BTC USD 28,144.2 Gold USD 1,966.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KJ dipecat UMNO, Hishammudin dan Noh Omar digantung

sir_hepi

Active Member
Messages
1,995
Joined
Nov 30, 2018
Messages
1,995
Reaction score
433
Points
51
1675039737472.png
 
Sponsored Post

anbusan

Super Active Member
gem
Messages
9,207
Joined
Jan 22, 2006
Messages
9,207
Reaction score
522
Points
121
H2O ni klau letak jwtan parti dan kosongkan parlimen dia dan join PN..lepastu bertanding balik kat parlimen dia pun dia akan menang.... rasanya org akan paham kenapa dia buat mcmtu .. utk apa jd MP tp digantung parti...semua benda xleh nk buat....in the end nnt parlimen dia terabai ...

dia akan set precedent kalau dia menang.....sbb akan ada MP akan buat benda yg sama..

otw kot tu, tgh bincang2 dgn aboh dulu gamaknye
 

sir_hepi

Active Member
Messages
1,995
Joined
Nov 30, 2018
Messages
1,995
Reaction score
433
Points
51

UMNO bertambah kuat selepas ‘pembersihan’ – Mustapha​


1675043528126.jpeg


KUALA LUMPUR – UMNO akan bertambah kuat dan lebih bersatu padu setelah ia melakukan ‘pembersihan’ dengan memecat dan menggantung sekumpulan individu yang didapati mengkhianat dan mensabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah itu memastikan tidak wujud lagi kem dan puak dalam parti selain daripada ‘puak dan kem UMNO’.

Malah beliau percaya, tindakan ‘pembersihan’ itu menjadikan UMNO lebih bersedia untuk berdepan pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Semua jentera juga tidak pernah luntur semangatnya walaupun kita kalah dalam PRU-15 yang lalu. Perlu diingat UMNO hanya kena pukulan TKO dan bukannya pukulan KO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mustapha mengulas mengenai keputusan mesyuarat Majis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi yang memecat bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

MKT UMNO juga memutuskan tindakan penggantungan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya diberikan surat tunjuk sebab.

Mustapha memberitahu, keputusan yang diambil oleh MKT UMNO dalam mesyuarat malam tadi adalah sebagai menjalankan tugas dan ketetapan serta cadangan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.

Beliau menjelaskan, keputusan itu bukan dibuat oleh Ahmad Zahid bersendirian tetapi keputusan MKT setelah dicadangkan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

“Lembaga Disiplin UMNO telah bertindak mengikut kuasa yang diperturunkan kepada oleh MKT perpandukan peruntukan yang terdapat dalam Peelembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO.

“Seseorang ahli yang terbukti bersalah melanggar peruntukan Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO boleh diambil tindakan samaada diberi amaran, digantung atau dipecat,” katanya.

Mustapha menambah, pemecatan dan penggantungan ahli UMNO bukan tidak pernah berlaku sebelum ini malah bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah dipecat semasa zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Katanya lagi, bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dipecat semasa zaman Dr. Mahathir.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan apabila Lembaga Disiplin dan MKT UMNO berpendapat seseorang ahli itu boleh membahayakan parti dalam tindak-tanduknya.

“Walaupun keputusan itu sukar dan tidak popular tetapi ia perlu untuk kelangsungan parti,” jelasnya. – MalaysiaGazette
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Saya takkan rayu pemecatan daripada Umno, kata KJ​


January 30, 2023 9:01 AM

khairy-jamaluddin-ahmad-zahid-hamidi-collage-300123-1.jpg
Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak berdendam dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggapnya sebagai rakan.

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya daripada parti itu.

Bercakap di Breakfast Grille bersama BFM, beliau berkata tidak ada gunanya merayu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk memecatnya apabila mereka yang mahu dia keluar kekal dalam parti.

“Merayu bermakna merayu kepada entiti sama yang memecat saya serta merta.

“Saya hanya mahu pertandingan secara terbuka untuk (dua) jawatan tertinggi susulan prestasi buruk Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lalu,” katanya.



Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menambah, beliau tidak berdendam dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggapnya sebagai rakan.

Khairy dipecat pada Jumaat kerana melanggar disiplin parti semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
BERITA LANJUT MENYUSUL
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Ab Jalil Backer

1j ·


Pak Lah melepaskan jawatan selepas gagal mempertahankan majoriti 2/3 Barisan Nasional. DS Najib melepaskan jawatan selepas BN kalah 2018.

Apabila kita kalah 2022, jika tidak mahu meletak jawatan pun, sekurang-kurangnya jangan halang pemilihan parti.
- Khairy Jamaluddin
(terjemahan dari wawancara dengan Radio BFM, 30 Jan 2023)
 
Last edited:

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
Menurut pengamal undang-undang, tindakan Umno itu mungkin melanggar Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966. https://cstu.io/fcecb0
dfa805c46d7cfb9a2cd6dcd3de4cd40a.jpg
'Pembersihan Umno boleh dicabar di mahkamah, ROS'
Diterbitkan: Jan 30, 2023 2:32 PM

Dikemaskini: 2:45 PM


Mereka yang terlibat dengan pembersihan secara besar-besaran dalam Umno baru-baru ini mungkin boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau mencabar keputusan itu di mahkamah, menurut pakar undang-undang.

Ini selepas mereka yang dipecat atau digantung mendakwa proses berkenaan tidak dilakukan sewajarnya untuk membolehkan mereka membela diri terhadap tuduhan melanggar disiplin parti.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga peguam, Hassan Karim berkata tindakan Umno itu mungkin melanggar Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 18C menyatakan bahawa keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaan adalah muktamad dan konklusif dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa jua alasan.



Bagaimanapun, Hassan berkata peruntukan terbabit mesti mematuhi prinsip keadilan semula jadi.

Justeru, Hassan berkata sekiranya pemecatan dan penggantungan itu dilakukan dengan tidak mengikut proses undang-undang, termasuk memberi hak kepada tertuduh membela diri, Umno akan melanggar syarat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18C.

“Ketetapan kepimpinan Umno ini (akan) jelas bertentangan dengan syarat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18C yang menekankan keputusan mesti mengikut tafsiran perlembagaan, peraturan atau peraturan Umno.

"Keputusan sewenang-wenangnya Umno yang bertentangan dengan Seksyen 18C boleh dicabar di mahkamah dan ROS boleh campur tangan jika ada aduan yang difailkan oleh ahli Umno," katanya kepada Malaysi



Jumaat lalu, beberapa pemimpin kanan Umno dipecat termasuk bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin
Bagaimanapun Khairy mendakwa pemecatan tu tidak dilakukan tanpa melalui proses sepatutnya.

Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dan bekas ketua Umno Tebrau, Maulizan Bujang - antara yang digantung selama enam tahun - juga mengatakan tidak diberi sebarang ruang untuk membela diri melalui jawatankuasa disiplin.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob juga mendakwa proses penggantungan dan pemecatan itu cacat, dengan menyatakan jawatankuasa disiplin parti tidak pernah menasihati presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan sedemikian.

Bagi peguam Nizam Bashir pula, dia berpendapat pilihan yang ada pada mereka yang terlibat adalah untuk menyaman parti itu di mahkamah.

Bagaimanapun, Nizam berkata berdasarkan dakwaan yang dibuat mereka bahawa proses sewajarnya tidak dipatuhi, Umno mungkin boleh dikenakan tindakan oleh ROS.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register