BTC USD 28,133.4 Gold USD 1,966.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KJ dipecat UMNO, Hishammudin dan Noh Omar digantung

eizzbizz

Legendary Member
gem
Messages
11,653
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,653
Reaction score
1,942
Points
206
klu kj buat party maybe menang tapi ahli2 dia yg lain maybe kalah terus..

cara lain kj kene join bebas atau tanding kawasan PN utk prn.. leh jadi exco klu menang dun
tanding PRN N9 under PN .... monang bole jd MB N9 ..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Hishammuddin boleh buat rayuan, bertanding pemilihan – Nur Jazlan​

Screenshot_20230130-190716_Google.jpg




Nur Jazlan Mohamed

  • 30 Januari 2023, 7:41 pm

JOHOR BAHRU: Pemimpin dan ahli UMNO yang dikenakan tindakan penggantungan termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin parti sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya mereka berasa keputusan itu tidak adil

“Dia (Hishammuddin) boleh buat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO supaya hujah kedua-dua pihak dipertimbangkan sekiranya berasa tidak mendapat pembelaan. Lebih baik juga sekiranya hasil dan dapatan proses rayuan itu didedahkan kepada umum agar semua pihak tahu apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sekiranya rayuan berjaya, mereka yang dikenakan penggantungan itu juga boleh mencalonkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti yang akan diadakan beberapa bulan akan datang, katanya.

Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut memberitahu, bagi pemimpin yang telah dipecat, mereka boleh melakukan apa yang dirasakan terbaik.

“Mereka yang sudah dipecat ini juga sudah umumkan tidak akan buat rayuan. Jadi, terpulanglah kepada mereka,” katanya.

Jumaat lalu, UMNO memecat bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, manakala Hishammuddin, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian parti selama enam tahun.

Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad pula digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan digantikan dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO. – UTUSAN
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

KJ pertimbang gandingan 'Khairy-Rafizi-Nurul Izzah'​

Januari 31, 2023 @ 9:12am




KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan untuk beliau menyertai parti berkenaan selepas dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pemuda UMNO itu enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya mahu mengambil masa selama beberapa minggu atau hingga dua tiga bulan sebelum menentukan sama ada memasuki parti sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat daripada politik untuk seketika.





Antara pertimbangan bekas Ahli Parlimen Rembau itu ialah meneliti aspirasi dan hala tuju beberapa parti yang menjadi musuh politiknya selama ini, selain meneliti kemungkinan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

"Buat masa ini, pelbagai pihak telah menghubungi saya, daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengambil sikap berjumpa dan mendengar semua pihak.



"Saya pun 23 tahun dalam UMNO. UMNO lah yang saya kenal, saya tidak kenal parti lain. Jadi, saya pun nak memahami dengan lebih mendalam apa aspirasi parti masing-masing.

"Setelah saya mendengar semua pandangan, barulah membuat keputusan sama ada saya masuk parti sedia ada atau membuat parti baharu atau saya berehat untuk seketika. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

"Mengenai PRN, saya rasa ia pun akan mengambil masa antara dua hingga empat bulan lagi. Kalau itu garis masanya, tidak perlu saya membuat keputusan hari ini atau minggu depan," katanya dalam satu temu bual di pejabat beliau, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat kemunculan sebagai calon Bebas atau mewakili mana-mana parti dalam PRN yang bakal diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Ditanya sama ada turut mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR pula, Khairy mengaku ada memikirkan perkara itu, namun ia bukan satu-satunya pilihan beliau ketika ini.

Beliau berkata, faktor persahabatan itu antara yang turut dipertimbangkan dalam memilih langkah seterusnya, namun Khairy memaklumkan turut memiliki sahabat baik dalam beberapa parti lain.

"Ya, saya tidak menolak pilihan ini. Namun, itu bukan satu-satunya pilihan yang ada, ada pilihan lain juga. Yang penting, apabila kita berjuang dalam politik, ia lebih daripada talian persahabatan.

"Talian persahabatan itu mungkin akan menjadi perkiraan saya tetapi perkiraan lebih besar ialah soal hala tuju parti berkenaan, dan sama ada saya percaya hala tuju itu sama dengan hala tuju saya sebagai orang politik," katanya yang juga tidak menolak kemungkinan untuk berehat seketika daripada politik kerana turut mendapat pelbagai tawaran daripada dunia sukan, korporat dan akademik.

Ditanya sama ada beliau pasti akan membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak, Khairy berkata: "Too soon to say (masih terlalu awal untuk diperkatakan)."

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid, memutuskan untuk memecat Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, atas dakwaan 'pelanggaran disiplin parti'.

Selain itu, UMNO turut menggantung keahlian bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang; dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff, masing-masing selama enam tahun.

Antara alasan pemecatan Khairy ialah ucapan beliau dalam kempen PRU15, yang menyatakan 'parti itu sudah sesat dan mahu membersihkannya', yang didakwa menjadi pencetus meragut kestabilan politik UMNO.

Dalam temu bual bersama beberapa media selepas dipecat, Khairy mendakwa ia tidak mengikut prosedur apabila beliau terus dikenakan tindakan itu tanpa sebarang peluang untuk memberi penjelasan dan mempertahankan diri.

(Dari kiri) Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli
(Dari kiri) Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli
 

lats840

Active+ Member
gem
Messages
4,087
Joined
Mar 15, 2009
Messages
4,087
Reaction score
1,360
Points
111
tiga_geng_1675141145.jpg


Ini macam cerita 3 Abdul.

Abdul Wahab = Banyak formula scammer
Abdul Wahib = Anak manja duk bertempek bawah ketiak bapak
Abdul Wahub = Anak buangan

:ROFLMAO:

Tapi cite ni dah lamo dah....
3 org nk create parti baru.. Parti utk org2 muda....
Last2 syed sdiq segaraga yg buat parti muda...
Hahahhahaa....

Tkpo2....
Kito tgk drama seterusnya..
Hehhehe...
🤣🤣🤣
 
Sponsored Post

Top
Log in Register