K'jaan Pahang takkan tunduk bantahan skim sahkan tanah haram dusun durian

CG Sponsors




penulisprof

Junior Member
Joined
Oct 7, 2020
Messages
77
Reaction score
23
Points
16
TUAN TANAH TIBA-TIBA DAPATI HILANG HAKMILIK. BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU?

Pernah dengar tak kes dimana seseorang tiba-tiba mendapati dia hilang hakmilik terhadap tanahnya?

Bila buat semakan di Pejabat Tanah di dapati tanah dia telah bertukar kepada nama orang lain atau didapati tanah dia tidak lagi didaftarkan atas namanya atau tiada dalam rekod pendaftaran hakmilik di pejabat tanah.

Bagiamana keadaan tersebut boleh berlaku?

Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya kongsi kan beberapa kemungkinan bagaimana boleh berlakunya sesuatu tanah itu boleh hilang hakmilik.

Kemungkinan #1 : Unsur penipuan

Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain dokumen kepada pihak tersebut dan seterusnya pindah milik didaftarkan kepada nama pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan #2 : Pemalsuan tandatangan

Wujudnya pemalsuan tandatangan tuan tanah pada dokumen pindah milik ataupun pemalsuan geran tanah atau lain-lain dokumen pindah milik yang menyebabkan pindah milik dapat didaftarkan kepada pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan #3 : Surat kuasa wakil penuh

Tuan tanah memberikan surat kuasa wakil penuh (Full PA) kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara mereka faham/sedar atau tidak faham/sedar sehingga memberi kuasa kepada pemegang wakil kuasa untuk memindah milikkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak.

Kemungkinan #4 : Gadaian tanah

Tuan tanah menggadaikan tanahnya kepada mana-mana pihak seperti bank atau individu dan telah menandatangani dokumen gadaian sebagai cagaran kepada hutang yang diberikan, dan akibat kegagalan tuan tanah menjelaskan hutang tersebut, tanahnya dilelong dan seterusnya dipindahmilikkan kepada pihak lain yang berjaya dalam lelongan.

Kemungkinan #5 : Tunggakan cukai tanah

Tuan tanah gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah atau tuan tanah melanggar apa-apa syarat nyata pada tanah tersebut sehingga menyebabkan tanahnya “dirampas” oleh kerajaan (melalui pejabat tanah) dan kemudiannya diserahkan oleh kerajaan kepada pihak lain.

Kemungkinan #6 : Pecah amanah

Pecah amanah oleh pihak-pihak tertentu seperti pemegang amanah, termasuklah peguam sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan), yang telah mendaftarkan pindah milik tersebut kepada pihak-pihak tertentu walaupun sepatutnya pindah milik tersebut tidak sepatutnya dibuat/ belum boleh didaftarkan lagi di pejabat tanah.

Kemungkinan #7 : Kesilapan teknikal

Kesilapan teknikal di pihak pejabat tanah dalam merekodkan sebarang urusniaga tanah sehingga menyebabkan tanah tersebut didaftarkan kepada nama pihak lain.

Kemungkinan #8 : Tanah diambil oleh kerajaan

Tanah anda di ambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah dan tanpa anda sedari atau mungkin disebabkan anda tidak menerima sebarang notis tentang pengambilan tersebut, tanah anda telah diserahkan kepada pihak lain atau digunakan oleh pihak lain.

Ini antara kemungkinan-kemungkinan berlakunya keadaan di mana tanah seseorang boleh hilang hakmilik tanpa disedari oleh tuan tanah.

Justeru nasihat saya, selalulah buat carian rasmi terhadap status tanah anda dari masa ke semasa.

Sebab walaupun mungkin anda masih pegang geran asal tanah anda, tidak mustahil tanah anda mungkin boleh terlepas ke tangan pihak lain tanpa anda sedari.

Jadi, berwaspada lah selalu.

