BTC USD 34,449.3 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 KJ: Segera adakan pemilihan Umno tahun ini

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,381
Reaction score
13,566
Points
1,906

Ab Jalil Backer

51m ·

MKT UMNO telah putus akan adakan pemilihan UMNO sebaik tamat penggal ini pada 30 Jun 2021, dengan syarat mendapat kelulusan MKN dan RoS.
Beberapa jam kemudian orang kuat kepada seorang Ketua UMNO Bahagian maki hamun saya kononnya tidak setia dengan parti dan jadi alat Bersatu kerana desak adakan pemilihan ikut jadual.
Penggal sudah habis kenalah bertanding. Takkan hendak bertongkat langit. Takut dedak KB habis ker?
1f602.png
1f602.png
1f602.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,381
Reaction score
13,566
Points
1,906
Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memuji keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang semalam telah mengambil langkah bijaksana tanpa mencetuskan sebarang pertikaian.

Annuar Musa yakin Ismail Sabri akan bantu lancarkan proses pemilihan parti ikut SOP​

26/04/2021

1619417986932.png

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa yakin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Naib Presiden UMNO boleh membantu melancarkan proses pemilihan parti itu.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memuji keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang semalam telah mengambil langkah bijaksana tanpa mencetuskan sebarang pertikaian.

“Saya merasakan MKT UMNO telah mengambil langkah bijaksana dan cermat tanpa mewujudkan polemik baru.Ini masa terbaik untuk berfikir dan mencari jalan memperbetulkan kekusutan.

“Tentang pemilihan parti,adalah elok untuk dapatkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) seperti diputuskan. Ini meletakkan UMNO dalam kesiapsiagaan dan ‘full compliance’.

“ROS pula tidak perlu menunggu surat rasmi,ckerana kenyataan akhbar rasmi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah jelas.

“ROS perlu beri arahannya secara bertulis minggu ini,” gesa Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Manakala katanya mengenai SOP mesyuarat dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh membantu.

“Saya percaya segalanya bergerak kearah lebih baik.Semoga UMNO terus diperkasa.

“Syabas kepada semua ahli MKT UMNO.
“Imej dan persepsi rakyat terhadap parti perlu segera diperbaiki.Solidariti perlu di bina kembali,” katanya. -SuaraTV

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,862
Points
141
Geng2 dap yg sebuk nak bantu org i

Ab Jalil Backer

51m ·

MKT UMNO telah putus akan adakan pemilihan UMNO sebaik tamat penggal ini pada 30 Jun 2021, dengan syarat mendapat kelulusan MKN dan RoS.
Beberapa jam kemudian orang kuat kepada seorang Ketua UMNO Bahagian maki hamun saya kononnya tidak setia dengan parti dan jadi alat Bersatu kerana desak adakan pemilihan ikut jadual.
Penggal sudah habis kenalah bertanding. Takkan hendak bertongkat langit. Takut dedak KB habis ker?
1f602.png
1f602.png
1f602.png
Darurat nak dibatalkan,
Siap himpun depan istana.
Nak desak yg dipertuan agung.

Bab pemilihan pemimpin parti baru terus jadi ayam.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,381
Reaction score
13,566
Points
1,906
Kata Zahid dalam situasi kes Covid-19 mencanak “apa yang penting, mereka desak pemilihan UMNO dijalankan segera.

Desak Buat Pemilihan UMNO Tak Bimbang Covid-19? – Zahid​

28/04/2021

1619594634171.png

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menekan dan mendesak UMNO melakukan pemilihan parti dalam tempoh terdekat ini.

Kata Zahid dalam situasi kes Covid-19 mencanak “apa yang penting, mereka desak pemilihan UMNO dijalankan segera.

“Jika melibatkan UMNO tidak mengapalah. Bagi mereka pemilihan oleh 3.3 juta ahli UMNO tidak boleh menyebabkan penularan Covid-19.

“Jika tiada PKP dan Parlimen dibenarkan bersidang, dikhuatiri semua Ahli Parlimen boleh dijangkiti virus terutama warga emas,” bidas Zahid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengulas, Kumpulan Pakar Penasihat Sains dan Kesihatan Covid-19 (EAG) syorkan terdapat keperluan segera supaya kerajaan melaksanakan PKP bersasar bagi membendung gelombang keempat pandemik itu dan syor berkenaan sudahpun dibentangkan kepada Perdana Menteri Rabu lalu.

“Kata EAG, usaha mengekang lonjakan peningkatan kes positif menjangkaui 1,000 peratus ketika ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Cadangan itu dibangkitkan susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Kedua, Parlimen akan diadakan pada masa sesuai bergantung nasihat pakar kata Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Kata Menteri dari PAS, kerajaan beri jaminan sidang parlimen akan disegerakan sebelum atau selepas darurat ditamatkan namun bergantung nasihat pakar terutama KKM dan MKN,” kata beliau.

Persoalan di sini, Zahid bertanya siapa yang mengawal pakar-pakar ini? Sudah tentu pakar itu datangnya daripada mereka bukan daripada rakyat bawahan?

