K'jaan Pahang takkan tunduk bantahan skim sahkan tanah haram dusun durian

CG Sponsors




Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,147
Reaction score
1,436
Points
201
LADANG MUSANG KING HARAM : KERAJAAN RUGI DUA KALI CUKAI BERBILION RINGGIT?

Oleh KHAIDIR AHMAD
(Wartawan Tua)

Apabila perisik percukaian datang menemui saya untuk berkongsi maklumat dan membincangkan mekanisma percukaian terhadap pengusaha puluhan ribu ekar ladang Musang King haram di Pahang baru-baru ini, saya merumuskan “tidak ada cara atau mekanisme selagi tanah haram berkenaan tidak didokumentasikan.”

Dianggarkan setiap peladang Musang King haram mampu memperolehi pendapatan bersih tidak kurang RM50,000 seekar setahun bagi lima tahun pertama ladang berkenaan mula mengeluarkan hasilnya.

Jumlah itu boleh meningkat sehingga RM120,000 setahun seekar atau RM10,000 seekar sebulan bagi ladang Musang King haram yang sudah mengeluarkan hasil lebih 10 tahun!

Bayangkan jika purata setiap peladang mengusahakan 10 ekar ladang Musang King haram (ada yang mengusahakan sehingga melebihi 50 ekar seorang) pendapatan bersih mereka mencecah RM100,000 sebulan atau RM1.2 juta setahun.

Dengan andaian 10,000 ekar ladang Musang King haram di seluruh Malaysia sahaja (jumlah sebenarnya mungkin lebih lima kali ganda) maka jumlah pendapatan bersih yang dijana kepada pengusahanya adalah RM1.2 billion setahun!

Dengan cukai pendapatan pada kadar 10 peratus setahun sahaja, Kerajaan Pusat menerusi LHDN sudah “hilang cukai” RM120 juta setahun.

Dengan mengambilkira Musang King sudah berada di pasaran sejak lebih 10 tahun lalu, maka jumlah cukai yang tidak dapat dikutip sudah melebihi RM1.2 billion.

Di peringkat negeri pula, Kerajaan Negeri tidak dapat mengutip cukai hasil tanah kerana tidak ada “dokumen” tentang pemilikan ladang Musang King haram.

Justeru, selagi tidak ada dokumentasi pemilikan ladang Musang King haram, maka selagi itulah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tidak dapat mengutip cukai daripada jutawan Musang King haram!

Maka hanyalah pemilik tanah halal (bergeran) dan golongan makan gaji sahaja yang terus menjadi penyumbang setia cukai kepada Kerajaan tanpa gagal!

Sampai bila Kerajaan akan terus diperbodohkan oleh “jutawan tanpa penyata pendapatan” ini?

Jawapannya... sehinggalah Kerajaan Melayu yang berani dan cerdik, wujud di Tanah Melayu ini suatu hari yang tidak akan pernah pasti selagi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa terus menguasai Kerajaan Melayu!!!

Nota: Karikatur yang membawa maksud hanya dengan rasuah dua biji buah Durian Musang King sahaja, penguatkuasa tanah Melayu akan membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan terhadap “apek” pengusaha ladang Musang King haram!!!

 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Imigresen gempur kebun durian di Raub, tahan 110 PATI
imigempur1_1601463438.jpg
Jabatan Imigresen gempur kilang dan kebun durian di Raub, 110 pendatang tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan - KP Imigresen
RAUB: Jabatan Imigresen menahan 110 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Durian, selepas menggempur tiga kilang dan 11 kebun durian sekitar kawasan Raub.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata hasil empat siri operasi dilaksanakan sejak 13 Ogos lalu hingga hari ini, warga Indonesia mencatatkan bilangan tahanan paling tinggi seramai 94 orang, diikuti Myanmar lapan orang dan masing-masing empat warga Bangladesh dan Pakistan.

"Kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah tinggal lebih masa dengan menggunakan pas lawatan sosial yang diberikan kepada pelancong masuk ke Malaysia.

"Warga Indonesia yang paling ramai ditangkap di sini kerana mereka mempunyai kemahiran tentang berkebun. Kami percaya masih ramai lagi pendatang asing tanpa izin berjaya melarikan diri susulan operasi ini diadakan dan operasi ini tidak akan terhenti di sini," tegasnya.

Khairul Dzaimee berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ops Durian yang telah dilaksanakan oleh lebih 25 anggota jabatan itu di Sungai Ruan di sini hari ini.

Menurutnya, antara cabaran yang dilalui ketika operasi itu ialah kawasan kebun begitu luas, dianggarkan lebih 8,800 hektar, selain pemilik kebun telah melatih anjing untuk menjaga kawasan mereka.

Kesemua mereka yang ditahan, katanya, akan dibawa ke depoh Kemayan, Teriang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya masih memburu beberapa individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan cap imigresen didalangi warga Indonesia sejak dua tahun lepas yang dikenali sebagai 'Sindiket Anton'.

"Kita masih memburu mereka ini, saki baki ahli kumpulan ini masih ada dan kita akan terus mengesan mereka," katanya.

Pada 15 September lalu, sindiket berkenaan tumpas susulan dua premis berkaitan kegiatan itu di Sungai Way, Petaling Jaya diserbu dan dalang utama sindiket itu dikenali sebagai 'Anton' berusia 38 tahun dan isterinya, 32, juga warga Indonesia ditahan pada 14 September.

