupun mempunyai hak milik terhadap tanah yang diusahakan dengan tanaman tersebut.

3.ini menjadikan status mereka sebagai penceroboh atau setinggan.

4.pemohon juga tersilap apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis yang dikeluarkan pentadbir tanah
-Pemohon seharusnya memfailkan notis rayuan kerana notis bukanlah suatu yang disyaratkan undang-undang untuk dikeluarkan tetapi sebagai makluman kepada pemohon atau orang yang terlibat apabila ada kesalahan dilakukan yang mana dalam kes ini berlaku pencerobohan terhadap tanah kerajaan.

5.Kerajaan negeri mengeluarkan notis yang memberikan peluang lebih kurang sebulan untuk pemohon mengosongkan tanah walaupun sebagai pemilik, mereka boleh terus masuk dan membuat execution

6.jika pemohon terkesan dengan notis penggosongan itu mengikut Seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965, mereka boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan pentadbir tanah Raub dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh notis diserahkan kepada mereka

Kesimpulan: mahkamah tidak perlu memberikan kebenaran kepada pemohon kerana permohonan itu tidak mempunyai asas, sia-sia dan menyalahguna proses mahkamah.


Hujah pihak Pemohon oleh Siew Choon Jern
1.status pemohon sebagai setinggan perlu dihujahkan semasa perbicaraan penuh dan bukannya pada peringkat permohonan kebenaran yang sedang berlangsung.

2. "Pada peringkat ini, kami sudah menunjukkan beberapa merit supaya mahkamah dapat memberi kebenaran tersebut kerana memberikan kebenaran tidak bermakna anak guam kami telah menang.

3."Kami perlu mengemukakan segala alasan kami untuk pertimbangan hakim"

4.salah seorang pemohon daripada 111 penanam kumpulan pertama yang memfailkan permohonan itu telah memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan tersebut.


Mahkamah
1.9 Disember ini untuk keputusan terhadap permohonan itu dan
2.membenarkan perintah penggantungan terhadap notis penggosongan disambung sehingga 9/12/2020
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,342
Reaction score
178
Points
33
Tiada perjanjian rasmi dengan pekebun Musang King

DATUK_SERI_WAN_ROSDY_WAN_ISMAIL_1605674306.jpg


KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, dimaklumkan tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group (RPD) dengan pekebun durian Musang King di Raub, kira-kira 200 kilometer dari sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, berkata ketiadaan perjanjian itu kerana kedua-dua pihak mempunyai kes yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi di sini.

"Setakat ini, hanya ada dua perjanjian yang dimeterai antara RPD dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) pada Mac lalu dengan kedua-dua perjanjian ini hanya berkaitan pemegang saham dan pembahagian keuntungan.

"Ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa juga terma yang dikatakan ditawarkan RPD kepada pekebun, selain kerajaan negeri berpandangan ketiadaan perjanjian ini menyebabkan tiada isu Akta Persaingan 2010 berbangkit," katanya.

Mohd Soffi berkata demikian, di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Tras) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedar kontrak yang ditawarkan kepada pekebun durian memaksa mereka menjual buah pada harga yang ditetapkan, sekali gus melanggar akta itu.

Beliau menambah, jika sekalipun pekebun atau mana-mana pihak berasakan mereka terkesan dalam isu monopoli pasaran, pihak berkenaan boleh merujuk kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk tindakan selanjutnya.

Menjelas lanjut, Mohd Soffi berkata, pekebun durian yang meneroka tanah secara haram juga mempunyai pilihan untuk 'memutihkan kebun mereka' apabila ditawarkan skim khusus yang turut membantu urusan eksport tanaman berkenaan.

"Untuk mengeksport hasil tanaman memerlukan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (myGAP) yang menyatakan tanah terbabit adalah halal, iaitu mempunyai hak milik atau kelulusan daripada kerajaan termasuk pemberian lesen pendudukan sementara," katanya.

Kepada dakwaan Chow, pekebun terbabit hanya mencari rezeki dengan menanam durian yang mengambil masa lama untuk mendapat hasil, Mohd Soffi berkata, cara mencari rezeki juga perlu dipastikan berjalan mengikut cara yang betul dan lunas undang-undang.


== bharian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,690
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

17j ·


Alhamdulillah, hari ini saya dan rakan-rakan dari pelbagai NGO termasuk veteran-veteran tentera hadir ke Wisma Sri Pahang untuk menyerahkan memorandum bantahan rakyat terhadap isu pencerobohan tanah di serata Pahang.

Apa yang membuatkan kami terkilan adalah ada 'sekatan-sekatan' yang perlu kami lalui sebelum dapat masuk ke dalam pintu pagar sekalipun.

Rupa-rupanya saya difahamkan ada mulut-mulut jahat yang memainkan naratif yang kami hadir untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pahang dengan isu tanah ini. Mungkin sebab itu juga Menteri Besar tidak sudi berjumpa dengan kita pada saat akhir walaupun memang beliau sudah maklum akan rombongan kami.