“Apabila dilaksanakan semula PKP kemarahan rakyat makin memuncak. Manakan tidak, pergerakan kembali terbatas, sukar untuk bekerja dan mencari pendapatan. Sudahlah ekonomi tenat, pengangguran bertambah. Adakah kerajaan memahami keperitan rakyat? Apabila PKP dibuat adakah bantuan akan terus disalurkan?

“Dan selepas Aidilfitri, sekolah akan kembali ditutup. Dan kita sudah juga menyaksikan rakyat dikompaun sehingga RM50,000. Semua yang melibatkan rakyat diambil tindakan tetapi golongan kayangan tidak mengapa.

“Rakyat tiada kerja, harga barang makin tinggi, kes Covid-19 terus mencanak naik. Ini masalah rakyat atau ancaman parti politik kerajaan?
“Saya percaya apa yang dicaturkan ini akan membuatkan rakyat bengang. Vaksin sudah tiba tetapi kenapa diperlahankan suntikannya? Adakah wujud cubaan untuk mengawal sesuatu? Mereka boleh menafikan tetapi rakyat sudah boleh menilai dan membuat pertimbangan. Ini tahun 2021 bukannya 1970-an.

“Saya percaya apa yang akan berlaku sudah boleh diramal. Setiap hari dicanang-canang peningkatan kes Covid-19 tetapi kelewatan itu bermula daripada mereka. Dan mereka buat keputusan kononnya untuk rakyat tetapi membebankan rakyat juga,” ujar beliau.

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,681
Reaction score
299
Points
91

Tok Mat paling layak berbanding calon lain, kata Zaid​

mohamad-hasan-zaid-ibrahim-2.jpg

PETALING JAYA: Bekas menteri Zaid Ibrahim menyokong Timbalan Presiden Mohamad Hasan untuk menerajui Umno selepas pemilihan parti itu yang berikutnya, dengan berkata beliau paling layak berbanding calon lain.

Zaid berkata, bagaimanapun Mohamad perlu disokong oleh bekas perdana menteri Najib Razak yang masih menjadi “orang paling popular di negara ini”.

Beliau yang pernah menjadi pemimpin Umno Kelantan, berkata Umno adalah sebuah parti yang menghargai kesetiaan terhadap perjuangan parti melebihi segalanya.

“Dan Tok Mat serta Najib adalah paling layak berbanding calon lain. Disebabkan populariti mereka,” katanya kepada FMT, merujuk kepada Mohamad dengan nama panggilannya yang lebih dikenali itu.

Beliau berkata, pencabar lain dalam Umno tidak akan berpeluang mengambil alih tampuk pemerintahan parti dari presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi.

“Mereka telah melakukan kesalahan besar bekerjasama dengan Bersatu tanpa sebarang keraguan,” kata Zaid, merujuk kepada PPBM, parti serpihan Umno yang dibentuk oleh Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin selepas mereka meninggalkan Umno.

Tambah beliau, selain Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, pencabar yang lain dilihat sebagai “oportunis”.

Zaid juga berkata, Mohamad mempunyai kelebihan kerana beliau dilihat bersikap kesederhanaan.

Katanya, ia adalah jenis pemimpin Umno yang diperlukan oleh rakyat sekarang selain beliau adalah seseorang yang tidak “terlalu kaya”.

“Umno tidak boleh terperangkap oleh hartawan yang kaya. Mereka memerlukan Tok Mat seorang yang sederhana. Dia juga akan bersikap sederhana dalam ucapannya,” kata beliau.

Sokongan Zaid terhadap Mohamad susulan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Johari Abdul Ghani yang mengenal pasti Mohamad sebagai pemimpin parti dan calon perdana menteri yang seterusnya.

Johari memberitahu akhbar The Star baru-baru ini bahawa Mohamad boleh mendapat kedudukan tinggi dalam kalangan masyarakat.

Beliau juga berkata, sebarang perubahan dalam kepimpinan parti hanya boleh berlaku sekiranya Umno menemui jalan penyelesaian antara Najib dan Zahid.

Dalam pada itu, Zaid berkata beliau yakin Najib dan Zahid akan dapat menyelesaikan masalah antara mereka, “kerana bagi mereka berdua, kebangkitan dan kemenangan terakhir Umno menjadi keutamaan”.

Tambah Zaid, Johari yang disifatkannya sebagai suara yang masuk akal dalam Umno, tepat pada analisisnya, dan ini seterusnya akan mendorong Mohamad kerana Umno menghargai teknokrat.

“Mereka (akar umbi) akan dengar ahli politik yang objektif dan berpengetahuan seperti Johari,” kata beliau.

Katanya, Umno mesti bersetuju dengan rancangan baru untuk menghidupkan semula parti; meskipun dalam keadaan darurat mungkin bermaksud pemilihan parti itu akan ditangguhkan, hari perhitungan akan tiba dan ahli Umno perlu bersedia.

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,582
Reaction score
986
Points
121

zaid ni makhluk xleh pakai

diani ajen dap
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,381
Reaction score
13,566
Points
1,906
Keadaan semasa negara yang masih berdepan dengan ancaman Covid-19 dikatakan menjadi punca permohonan tersebut ditolak.

