BTC USD 62,937.9 Gold USD 1,744.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 KJ seru orang ramai beri maklumat jika ada cubaan potong barisan vaksinasi

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
1614529175089.png


KJ seru orang ramai beri maklumat jika ada cubaan potong barisan vaksinasi
Diterbitkan 28 Feb 2021, 8:44 pm

Dikemaskini 28 Feb 2021, 8:55 pm



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin meminta pemberi maklumat untuk tampil sekiranya mempunyai aduan mengenai dakwaan cubaan memotong barisan dalam mendapatkan vaksin Covid-19.
Dia berkata demikian sebagai menjawab ciapan Twitter doktor perunding dan ahli nefrologi Dr Rafidah Abdullah yang menyorot berhubung aduan bahawa pegawai dari pejabat setiausaha negeri (SUK) Kelantan berusaha untuk memotong barisan.

Malaysiakini sebelum ini juga menyorot mengenai aduan kakitangan di Hospital Serdang, yang tidak ingin namanya didedahkan kerana bimbang tindakan tatatertib, mengenai cadangan untuk mengutamakan pentadbir dan 'influencer' hospital.
Kementerian Kesihatan menafikan aduan itu dan menyifatkan ia sebagai "berita palsu".

Sejak itu, Malaysiakini telah menerima dua aduan serupa, satu berkaitan dengan SUK Kelantan seperti yang dikemukakan oleh Rafidah dan satu lagi di Pulau Pinang yang melibatkan pegawai kanan daerah.
"Saya pandang sangat serius isu queue jumper (potong barisan) ini. Saya telah maklum perkara ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah agar tiada pemotongan queue.

"Whistleblower (pemberi maklumat) boleh hantar emel secara anonymous (tanpa nama) terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat," kata Khairy di Twitter.

Khairy menambah bahawa pasukannya telah memantau aduan di media sosial mengenai dakwaan usaha memotong barisan untuk menerima vaksin.
"Kami memandang serius setiap pendedahan. Ekuiti vaksin adalah penting," katanya.

Sebelum ini, Rafidah berkongsi di Twitter paparan mesej yang mendakwa bahawa SUK Kelantan meminta 200 dos vaksin disediakan untuk 200 pegawai.

Mesej itu mendakwa SUK berkenaan menolak untuk mendedahkan senarai individu yang akan diberi vaksin sehingga hari vaksinasi tiba.

Mesej itu menambah bahawa tindakan itu akan menyebabkan petugas barisan depan perubatan yang tersenarai awal sebagai penerima vaksin terpaksa memberi laluan.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
7ad5280edd956840cdb7eb6c3dbfe61f.jpg=s660


Exco Kelantan nafi dakwaan 200 SUK negeri cuba potong barisan vaksinasi
Bernama
Diterbitkan 28 Feb 2021, 10:35 pm



Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin Covid-19 adalah fitnah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata laporan yang tular di media sosial itu sehingga mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada netizen adalah tidak benar dan berniat jahat.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah masuk campur dalam sebarang proses menentukan senarai penerima vaksin Covid-19 di negeri itu sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

"Isu ini sudah tular di Facebook, Twitter dan WhatsApp sehingga ke peringkat menteri. Jadi saya ingin menjelaskan bahawa berita itu adalah satu fitnah dan tidak benar.

"Malah sebagai orang yang menguruskan hal ini (suntikan vaksin), saya tidak membincangkan apa-apa senarai nama dan tidak pernah memberi tekanan kepada JKNK supaya suntikan vaksin didahulukan kepada barisan pemimpin berbanding golongan petugas barisan hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, pakar perunding nefrologi Dr Rafidah Abdullah menerusi ciapan di Twitter @rafidah72 memaparkan tangkap layar mesej yang diterima beliau daripada individu yang tidak ingin dikenali berhubung perkara itu.

Mesej itu mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi ‘laluan' kepada 200 ahli SUK Kelantan.
- Bernama


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Hana Hadzrami

5j ·

Kawan-kawan sekalian,

Saya tahu ada diantara anda yang masih menunggu tarikh untuk mendapat vaksin Covid. Ada juga yang ditangguhkan temujanji vaksin ke tarikh yang tak diketahui bila.

Saya faham ada yang sedih dan marah. Lebih-lebih lagi bila tahu ada ahli politik, DO, PTD, staf admin di ofis dapat vaksin lebih awal dari kita. Nak buat macam mana, dah memang nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin fasa 1.

Walaupun mereka sebenarnya adalah penerima kategori 2 dalam fasa 1 dan sepatutnya dapat vaksin kemudian dari kita, staf klinikal kategori 1. Namun kita tak boleh komplen apa-apa. Nanti diberi amaran dan tindakan tatatertib pula dari PTD yang sama. Terima saja lah.

Memang begini lah nasib orang yang paling sibuk jaga pesakit. Sarung PPE buat saringan, jaga pesakit di wad/ICU tak kira siang malam. Rehat dan makan pun tak tentu masa. Adakala makan makanan lebihan saja (orang lain dah rebut dulu).

