BTC USD 111,324 Gold USD 3,327.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KJ tuntut ganti rugi RM2 juta daripada pendakwah didakwa fitnah isu vaksin

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,235
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,235
Reaction score
6,946
Points
881
Awards
1
KJ tuntut ganti rugi RM2 juta daripada pendakwah didakwa fitnah

Rasyiq Alwi didakwa ‘berbohong’ tentang status vaksinasi bekas menteri kesihatan itu.

Ho Kit Yen05 Feb 2025, 02:27 PM
khairy jamaluddin
Khairy Jamaluddin memfailkan saman terhadap pendakwah Rasyiq Alwi pada 2022 berhubung kenyataan dikatakan fitnah yang dikeluarkan di media sosial.
KUALA LUMPUR:
Khairy Jamaluddin menuntut ganti rugi RM2 juta daripada seorang pendakwah berhubung kenyataan didakwa berunsur fitnah mengenai status vaksinasinya.

Peguam Abdul Rashid Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Rasyiq Alwi menyiarkan kenyataan yang disangkal itu di media sosial untuk mempersendakan Khairy, yang bertanggungjawab menyelaras program vaksinasi Covid-19 negara.

Tambahnya, pendakwah yang turut dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq itu merujuk Khairy secara langsung dalam kenyataannya, termasuk memetik akaun media sosialnya.

Play

Abdul Rashid berkata, pendakwah itu tidak menyesal, malah ‘memohon maaf’ secara sinis kepada Khairy selepas dokumen mahkamah disampaikan kepadanya.

Khairy memfailkan saman terhadap Rasyiq pada 2022 atas dakwaan dia ‘berbohong’ tentang status vaksinasi bekas menteri kesihatan itu.

Dakwanya, kenyataan Rasyiq itu menjejaskan usaha kerajaan membendung Covid-19.

Perbicaraan diteruskan semalam tanpa kehadiran Rasyiq, walaupun peguam Khairy telah memaklumkannya tentang tarikh itu.

Abdul Rashid hari ini berkata Rasyiq, walaupun tidak diwakili peguam, maklum bahawa perbicaraan telah ditetapkan minggu ini.

“Kami (peguam Khairy) telah mengambil inisiatif memaklumkan kepadanya mengenai pengurusan kes praperbicaraan (selepas peguam Rasyiq digugurkan pada 2023), dan dia menghadiri dua (sidang) sebelum ini.

“Dia berulang kali meminta penangguhan atas alasan perlu melantik peguam baharu atau dia tiada di Malaysia.

“Ketidakhadirannya yang berterusan menunjukkan (dia) sengaja tidak mengendahkan arahan mahkamah,” tambahnya.

Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan 15 April untuk keputusan dikeluarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, penting untuk memberi jaminan kepada orang ramai bahawa vaksin itu berfungsi dan selamat, mujarab dan berkesan.
KJ tau ke caner MrNa keje?
Caner leh selamat jika sel badan yg menghasilkan spike protein akan dibunuh oleh sistem imun badan?
Kata Dr Bhakdi, bahaya dari first principles in immunology...haha
Katanya penting juga untuk pihakya menentang sebarang penyebaran berita palsu, tuduhan tidak tepat dan dakwaan tidak saintifik kepada masyarakat.
Sape agaknya yg sebenar sebar berita palsu bilamana paizer sendiri ngaku, MrNa x mencegah jangkitan dan penularan.
kalu betul laporan ni ler
 

Keputusan saman Khairy mengenai vaksin ditangguh Jumaat ini​

15 April 2025, 6:01pm

facebook sharing button
Share
twitter sharing button
Tweet
whatsapp sharing button
Share
email sharing button
Email
WhatsApp-Image-2025-04-15-at-17.59.00.jpeg
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan keputusan kes saman fitnah dikemukakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menuntut ganti rugi RM2 juta terhadap pendakwah, Mohd Rasyiq Mohd Alwi.
Peguam Khairy, Abdul Rashid Ismail mengesahkan kepada media, kes saman berkenaan yang sepatutnya diputuskan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan hari ini ditangguhkan kepada Jumaat ini.
Abdul Rashid berkata, mahkamah malam tadi membenarkan permohonannya untuk menangguhkan keputusan yang ditetapkan pagi ini.
Ia berikutan bapa mentua Khairy, iaitu Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, meninggal dunia pada jam 7.10 malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN).
“Ya, saya sahkan (penangguhan itu). Ini kerana pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Keputusan (kes saman) ditetapkan pada Jumaat ini,” katanya.

Allahyarham Tun Abdullah yang menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 berkhidmat sehingga 2 April 2009.
Khairy mengambil tindakan undang-undang pada 2022 dengan mendakwa Mohd Rasyiq menyebarkan dakwaan palsu kononnya beliau mengelirukan orang ramai mengenai status vaksinasi dirinya.
Pada perbicaraan kes saman itu sebelum ini, Abdul Rashid memberitahu Mahkamah Tinggi, Mohd Rasyiq menyiarkan kenyataan yang disangkal itu di media sosial untuk mempersendakan Khairy, yang bertanggungjawab menyelaras program vaksinasi Covid-19 negara.
Menurut peguam itu, pendakwah yang turut dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq itu merujuk Khairy secara langsung dalam kenyataannya, termasuk memetik akaun media sosialnya.
Abdul Rashid berkata, pendakwah itu tidak menyesal, malah ‘memohon maaf’ secara sinis kepada Khairy selepas dokumen mahkamah disampaikan kepadanya.
Khairy dalam tuntutan saman itu mendakwa, kenyataan Mohd Rasyiq menjejaskan usaha kerajaan membendung COVID-19.
 

menang
 
KJ tau ke caner MrNa keje?
Caner leh selamat jika sel badan yg menghasilkan spike protein akan dibunuh oleh sistem imun badan?
Kata Dr Bhakdi, bahaya dari first principles in immunology...haha

Sape agaknya yg sebenar sebar berita palsu bilamana paizer sendiri ngaku, MrNa x mencegah jangkitan dan penularan.
kalu betul laporan ni ler

AlahI lobai sorang ni
Tak habis lagi je?
Lobai tersakiti ke ni?
Balik kelantan lah lobai
2 billion dah ambil vaksin, tiada pula 2 billion mati
 

saman balas?
IMG_20250424_080132.jpg
Tgk Komen kt FB gi oversea ms Hakim BG keputusan

Sampai Hakim dh arah byr 2.5 juta.
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register