KJ Cabar Pemenang 3 Pingat Emas Paralimpik 2016 Cipta Rekod Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
KJ cabar atlet paralimpik cipta rekod baharu


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencabar pemenang pingat di Sukan Paralimpik Rio memperbaharui rekod yang dicipta mereka di temasya itu ketika beraksi di Sukan Sea dan Sukan Para Asean Kuala Lumpur tahun depan

Khairy percaya tiga pemenang pingat emas paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly mampu mengatasi rekod dalam acara masing-masing dan menandingi rekod atlet normal

Beliau mahu Mohamad Ridzuan melakukan larian sepantas 11 saat dalam acara 100 meter T36 pada Sukan Para Asean manakala Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly mengatasi rekod kebangsaan atlet normal pada Sukan Sea nanti

"Selepas ini, Ridzuan perlu berlari dengan lebih pantas, Ziyad pula catatan balingan 17 meter harus dalam tangan dan Abdul Latif pula mengatasi rekod lompat jauh atlet normal

"Siti Noor Radiah Ismail pula perlu tingkatkan prestasi dengan pencapaian lebih baik pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dengan warna pingat yang berbeza daripada kejayaan pingat gangsa di Rio," katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan sumbangan daripada Kumpulan Naza kepada pemenang pingat di Sukan Paralimpik Rio, di Menara Naza, Persiaran KLCC di sini

Pada Sukan Paralimpik September lepas, Mohamad Ridzuan meraih pingat emas dengan catatan masa 12.07 saat, Muhammad Ziyad melakukan lontaran sejauh 16.84 meter dalam acara lontar peluru F20

Abdul Latif pula meraih pingat emas selepas mencatat jarak 7.60 meter dalam acara lompat jauh T20 di Rio dan Siti Noor Radiah melakukan lompatan sejauh 5.20m dalam acara yang sama dalam kategori wanita

Dalam pada itu, Khairy turut menasihatkan kepada kesemua pemenang pingat Paralimpik supaya lebih bijak mengurus kewangan selepas menerima pelbagai ganjaran daripada kerajaan dan syarikat swasta

"Semua atlet perlu mengurus dengan lebih baik hasil kejayaan yang diterima. Hari ini anda (atlet) sudah bergelar jutawan, jangan biarkan ganjaran itu mengaburi kejayaan anda selepas ini...ingat di mana anda datang," katanya

Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasirudin SM Nasimuddin berharap atlet paralimpik negara perlu meneruskan kejayaan berganda di Sukan Paralimpik Tokyo empat tahun lagi

SM Nasirudin yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza berkata, tiga pemenang pingat emas itu layak diberi penghargaan dengan ganjaran sebuah kediaman suite di Trion 888, Equine Park serta sebuah kereta Kia Sportage ekoran kejayaan luar biasa yang ditunjukkan oleh atlet berkenaan

Siti Noor Radiah turut menerima sebuah kereta Kia Rio sedan selepas meraih pingat gangsa acara lompat jauh T20 di Rio

"Kami juga turut memberikan ganjaran kepada ketiga-tiga jurulatih paralimpik negara, R.Jaganathan, Mohd Faizol Harun dan Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi atas usaha mereka membimbing atlet negara sehingga menjadi juara," katanya

Nilai keseluruhan sumbangan Naza Corporation Holdings kepada atlet paralimpik negara bernilai RM1.5 juta

http://www.sinarharian.com.my/sukan/kj-cabar-atlet-paralimpik-cipta-rekod-baharu-1.571454
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,103
Reaction score
8,437
Points
1,746
baguslah, insya Allah semoga atlet atlet ni dapat mengharumkan Malaysia nanti. tahniah kepada semua yg terlibat..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
Bila dah jadi jutawan
Ramai pulak 'saudara' munculkan diri
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,103
Reaction score
8,437
Points
1,746
Bila dah jadi jutawan
Ramai pulak 'saudara' munculkan diri
haha tu la. asalnya diorang ni org biasa pastu ada kecacatan sikit, jadi sekali jadi jutawan dengan rumah dan kereta pun dapat free, org jauh pun datang la bertandang, yg tak kenal pun mengaku sedara gak :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,845
Reaction score
9,694
Points
2,226
haha tu la. asalnya diorang ni org biasa pastu ada kecacatan sikit, jadi sekali jadi jutawan dengan rumah dan kereta pun dapat free, org jauh pun datang la bertandang, yg tak kenal pun mengaku sedara gak :D
murah rezeki
dapat habuan satu juta
tiket percuma seumur hidup
 

saudagaar

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2015
Messages
103
Reaction score
4
Points
15
x payah...
buat penat jer, dah boleh goyang kaki kat rumah....
boleh umum bersara jd atlet dah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register