1622861426477.png

Sumber: MKN tolak permohonan Umno nak adakan pemilihan​

Diterbitkan 5 Jun 2021, 8:39 am

Dikemaskini 8:40 am

Permohonan Umno untuk mengadakan pemilihan parti itu bulan ini ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN) ekoran peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Menurut sumber MKN, situasai ketika ini tidak memungkinkan parti dominan orang Melayu itu untuk mengadakan pemilihan seperti yang dijadualkan lebih awal.

"Sudah pasti MKN akan menolak permohonan Umno untuk mengadakan pemilihan parti kerana situasi Covid-19 ketika ini yang kini masih menular.

"Umno merupakan sebuah parti yang mempunyai banyak bahagian dan cawangan, jika diadakan pemilihan akan berlaku banyak perhimpunan.

"Kami khuatir jika ia diadakan, akan wujud kluster baru pula," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 19 Mei lalu, Malaysiakini melaporkan Umno memang berhajat meneruskan pemilihan parti namun akan tetap akur terhadap sebarang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Umno juga terbuka jika pihak berkuasa menetapkan pemilihan parti tidak dapat dilangsungkan dalam masa terdekat.

Ia susulan khabar angin yang mendakwa bahawa MKN tidak membenarkan Umno mengadakan pemilihan ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata badan tertinggi pati itu membuat ketetapan untuk merujuk kepada MKN terlebih dulu sebelum mengadakan pemilihan.

"Keputusan MT Umno sebelum ini kita akan merujuk MKN terlebih dulu bagi mengadakan pemilihan.

"Kalau MKN kata tak boleh (adakan pemilihan) kita akur," kata Tajuddin.

Sebelum ini Malaysiakini dimaklumkan Umno menghantar surat permohonan bagi mengadakan pemilihan parti.

Malaysiakini juga dimaklumkan yang Umno telah dimaklumkan mengenai keputusan MKN menolak permohonan parti itu untuk mengadakan pemilihan.

"Fokus kerajaan kini berfokus kepada usaha membebaskan negara daripada ancaman wabak Covid-19," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber berkenaan tidak memaklumkan sama ada surat pemaklumkan mengenai perkara itu telah dihantar kepada Umno ataupun tidak.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan pengesahan pemimpin Umno mengenai keputusan berkenaan.

Megat Al Fateh

Active Member
Joined
May 6, 2019
Messages
1,339
Reaction score
709
Points
81
kj dah boleh ganti zahid jadi timbalan

zahid punya nama dah habis busuk walaupun kes tengah bicara lagi

takpelah .. kita bagi laluan pada yg muda .. ramai lagi dekat bawah tu
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,381
Reaction score
13,566
Points
1,906
1624595610639.png

MT Umno setuju tangguh pemilihan parti, kata sumber​

Diterbitkan 25 Jun 2021, 10:34 am

Dikemaskini 11:36 am

Umno hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan Umno.
Menurut sumber yang juga ahli MT Umno, kata sepakat itu dicapai melalui satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.
Ia selepas MT Umno tidak dapat bermesyuarat ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini yang akan berakhir 28 Jun.

"MT buat keputusan dalam bentuk 'circular resolution'. Ini pernah dibuat sebelumnya.
"Kita buat sebegini kerana MT Umno tidak dapat dipanggil untuk bermesyuarat," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak mengendahkan gesaan agar pemilihan Umno diadakan.
Nazri berkata, tempoh Zahid sebagai presiden sepatutnya berakhir bulan ini dan selepas itu pemilihan baru mesti diadakan.
"Zahid ni, dia suruh buat parlimen secepat mungkin.

"Kalau (sesuatu yang) mendorong kepada PRU minta secepat mungkin, tapi pemilihan parti buat-buat tak dengar," kata Nazri kepada Malaysiakini.

Gesaan serupa dibuat oleh Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mac lalu agar Umno segera mengadakan pemilihan bagi menyelesaikan isu dalaman parti itu.
Katanya, pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.

9014b04e7ff18f0405196c7d943a98eb.jpg

Turut menyuarakan pandangan sama ialah Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menyaran supaya pemilihan parti itu tidak ditangguhkan dan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Umno.

Bagaimanapun Shahidan mengakui MT Umno boleh membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan.
Berdasarkan resolusi itu, Zahid Hamidi akan kekal menerajui parti sehingga tahun 2023.

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu.

Katanya, melalui resolusi secara dalam talian itu, majoriti MT Umno bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti.

Jelasnya, Umno telah mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menyarankan pemilihan ditangguhkan.
"Semua setuju tangguh pemilihan, jadi, selepas penangguhan selama 18 bulan, pemilihan Umno dijangka akan diadakan awal 2023," katanya ketika dihubungi.

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,408
Reaction score
609
Points
81
kj dah boleh ganti zahid jadi timbalan

zahid punya nama dah habis busuk walaupun kes tengah bicara lagi

takpelah .. kita bagi laluan pada yg muda .. ramai lagi dekat bawah tu

KJ kena berdikari...takkan Presiden & Timb bahagian sama...
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register