K'jaan Pahang takkan tunduk bantahan skim sahkan tanah haram dusun durian

CG Sponsors

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,741
Reaction score
1,561
Points
101
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
23,101
Reaction score
3,584
Points
236
SPRM Panggil 18 Pekebun Isu Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri

15.09.2020 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 18 pekebun untuk memberi keterangan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian haram di Raub, Pahang. SPRM dalam kenyataan berkata hanya 18 orang itu sahaja dipanggil bagi membantu siasatan dan bukan 50 atau 30 pekebun yang dipanggil seperti didakwa pihak tertentu.

”Untuk makluman, terdapat 12 lagi individu lain yang turut hadir namun semuanya tidak berkaitan dengan siasatan kes berkenaan. SPRM menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan yang tindakan SPRM adalah bebas tanpa desakan daripada mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan mengenai isu penerokaan tanah ini yang telah berlarutan sehingga kini,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan SPRM akan terus memanggil pihak berkaitan untuk membantu siasatan berhubung isu itu dari semasa ke semasa. Selain itu, SPRM juga berharap semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak menspekulasikan isu tersebut dan memberi ruang kepada suruhanjaya ini untuk menjalankan siasatan.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki menafikan memanggil 50 pekebun berhubung isu pencerobohan tanah berkenaan. Sebelum ini, Azam dilaporkan mengarahkan SPRM Pahang untuk mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berhubung pencerobohan tanah kerajaan negeri itu.

Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1880185
 
مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,034
Reaction score
1,425
Points
201
PEMBONGKARAN TANAH HARAM PAHANG (4)

Oleh KHAIDIR AHMAD
(Wartawan Tua)

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2020... semoga anda menyayangi tanah air anda dan menjaga kedaulatannya dengan tulus ikhlas.

(Maaf siri 4 agak lewat diterbitkan kerana kesibukan melayan pelanggan, urusan keluarga dan sedikit “gangguan”)

Selepas saya memberikan salinan photostat Kad Pengenalan yang diminta, Mr C mendesak saya membuat bayaran pemerosesan permohonan tanah dengan segera ke akaun bank yang diberikan.

Menurutnya, sebaik sahaja permohonan dikemukakan kepada Pejabat Tanah Bentong, ada orang dalam akan keluarkan segera surat penerimaan permohonan lengkap dengan nombor lot yang sudah siap diplot.

Dengan hanya surat itu, katanya, kerja-kerja pembangunan dusun Musang King di tanah yang dipohon sudah boleh dimulakan.

Memandangkan saya sudah ada pengalaman memohon tanah Kerajaan Negeri sebelum ini, surat akuan penerimaan permohonan tanah atau dulunya dikenali sebagai “Resit Hijau” bukanlah surat kelulusan permohonan tanah tetapi ia cuma surat prosedur biasa yang dikeluarkan kepada semua permohonan tanah.

Saya kemudian bertanya kepada Mr C:

“Tauke ini bukan surat lulus maa, ini surat biasa aje... semua orang boleh dapat ini surat kalau buat permohonan tanah... mana boleh develope itu tanah lagi... nanti kena tangkap maa?”

“Haiya... sana Raub ka, Bentong ka... Jerantut ka... mana-mana la ini Pahang semua kita orang buat macam ni dulu-dulu lagi... saya punya pak dulu pun bikin ini macam... kasi kawtim last-last dapat geran juga maa! You jangan takut, nanti minggu depan boss ikut saya bawa investor tengok kawasan yang dia orang sudah buat ribu-ribu ekar punya. Bawa you punya four wheel tolong bawa investor ke sana nanti.”

Itu jawab Mr C dengan penuh yakin walaupun saya masih ragu-ragu tetapi teruja untuk melihat sendiri dan medapatkan maklumat lebih lanjut mengenai modus operandi sindiket tanah haram Musang King.

Dalam hati saya berbisik, begini rupanya sindiket tanah haram memanipulasi surat Pejabat Tanah untuk “menghalalkan” kegiatan mereka.

Minggu berikutnya Mr C mengajak saya menyertai lawatan tapak bersama 20 pelabur ke projek tanah haram Musang King di Bentong.