Naratif ini adalah naratif yang tidak cerdik kerana sejak bilakah berpihak kepada rakyat dan menentang penceroboh tanah kerajaan itu dianggap sebagai penentang kerajaan?

Tidakkah 'orang-orang politik' Melayu Pahang ini sedar yang NGO-NGO seperti kamilah yang antara yang mula-mula berusaha menyatukan kalian atas nama 'perpaduan ummah' dahulu di siri-siri himpunan kebangkitan rakyat, di mana saya sendiri adalah pengerusi bagi himpunan raksasa bantah ICERD dahulu?

Lagi pun, jika pihak kerajaan atau Menteri Besar sendiri turun sebagai tanda sokongan terhadap kehendak rakyat ini, pasti akan memberikan imej yang baik dan sebagai sokongan moral kepada rakyat menandakan bahawa kerajaan tidak akan tunduk pada kapitalis-kapitalis ini.

Apa pun, seperti yang saya perkatakan sebelum ini, serahan memorandum ini hanyalah langkah pertama. Jika tidak berjaya, nantikan sahaja langkah kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Buat pengetahuan anda, hari ini juga kami telah menyerahkan memorandum yang sama kepada Jabatan Perhutanan Pahang dan SPRM Pahang. Alhamdulillah, sambutan dari pihak mereka adalah baik.

Sebagai anak jati Temerloh, saya berhak bersuara untuk masa depan negeri dan anak bangsa yang tercinta. Bukan orang luar pun.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
18 November 2020
Baca lanjut: https://www.utusan.com.my/.../jangan-kalah-kepada.../


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,690
Points
1,906
Mohamad Jamalee


· 13j ·
Allahu..
Saya kenal Tn Hj Amin, saya kenal PEMBELA, saya kenal anak-anak muda ISMA kerana mereka inilah yang bersama-sama, antara yang terawal menyusun langkah-demi-langkah Himpunan 812. Bersama-sama kami tubuhkan Sekretariat Daulat.
Waayyyy before politicians and political parties starts to join in.
Mereka inilah yang berusaha memastikan naratif Himpunan 812 ataupun Bantah ICERD tidak dicucuk dan diambil peluang oleh ektremis-ekstremis untuk merosakkan perhimpunan.
Akhirnya perhimpunan berlangsung secara aman dan damai.
Mana mungkin mereka datang ke pejabat MB dengan niat yang tak baik. Tak mungkin. Saya kenal mereka.
Kenapalah tak bagi jumpa...? Ke mana lagi kami nak bawa suara hati kami ni? Takkan nak ke jalanan sekali lagi? Takkan setiap kali ada perkara yang kami ingin suarakan perlu ke jalanan?
Orang Melayu dengan pemimpinnya tak jauh. Dekat. Sangat dekat.
Jangan dijauhkan...
Kenapalah dilayan mereka sebegitu rupa. Allah sedih saya..

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,690
Points
1,906
Ulasan Apek Cina

2j ·

Saya Tak paham Kenapa sesetengah orang masih mahu mempertahankan pekebun haram di Raub.

Ada yang kata Mereka telah memohon geran Tanah daripada kerajaan negeri tetapi tidak diluluskan. Ada pula tanya kenapa Tanah itu diberikan kepada sebuah Syarikat yang tiada rekod kewangan.

Pertama sekali, Syarikat tersebut mendapat kelulusan untuk mengendalikan Tanah di Raub berdasarkan undang-undang dan enakment negeri. Syarikat tersebut juga akan membayar berpuluh juta setahun kepada Rakyat Pahang untuk kegunaan Tanah Raub tersebut.

Kedua.
Saya kata kebanyakkan pekebun-pekebun Itu adalah HARAM. Ada juga Ahli politik yang menyangkal kegunaan “ Haram “ atas mereka. Itu adalah cara Ahli politik yang memainkan isu ini dengan cara politik.

Saya jelaskan Kenapa mereka haram :

Pendahuluan :
Saya secara peribadi melawat ke Raub dan Bentong untuk menyiasat keadaan di situ. Ramai pekebun - pekebun haram Ini adalah KAYA. Kalaulah mereka menanamkan durian semata-mata untuk sesuap nasi kehidupan, TAKKAN saya membuat posting ini dan video sebelum ini.
https://fb.watch/1UGxGeHLJm/

Saya mencabar sesiapa yang sanggup tampil keluar dan mengatakan “ Kebanyakkan mereka adalah miskin bulur lapar “ . Ini tidak mungkin kerana meneroka dan menanam durian secara haram, mereka memerlukan modal yang orang miskin tidak dapat keluarkan.

