KJ Cabar Pemenang 3 Pingat Emas Paralimpik 2016 Cipta Rekod Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376

With 11 gold medals, Brazil’s Daniel Dias was always going to be compared to Michael Phelps—but he’s his own man 💪🏼
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Paralimpik: Hasihin terkandas di pusingan penyingkiran


KUALA LUMPUR: Pemanah negara, Hasihin Sanawi tersekat di peringkat penyingkiran acara memanah recurve individu terbuka lelaki pada temasya Sukan Paralimpik ke-15 di Rio de Janeiro, Brazil, hari ini

Dalam acara penyingkiran 1/16 di Sambodromo, Hasihin tewas kepada pemanah Poland, Piotr Sawicki 6-0

Pada end pertama, Hasihin ketinggalan hanya satu mata di belakang Sawicki dengan 25-26 dan pada end kedua, beliau tidak dapat melakukan bidikan tepat pada sasaran dan memberi peluang kepada lawannya terus mengatasi dengan 24-21

Pada end ketiga, Hasihin bermula baik dengan lapan mata berbanding Sawicki yang hanya mendapat tujuh mata, namun dalam dua bidikan berikutnya hanya mengenai sasaran enam mata berbanding Sawicki yang mendapat sembilan dan 10 mata untuk memenangi pertandingan itu dengan 26-20

Pemenang pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik London itu melayakkan diri ke peringkat kalah-mati selepas berada di kedudukan ke-25 dalam pusingan kelayakan ranking, Sabtu lepas

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192455
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Keluarga yakin Siti Noor Iasah mampu raih pingat




JOHOR BAHRU: "Kami sekeluarga mendoakan kejayaan Siti Noor Iasah (Mohamad Ariffin) pada peringkat akhir acara 400 meter T20," kata suaminya Muhammad Hafiz Abu Bakar, 33

Katanya, beliau yakin isterinya mampu mengukir kejayaan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas dunia

Muhammad Hafiz berkata, ketika menghubungi isterinya, lewat petang semalam beliau turut menasihatkan Siti Noor Iasah supaya fokus pada acara berkenaan dan tidak terlalu gementar

"Saya yakin beliau mampu meraih pingat pada acara berkenaan kerana prestasinya juga amat baik dalam beberapa kejohanan yang disertainya sebelum ini termasuk di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada tahun lalu

"Ketika bercakap dalam telefon lewat petang tadi, saya banyak memberi nasihat kepada Siti Noor termasuk sedikit tips supaya beliau fokus pada acaranya dan tidak memikirkan perkara lain," katanya yang juga jurulatih sambilan Majlis Sukan Negara (MSN) ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Tiram, dekat sini malam ini

Katanya, beliau juga banyak memberikan tunjuk ajar dan latihan kepada Siti Noor Iasah sejak tahun lalu, selain turut mendapatkan latihan berpusat di MSN

"Kini beliau sudah melayakkan diri ke peringkat akhir dan kami sekeluarga juga berdebar-debar menantikan keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamad Ariffin Khalid, 62, berkata beliau turut mendoakan kejayaan anaknya yang aktif sukan sejak berusia 12 tahun.

"Saya dan isteri, Zatipah Omar, 55, cukup gembira apabila mendapat tahu Siti Noor Iasah melayakkan diri ke peringkat akhir dan kami berdoa beliau akan mencapai kejayaan pada temasya berkenaan," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192467
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
alahai sayang sekali, beza 0.04 saat jer no 4 dgn no 3 siti noor,
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Siti Noor Iasah raih tempat keempat


KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin terlepas peluang meraih pingat gangsa acara 400m T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro

Dalam peringkat akhir yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio pada Selasa, Siti Noor Iasah seakan sudah pasti merangkul pingat gangsa, bagaimanapun pingat itu terlepas dengan tindakan pelari Poland dan pemegang rekod dunia, Barbara Niewiedzial yang merebahkan diri di garisan penamat

Ketua jurulatih olahraga, R. Jaganathan telah mengemukakan bantahan tetapi ditolak juri pertandingan

Keputusan acara itu terpaksa ditentukan melalui 'photo finish' dan juri memberikan pingat gangsa kepada Niewiedzial

"Saya sudah buat yang terbaik dan merasa puas. Dalam 200 meter awal saya sudah mengatasi dia (Niewiedzial) dan 100 meter terakhir pun saya masih ada tenaga untuk memecut ke garisan penamat

"Saya sudah berjaya memotong dia tapi saya tak tahu strategi dia. Dia sudah berada di belakang saya. Mungkin setiap orang banyak taktiknya, masing-masing boleh buat

"Bagi saya, saya bangga dengan diri saya. Kemenangan itu biarlah dengan cara yang betul dan bukannya dengan tindakan yang ***** dan boleh mencederakan diri sendiri," kata pelari berusia 27 tahun itu

Siti Noor Iasah menamatkan saingan di tempat keempat dengan mencatat masa 58.55 saat, sekali gus memperbaiki rekod Sukan Asia miliknya iaitu 58.96s yang dicatat pada peringkat saringan semalam

"Saya tidak menjangka saya akan berjaya membuat catatan 58.55 saat. Saya harap tidak ada sesiapa selepas ini dapat atasi rekod saya. Kalau ada atlet pelapis selepas saya yang boleh atasi rekod ini, dia atlet terbaik," katanya

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk suami dan keluarga yang banyak memberi sokongan kepada dirinya

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz4KCEmDAi9
 

sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
Siti Noor Radiah Ismail Raih Gangsa, Kibar Jalur Gemilang di Rio



Rio, 15 Se - Atlet para negara, Siti Noor Radiah, berjaya meraih pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh T20 Wanita berjaya meraih gangsa dalam acara yang berlangsung sebentar tadi.

Sumbangan pingat gangsa oleh Radiah itu menjadikan jumlah pingat bagi Paralimpik Rio 2016 menjadi empat setakat ini.

Satu video yang merakamkan aksi Radiah mengibarkan jalur gemilang di Rio dimuat naik di laman Twitter.


http://www.siakapkeli.my/2016/09/video-paralimpik-siti-noor-radiah.html
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Astro Arena

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Astro Arena


Kapal terbang yang membawa wira-wira luar biasa Malaysia sudah tiba di KLIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Astro Arena

Atlit paralimpik negara sudah selamat mendarat di KLIA! Kami menantikan ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya, KLIA!
Saksikan secara langsung sekarang di Saluran 801 & 802 HD sekarang!
Tak dapat menontong TV sekarang? Saksikan secara 'Live Streaming' di saluran YouTube Astro Arena!
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
Astro Arena




Ketibaan wira-wira Luar Biasa di Kompleks Bungaraya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register