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)
yes..penh dgr kes cmni..tiber je tanah tu sbahagianya diambil org lain dah...diam diam je..jadi sentiasa cerdik rujuk pd jabatan tanah yer..org skrg byk jahat tamak
 
Sponsored Post

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,667
Reaction score
285
Points
96
Kasi gegar jangan bagi muka. Check pej tanah dan PBT sekali.
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,989
Reaction score
1,685
Points
101
kerajaan pahang dah tunduk dengan peneroka haram ke belom?
 

d1-trg

Fun Poster
Joined
Dec 20, 2014
Messages
323
Reaction score
45
Points
30
Tebang je semua pokok durian tu, selesai masalah
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,447
Reaction score
189
Points
33
Pahang lulus 120.67 hektar tanah tanam musang king

884596.jpg


KUANTAN - Kerajaan Pahang meluluskan 120.67 hektar tanah di Mukim Tembelang dan Mukim Ulu Jengka di Jerantut bagi projek penanaman durian musang king setakat 20 Oktober lalu.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, kelulusan projek pertanian itu diberikan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas mendapat kelulusan.

Menurutnya, justeru pihak syarikat yang mengendalikan projek pertanian perlu menyediakan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) seperti disyaratkan Jabatan Alam Sekitar.

"Laporan itu bagi memastikan projek yang diluluskan kerajaan Pahang tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar.

"Pemantauan secara berkala juga akan dilaksanakan agensi terlibat untuk memastikan semua syarat dipatuhi selain garis panduan bagi penanaman durian di cerun juga akan dikeluarkan jabatan berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Zuridan Mohd Daud (PAS-Damak) yang ingin tahu keluasan tanah yang diluluskan untuk projek tanaman itu di Jerantut pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shofi menjelaskan, kerajaan juga ada menerima permohonan daripada syarikat bagi projek tanaman durian daripada tanaman asal iaitu kelapa sawit di kawasan Ulu Cheka.

Sementara itu, Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, bantuan bulanan hanya diberikan kepada warganegara yang layak sahaja.

"Jika ada ibu atau bapa bukan warganegara dan mempunyai anak-anak warganegara di bawah tanggungan, pihak kerajaan boleh membantu berdasarkan keperluan dan mengikut situasi permasalahan mereka hadapi," katanya menjawab pertanyaan Leong Yu Man (DAP-Triang).

Yu man sebelum ini memohon penjelasan daripada kerajaan Pahang mengenai golongan ibu tunggal warga asing yang selalu dipinggirkan daripada sistem bantuan kewangan kerajaan, walaupun mereka bukan warganegara tapi perlu menanggung anak-anak kecil yang juga warganegara.


== sinar harian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Tajuk dh boleh ubah ka
Apa macam ni, dah tunduk ke belum..
kerajaan pahang dah tunduk dengan peneroka haram ke belom?
Dah masuk 28 oct ni,dah kene setepek dgn hakim ke belum ni?
Kesimpulan nya mcm mana?
Cina menang ke heheh
rasanya la...

tn lau_kau, tn pudins70, tn Mata_Pena, tn مايكل سكوتفيلد, tn akudotcom dan tn joned yg semuanya saya hormati, belum tunduk lagi pada peneroka haram, belum kene setepek lagi dengan hakim, Cina belum menang lagi, tajuk belum boleh diubah lagi.

Mahkamah tunda kes pada 9 Disember utk dengarkan pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh 110 pemohon ni vs Responden 6 org ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Durian firm to offer improved terms to Raub durian farmers
KUANTAN: Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) has decided to further improve the terms of its proposed legalisation scheme through on-going discussions with durian farmers in Raub.
The company said the year 2020 one-time payment of RM6,000 per acre would now be structured in flexible instalments and proportions such as 20% by Nov 15, 40% by March 15, 2021 and 40% by June 15, 2021.