Bila oncall, kami pakar pun tidur berhimpit, apalagi MO, HO dan paramedik. Kerapkali tak cukup katil, jadi kami tidur atas lantai atau atas sofa. Dapat lelap sekejap 2-3 jam pun cukuplah. Jadi bila sibuk jaga pesakit, mana lah sempat nak jaga kebajikan sendiri. Tarikh vaksin pun harap orang lain tolong aturkan.

Tak mengapa. Tuhan itu Maha Adil. Rezeki kita tak semestinya diberi dalam bentuk materi, masa atau vaksin. Tapi dapat buat pahala jaga pesakit itu rezeki, dapat ahli keluarga yang memahami dan dilindungi dari penyakit pun rezeki.

Rezeki yang telah ditentukan untuk kita oleh Tuhan, tiada siapa dapat merampasnya. Jika tak tertulis rezeki kita, kita usaha sampai keluar air mata pun, takkan sampai ke tangan kita.

Saya doakan kita semua tetap teguh dan dilindungi Tuhan. Tak kira dapat vaksin cepat atau lambat.
.
.
Hana Hadzrami
Salam sayang untuk semua pejuang kesihatan
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,301
Reaction score
1,320
Points
201
Ada pihak xmau ada pihak nk potong q nooo mcm2 jadi hahaha
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,038
Reaction score
79
Points
40
Aik.. geng konspirasi teori pun nak percepatkan vaksinasi ke??? Pelik
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Afiq Rahim
telah menambah foto baru

3j ·

Buka Mysejahtera, periksa bahagian COVID19 vaccination, namun masih belum ada rezeki untuk saya menerima suntikan vaksin.

Saya tak merajuk/marah.

Kerna saya sedar posisi saya di mana. Ada lebih ramai lagi frontliners di luar sana yang perlu diutamakan.

Kita tenang-tenang saja.

Sekali, tersebar SUK negeri memohon untuk mendapatkan suntikan vaksin fasa 1 yang dikhususkan untuk frontliners.

(Kemaskini 1: Kerajaan negeri telah menafikan berita itu dan menyangkal dakwaan tersebut melalui Exco Kesihatannya.
Kemaskini 2: Hanya sebilangan sahaja yang layak menerusi kategori kedua fasa 1. Bukan semua pegawai di SUK negeri)

Sedih pabila sahabat lain mengadu yang mereka masih berada di medan perang dan sepatutnya didahului tetapi tidak tersenarai dalam fasa pertama.

Pendapat saya, memadai sebilangan pemimpin utama kerajaan, negeri dan masyarakat sahaja untuk menerima vaksin COVID fasa awal.

Selebihnya tunggu giliran masing-masing samada di penghujung fasa satu atau di fasa kedua dan seterusnya.

Kadangkala terfikir, mungkin kerana golongan kayangan ini sering memotong barisan di atas jalanraya dengan bantuan sang pengawas maka mereka berfikir, apalah salahnya untuk memotong giliran divaksin juga.

Macam-macam ragam
💆


Bersabarlah...

#janganpotongbarisan
#janganjadipembaris
#patuhiSOP

154343298_10158523325296896_6855343392155462982_o.jpg
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,797
Reaction score
206
Points
43
yela2.... potong la que...potong la
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,992
Reaction score
622
Points
121
Macam tak biasa potong que, tapi kenalah hulur apa yang patut.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
#kotabharu Dakwaantular itu tidak benar kerana masalah berkenaan tidak berlaku.

Potong barisan: Dakwaan palsu, tidak berlaku


Laporan Portal Harian Metro

Laporan Portal Harian Metro



Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan kononnya berlaku potong barisan dengan mengetepikan pasukan barisan hadapan dalam isu suntikan vaksin.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dakwaan yang tular itu tidak benar kerana masalah berkenaan tidak berlaku.

Katanya, pihaknya tidak mengutamakan pihak atasan daripada kerajaan negeri untuk suntikan vaksin, sebaliknya senarai nama yang akan diberi vaksin sudah dikenal pasti.
"Kita sudah mengenal pasti pasukan barisan hadapan dalam kalangan pegawai perubatan dan mereka akan diberi keutamaan untuk suntikan vaksin.

"Bagaimanapun, bukan semua pasukan perubatan menerima suntikan pada hari pertama iaitu Selasa ini, sebaliknya ia secara berperingkat sehingga April," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, terdapat dakwaan mengatakan senarai nama pasukan barisan hadapan membabitkan kakitangan perubatan yang bakal menerima vaksin terpaksa dipotong dengan memberi keutamaan kepada pihak atasan kerajaan negeri.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 140 individu membabitkan pelbagai agensi termasuk mufti akan menerima suntikan vaksin pada Selasa ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob akan mengetuai suntikan vaksin berkenaan diikuti Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Zaini Hussin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.
Kelantan akan menerima sebanyak 43,290 dos vaksin secara berperingkat sepanjang Mac ini termasuk 18,720 dos vaksin sudah diterima Khamis lalu.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021 @ 11:03 PM

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register