Bagaimanapun, saya ada urusan lain yang lebih penting ketika itu dan hanya lawatan kali kedua saya menyertainya.

Dalam lawatan kedua ini, cuma ada lapan pelabur tanah haram dan saya ditugaskan membawa empat pelabur termasuk pasangan suami isteri berusia 60an.

Kekayaan mereka sudah dapat dinilai dari kenderaan mewah yang mereka gunakan untuk sampai ke lokasi pertemuan berhampiran markas satu parti politik kaum Cina, sebelum mereka menumpang kenderaan 4X4 buruk saya untuk ke lokasi tanah haram yang bakal mereka beli di Hutan Simpan pedalaman Bentong.

(Nota: Saya tidak akan mendedahkan lokasi tanah haram berkenaan kepada sesiapa kecuali kepada Menteri Besar Pahang jika beliau sanggup turun padang bersama saya meninjau sendiri kawasan berkenaan dan bertindak tegas membanteras perkara ini daripada terus berleluasa)

Selepas melalui jalan masuk bertar sejauh kira-kira dua kilometer (mengekori Hilux Mr C yang membawa 4 pelabur lagi), kami mula memasuki jalan tanah merah berbukit-bukau menyusuri anak sungai yang berjeram dan jernih airnya dan ada kalanya kami terpaksa meredah anak sungai yang cetek. Di kiri dan kanan jalan dipenuhi kebun getah dan kelapa sawit haram yang menurut Mr C sudah diteroka berpuluh tahun lalu dan tidak pernah “diganggu” kerana semuanya sudah “dikawtim.”

Selepas kira-kira satu jam perjalanan melalui jalan tanah merah, kami mula memasuki kawasan Hutan Simpan yang sudah ditebang balaknya beberapa tahun lalu (berdasarkan saiz pokok belukar muda yang tumbuh di kawasan berkenaan)

Ketika berhenti rehat seketika sebelum menyeberangi satu lagi anak sungai berbatu, baru saya perasan dicelahan belukar muda dan saki baki pokok balak itu, rupa-rupanya sudah ada tanaman durian Musang King berusia lebih 3 tahun! (gambar)

Aduhai... bijak sungguh mereka mengaburi pandangan umum dengqn taktik sedemikian.

Kami kemudian meneruskan perjalanan lebih jauh ke dalam Hutan Simpan sehingga mula nampak Banjaran Titiwqngsa sayup di depan kami.

Di satu lagi perhentian (Mr C sudah beberapa kali memberhentikan Hilux beliau untuk memberi penerangan kepada rombongan pelabur dalam bahasa Cina), saya mula bertanya Mr C.

“Berapa jauh lagi kita punya tapak projek... kenapa tidak ambil kawasan yang kita lalui tadi... lebih dekat dan ada sungai cantik-cantik?”

“Ooo... itu semua sudah ada lain group ambil... tadi kalau you nampak dalam semak semua sudah ada Musang King besar-besar maa... yang dekat sungai pertama kita cross tadi itu Datuk A punya 80 ekar, lagi seberang sungai lain group ambik 300 ekar baru tanam... lagi satu group ambik 200 ekar, lagi satu Datuk sudah pencen... punya ada 60 ekar... lagi satu baru clear kawasan tadi itu tauke...punya.... kita punya tempat 1,000 ekar sudah tidak jauh... lagi cantik.”

Aduhai... habislah tanah untuk anak cucu aku dikemudian hari mereka dah sapu!

INI SEMUA KAWTIM PUNYA PASAL!!’!

(...bersambung siri 5... InSyaAllah)

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,394
Reaction score
593
Points
171
musang king tu halal ke haram.. sbb sumber dr curi guna tanah...?
 
akukuli

Active Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,260
Reaction score
78
Points
35
Balak suda sapu... Tanah sudah dapat.. Hasil durian masyuk juga.. Cukai hasil tarak bayar.. Apa lagi cina mau??
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,052
Reaction score
923
Points
121

Hairan mn pejabat tanah mn jabatan hutan hilang kena tarik dengan bunian ka hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register