BTC USD 58,711.1 Gold USD 1,797.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

K'jaan nafi beri spektrum 700MHz kepada YTL

hvzv9i

Fun Poster
Joined
Feb 7, 2008
Messages
630
Reaction score
8
Points
15
Kerajaan terus menafikan dakwaan bahawa syarikat YTL Communications Sdn Bhd diberikan lesen bagi spektrum komunikasi 700MHz.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan spektrum berkenaan.

Isu berkenaan dibangkitkan ahli parlimen Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat semalam ketika membahaskan usul untuk memotong gaji Rais sebanyak RM10.

Usul berkenaan dikemukakan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Spektrum jalur lebar berkenaan dianggap sebagai gelombang teknologi baru dalam pasaran telekomunikasi dan multimedia dan meraih minat banyak syarikat dalam bidang berkenaan.

Ooi mempertikaikan mengapa kerajaan berdiam diri dalam pemberian spektrum berkenaan kepada YTL yang dimiliki taikun hartanah Tan Sri Francis Yeoh.

Ooi turut membangkitkan bahawwa pemberian kontrak itu jelas merupakan satu tindakan kronisme dan tidak telus.

Katanya lagi, spektrum berkenaan diberikan kepada YTL tanpa mengambil kira pemegang lesen lain daripada SKMM, termasuk Telekom Malaysia, Axiate, Maxis, Digi, Packet One.

Beliau menyamakan tindakan itu seperti memberi YTL peluang untuk memecut sejauh 50 meter di hadapan dalam perlumbaan, sedangkan syarikat lain ketinggalan di belakang.

Bagaimanapun, Rais tetap menafikan dakwaan tersebut dan menuduh Ooi membuat "kenyataan tidak berasas."

Rais menjelaskan, spektrum 700MHZ itu dikawal oleh SKMM dan merupakan satu "komoditi spektrum" yang penting untuk program masa depan negara.

(sumber Malaysiakini)

YTL=YES, iklan dh keluar hari2 kat TV..so tak kan tak betul lagi kot??
 
Sponsored Post

planar

Active Member
Joined
May 28, 2008
Messages
2,263
Reaction score
65
Points
30
saham terbesar KLIA express pn YTL gak kalo tak silap,sblm ni tbg haji

parah la..
 

kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
kasi ka tak kasi derang lesen tu?

skejap dengar kasi.....pas tu nafi plak.....
 

hvzv9i

Fun Poster
Joined
Feb 7, 2008
Messages
630
Reaction score
8
Points
15
logo.gif

img_header-2.gif


mungkin sbb issue ni, diorang terpaksa hold dulu projek ni..sbb PR dh dpt korek rahsia antara Gov dan YTL..

(tak cukup2 dgn issue penjana elektrik, yang mana TNB di paksa beli tenaga elektrik dari YTL. padahal penjanaan tu melebihi permintaan pengguna..akibat?? TNB tanggung kerugian..YTL terus kaya..haha)
 

gadgetmall

Super Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
32
Points
70
sorry..
YTL ni fungsinye utk ape??
elektrik jugak ke???
*student je :">
 

nalia70

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2008
Messages
882
Reaction score
2
Points
15
apa yg nak d nafikan lagi pak rais,berita udah keluar apa mau ELAK lagi?......adussss
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register