———

Ok tu diorg pandai jaga ladang haram
Tadak hakisan huhu

View attachment 293837
Akhirnya kememangan jgk....jln cerita dh skrip dh leh agak tima kasih pengarah filem durianku durianmu jgk hahaha
tn akudotcom dan tn lau_kau yg dua dua saya hormati, hal diatas iaitu
(Durian firm to offer improved terms to Raub durian farmers
KUANTAN: Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) has decided to further improve the terms of its proposed legalisation scheme through on-going discussions with durian farmers in Raub.
The company said the year 2020 one-time payment of RM6,000 per acre would now be structured in flexible instalments and proportions such as 20% by Nov 15, 40% by March 15, 2021 and 40% by June 15, 2021.)

ni bukanlah merujuk kepada pekebun peneroka tanah haram tu.
ni dia refer pada 300 pekebun yg telah mendaftar dengan syarikat berkenaan Pengurusan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP)


ni beritanya, dan berita ni boleh dirujuk kepada link berikut,
300 pekebun setuju skim pengesahan pendudukan, kata firma durian

Pengurusan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) menafikan dakwaan bahawa tiada pekebun yang menyokong skim pengesahan pendudukan tanah yang diuruskan syarikat itu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, RPDR-PKPP berkata ketika ini kira-kira 300 petani telah mendaftar dengan syarikat berkenaan.



“133 orang daripadanya telah membuat pengesahan dan sebahagiannya telah membayar Wang Perolehan sebanyak RM1,000 seekar (Sehingga RM100,000 bagi setiap pemohon yang melebihi 10 ekar tanah ,” katanya.



"Baki Wang Perolehan berdasarkan keputusan akhir juruukur berlesen hanya perlu dibayar setelah menandatangani perjanjian akhir dengan RPDR-PKPP," katanya.


https://www.malaysiakini.com/news/541002

https://carigold.com/forum/threads/...tanah-haram-dusun-durian.714720/post-25714178




dlm masa yg sama, peneroka haram yg failkan semakan kehakiman kat Mahkamah tu tak tertakluk pada yg berita di atas
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Kes yg ditetapkan pada 28/8/2020: pendengaran pertama


Pemohon:
-pekebun, Chan Yoke Kong, 50, bersama 110 pekebun lain
-peguam: Siew Choon Jern

vs


Responden:
-Pentadbir Tanah Daerah Raub;
-Pengarah Jabatan Perhutanan,
-Kerajaan Pahang,
-Perbadanan Pertanian Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP),
-Kerajaan Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd


Coram:
1.Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz
2.Peguam, Siew Choon Jern


Isu:
-semakan kehakiman terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan yg dikeluarkan oleh PTG Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang
-kes itu dibawa ke mahkamah selepas beberapa keputusan kerajaan negeri berhubung notis mengusir pemohon dari tanah-tanah berkenaan.
-28/8/2020 ditetapkan utk pendengaran notis pengosongan tanah kebun dan pajakan yg dikeluarkan oleh PTG Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang

secara formalnya dlm bahasa undang undang, Pemohon pemohon memohon utk
-mendapat kebenaran menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984,
-mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
-mendapat kebenaran menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd


Fakta kes:

Menurut Choon Jern (peguam Pemohon) berkata,
1.pekebun bersedia untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkaitan dalam menyelesaikan masalah ini.

2."Jika ditawarkan situasi menang-menang, saya percaya mereka (pekebun) juga sudi untuk berbincang tetapi mereka merasa tertekan kerana notis itu terlalu pantas iaitu perlu mengosongkan tanah dalam masa 30 hari.

3."Mereka sudah lama mengusahakan tanah itu, ada dalam kalangan mereka (pekebun) mengusahakan dusun durian sejak 1961. Kini mereka hanya mahukan keputusan yang adil.

4."Sebelum ini mereka pernah memohon kepada kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah secara sah, tetapi ditolak dengan alasan berada dalam kawasan hutan simpan,"

5.Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

6.Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

7.Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

8.permohonan semakan kehakiman difailkan pada Jumaat lalu (minggu lepas) dan semua kertas permohonan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Isnin lalu (24 Ogos).