Sindiket itu membuat cap palsu imigresen kepada mana-mana individu yang telah tinggal lebih masa sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pemilik pasport akan menghantar pasport berserta bayaran antara RM150 hingga RM250 bagi setiap cap. - BERNAMA
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,923
Reaction score
11,100
Points
1,906
Saya ada terbaca rintihan seorang wartawan veteran, iaitu Tuan Khaidir Ahmad yang didakwa ditekan apabila membuat pembongkaran bersiri tanah-tanah haram di serata negeri Pahang.

Beliau berkata, pejabat tanah sendiri telah membuat laporan polis terhadapnya yang telah membongkar pelbagai perkara. Kita semua tahu yang terdapat pelbagai kontroversi yang melibatkan pejabat tanah berdasarkan kes-kes yang telah berlaku sebelum ini.

Sepatutnya pihak pejabat tanah bersikap professional iaitu dengan bekerjasama dengan 'whistleblower' yang mendakwa punyai maklumat tentang sebarang penyelewengan, kerana ini praktis yang biasa diamalkan oleh organisasi-organisasi besar dan matang.

Apa yang berlaku terhadap Tuan Khaidir Ahmad ini bukannya perkara yang baharu, tetapi sudah membarah dalam amalan penguatkuasaan negara kita di mana si pengadu atau pemberi maklumat ditekan dan diugut. Lihat sahaja isu pusat judi yang didedahkan oleh Sdr Asri Janggut baru-baru ini. Budaya sebegini seharusnya diubah jika kita mahu tahap integriti negara sentiasa ditambahbaik.

Kebetulan Tuan Khaidir Ahmad ini adalah orang Temerloh, pernah satu sekolah dan sekelas dengan saya, Alhamdulillah cantiknya Allah atur dan pertemukan kita kembali. InsyaAllah saya akan cuba 'engage' dengan beliau dalam isu-isu tanah, terutamanya yang berlaku di Pahang.

Teruskan perjuangan, wahai sahabatku!

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
1 Oktober 2020
#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat
____

1601533014853.png


 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Dua lelaki teroka hutan simpan ditahan
hutan_1601775873.jpg
Anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong meninjau kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi (Tambahan) yang diteroka secara haram dalam operasi penguatkuasaan hutan. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
BENTONG: Dua lelaki dipercayai menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi (Tambahan) dengan menjalankan aktiviti pertanian ditahan anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong dalam operasi penguatkuasaan hutan, Selasa lalu.

Pegawai PHD Bentong, Haffiz Baharuddin, berkata, dua lelaki berusia 48 dan 72 ditahan ketika berada di Kompartmen 106, Hutan Simpan Bukit Tinggi (Tambahan).

Katanya, turut disita dua motosikal milik dua individu terbabit termasuk hasil tanaman pisang dan durian yang cuba dipindahkan.

Mereka dipercayai meneroka kawasan terbabit untuk bertujuan pertanian berikutan tanah di situ subur selain keadaan cuaca yang sejuk.

Menurutnya, hasil risikan yang dilakukan pasukan Renjer Bentong Barat sebelum ini menemui kawasan ceroboh di Kompartmen 106, Hutan Simpan Bukit Tinggi (Tambahan) dipercayai perbuatan penduduk setempat.

"Operasi disertai 19 anggota penguat kuasa dan kakitangan PHD Bentong dilakukan lebih dua jam bermula 10.30 pagi. Ketika serbuan dua lelaki terbabit sedang memungut hasil tanaman pisang dan durian.

"Kita menahan mereka untuk tindakan undang-undang kerana perbuatan menceroboh hutan simpan termasuk mengusahakan projek pertanian secara tidak sah," katanya, dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mendapati terdapat lebih tujuh hektar kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi (Tambahan) diteroka secara haram dipercayai dilakukan oleh lebih daripada dua individu yang mengusahakan tanaman pisang dan durian.

Haffiz berkata, Hutan Simpan Bukit Tinggi (Tambahan) terletak bersebelahan Kampung Bukit Tinggi serta Lebuharaya Kuala Lumpur-Karak berisiko tanah runtuh akibat aktiviti pencerobohan

Katanya, penahanan dua individu terbabit diharap memberi pengajaran kepada penduduk tempatan terutama di Kampung Bukit Tinggi tentang kesalahan dan hukuman disebabkan perbuatan menceroboh Hutan Simpanan Kekal untuk apa juga aktiviti.
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,147
Reaction score
1,436
Points
201
Kalau betul, kenapa perlu delete ?

Artikel yang saya kongsikan daripada sebuah kenyataan media Save Musang King Alliance telah ditarik balik oleh page SMKA sebentar tadi.

Perkongsian di awal pagi tadi telah kepada lebih 200k dan dikongsikan oleh ribuan pembaca dalam tempoh hanya 3-4 jam.

Artikel ini adalah hasil usaha terjemahan oleh seorang sahabat saya (Chinese Muslim) yang gigih membongkar niat dan usaha jahat puak chauvinis yang anti-nasional ini.

Adakah kami akan berputus asa untuk membongkarkan penyelewengan ini ?

Jawapannya, tidak sekali-kali.

Salam perjuangan,

Dr Z

 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Kesimpulan nya mcm mana?
Cina menang ke heheh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register