1.) Mereka telah salah di sisi undang-undang bawah Akta Penghutanan 1984.
Pencerobohan dan penerokaan hutan simpanan kerajaan tanpa lesen Boleh disabit hukuman penjara dan denda.
Ada yang menceroboh dan meneroka sebelum 1984 . Tetapi penyiasatan Saya, lebih ramai yang menceroboh dan meneroka selepas 1984.
Yang menceroboh sebelum 1984 bukan bererti mereka tiada salah. Mereka juga salah dalam Akta lain dengan menceroboh Tanah kerajaan tanpa lesen, yang mungkin berbeza hukumannya.

2.) Mereka tidak membayar cukai pendapatan.
Kalaulah DS Najib Razak boleh dituntut cukai atas wang penyelewangan oleh LHDN, Kenapa mereka bebas daripda tuntutan ini? Adakah ini double standard ?
Ada kemungkinan segelintir daripada mereka telah membayar penuh cukai pendapatan kepada LHDN. Maka ini tidak tertakluk kepada mereka.
Namun saya tidak percaya kebanyakkan mereka ada bayar cukai LHDN.

3.) Mereka tidak membayar sewa / Levi Tanah.
Dah kata haram, kena bayar sewa lagi ke ?
Kalaulah duit penyelewengan pun kena bayar cukai, Kenapa tidak perlu bayar sewa?

Ketiga
Saya tak kira lah mereka ada meminta geran tanah ke tak . Kerajaan mempunyai HAK untuk menolak permohonan tersebut.

Andaikata anda memiliki sebuah tanah bernilai 1 juta.Ada orang menceroboh Tanah Kamu dan menanam durian.

Lepas tu dia minta Kamu jual Tanah tu kepada dia dengan harga nominal 10,000 . Kamu berhak untuk menolak permintaan dia.

Kamu juga berhak mengutip sewa atas penggunaan Tanah Kamu itu tanpa persetujuan sebagai pampasan.

Bagi Siapa-Siapa yang nak pertahankan pekebun-pekebun haram tersebut, mohon suruh mereka bayar semua cukai dan sewa, bayar denda, dituduh, mengaku salah dan disabit hukuman penjara DAHULU,
Baru berunding dengan kerajaan ataupun mana-mana pihak lantikan kerajaan.

Haram itu haram. Jangan kuat politik sangat Sampai nak halalkan perbuatan haram Sebab politik .

Sekian
Apek Cina
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,690
Points
1,906
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

14j ·

Jangan sangka kes ceroboh tanah hanya berlaku di Raub sahaja. Banyak lagi daerah di negeri Pahang yang hutan simpan atau tanah kerajaan diceroboh oleh pihak tertentu untuk mengaut hasil secara haram.

Boleh dikatakan hampir di semua daerah di negeri Pahang ada masalah ini. Sebab itulah kita bersungguh mahu hantar memorandum dan bersemuka dengan Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan kegusaran rakyat.

Ini 4 kes paling popular di kalangan rakyat Pahang bagi tahun 2020 sahaja. Tetapi tidak bermakna hanya ada 4, kerana ada lagi beberapa kes yang dilaporkan oleh media di daerah-daerah lain.

Itu yang dilaporkan oleh media. Yang tidak dilaporkan dan yang tidak 'terkantoi' berapa banyak lagi? Dan itu juga hanya untuk tahun 2020. Tidak termasuk tahun-tahun sebelumnya lagi.
Masih lagi nak kata isu ini hanya isu remeh?

#HentiCerobohTanahPahang
#PembelaPahang #PembelaABATA
#MengangkatSuaraUmat

1605965031950.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,381
Reaction score
2,420
Points
206
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

14j ·

Jangan sangka kes ceroboh tanah hanya berlaku di Raub sahaja. Banyak lagi daerah di negeri Pahang yang hutan simpan atau tanah kerajaan diceroboh oleh pihak tertentu untuk mengaut hasil secara haram.

Boleh dikatakan hampir di semua daerah di negeri Pahang ada masalah ini. Sebab itulah kita bersungguh mahu hantar memorandum dan bersemuka dengan Menteri Besar Pahang bagi menyampaikan kegusaran rakyat.

Ini 4 kes paling popular di kalangan rakyat Pahang bagi tahun 2020 sahaja. Tetapi tidak bermakna hanya ada 4, kerana ada lagi beberapa kes yang dilaporkan oleh media di daerah-daerah lain.

Itu yang dilaporkan oleh media. Yang tidak dilaporkan dan yang tidak 'terkantoi' berapa banyak lagi? Dan itu juga hanya untuk tahun 2020. Tidak termasuk tahun-tahun sebelumnya lagi.
Masih lagi nak kata isu ini hanya isu remeh?

#HentiCerobohTanahPahang
#PembelaPahang #PembelaABATA
#MengangkatSuaraUmat

View attachment 315113
di manakah siti kasim dalam kes ni @cek mek molek ?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register