9.Jabatan Peguam Negara meminta sedikit masa untuk membaca (meneliti) kertas berkenaan dan telah memohon penangguhan untuk pendengaran hari ini,"




Mahkamah:
1.Tangguhkan pendengaran kes pada 28/10/2020
2.Pemohon pemohon berjaya dapat perintah pergantungan sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan
3.“Sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh mahkamah tinggi, kerajaan negeri terpaksa menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan,”
4.pekebun durian boleh memulakan operasi ladang mereka buat sementara waktu tanpa campur tangan pihak berkuasa negeri selama dua bulan bermula tarikh ketetapan arahan mahkamah.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Kes yg ditetapkan pada 28/10/2020: pendengaran kedua


Pemohon:
-pekebun, Chan Yoke Kong, 50, bersama 110 pekebun lain


vs


Responden:
-Pentadbir Tanah Daerah Raub;
-Pengarah Jabatan Perhutanan,
-Kerajaan Pahang,
-Perbadanan Pertanian Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP),
-Kerajaan Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd


Coram:
1.Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz
2.Peguam Kanan Pesekutuan, Noor Fadzila Ishak yang mewakili enam responden
3.Peguam, Siew Choon Jern




Isu:
-semakan kehakiman terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan yg dikeluarkan oleh PTG Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang
-kes itu dibawa ke mahkamah selepas beberapa keputusan kerajaan negeri berhubung notis mengusir pemohon dari tanah-tanah berkenaan.
-28/8/2020 ditetapkan utk pendengaran notis pengosongan tanah kebun dan pajakan yg dikeluarkan oleh PTG Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang

secara formalnya dlm bahasa undang undang, Pemohon pemohon memohon utk
-mendapat kebenaran menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984,
-mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
-mendapat kebenaran menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd


Hujah pihak Responden oleh Peguam Kanan Pesekutuan, Noor Fadzila Ishak
1.110 penanam durian Musang King di Raub tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang supaya mereka mengosongkan kebun.

2.penanam terbabit tidak diberi sebarang hak atau lesen pendudukan sementara (TOL) mahupun mempunyai hak milik terhadap tanah yang diusahakan dengan tanaman tersebut.

3.ini menjadikan status mereka sebagai penceroboh atau setinggan.

4.pemohon juga tersilap apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis yang dikeluarkan pentadbir tanah
-Pemohon seharusnya memfailkan notis rayuan kerana notis bukanlah suatu yang disyaratkan undang-undang untuk dikeluarkan tetapi sebagai makluman kepada pemohon atau orang yang terlibat apabila ada kesalahan dilakukan yang mana dalam kes ini berlaku pencerobohan terhadap tanah kerajaan.

5.Kerajaan negeri mengeluarkan notis yang memberikan peluang lebih kurang sebulan untuk pemohon mengosongkan tanah walaupun sebagai pemilik, mereka boleh terus masuk dan membuat execution

6.jika pemohon terkesan dengan notis penggosongan itu mengikut Seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965, mereka boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan pentadbir tanah Raub dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh notis diserahkan kepada mereka

Kesimpulan: mahkamah tidak perlu memberikan kebenaran kepada pemohon kerana permohonan itu tidak mempunyai asas, sia-sia dan menyalahguna proses mahkamah.


Hujah pihak Pemohon oleh Siew Choon Jern
1.status pemohon sebagai setinggan perlu dihujahkan semasa perbicaraan penuh dan bukannya pada peringkat permohonan kebenaran yang sedang berlangsung.

2. "Pada peringkat ini, kami sudah menunjukkan beberapa merit supaya mahkamah dapat memberi kebenaran tersebut kerana memberikan kebenaran tidak bermakna anak guam kami telah menang.

3."Kami perlu mengemukakan segala alasan kami untuk pertimbangan hakim"

4.salah seorang pemohon daripada 111 penanam kumpulan pertama yang memfailkan permohonan itu telah memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan tersebut.


Mahkamah
1.9 Disember ini untuk keputusan terhadap permohonan itu dan
2.membenarkan perintah penggantungan terhadap notis penggosongan disambung sehingga 9/12/2020
 
Sponsored Post
Top
Log in Register