KJ Cabar Pemenang 3 Pingat Emas Paralimpik 2016 Cipta Rekod Baru

CG Sponsors




agen14

Super Active Member
Joined
Nov 21, 2009
Messages
8,819
Reaction score
72
Points
75
sori..aku confuse..dlm berita pon x de bgtau..pecah rekod dunia untuk para ke untuk yang tak para, makna kata yang normal?
Rasanya rekod dunia untuk para kot.. sebab rekod dunia 8.95 meter dipegang oleh mike powell tahun 1991
 
Sponsored Post

angkasa

Active+ Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
2,949
Reaction score
19
Points
25
Bercakap secara JUJUR...Lee Chong Wei dan penerima pingat dari Malaysia yg lepas mmg SANGAT HEBAT...

Tapi pemenang Paralimpik yg memperolehi EMAS ni JAUHHH lebih hebat...harap kerajaan tidak tutup sebelah mata hanya sebab mereka Paralimpik...
 

faris_sn

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2009
Messages
14,317
Reaction score
12
Points
115
nanti balik Malaysia kat KLIA harap sambutan lebih meriah dr hari tu...

Najib harap dah blocked calender ye...tu hari Najib umum tambahan imbuhan walaupun tak dpt menang Emas...takpe Perak mahupun Gansa mereka tetap hebat

tapi ini PINGAT EMAS OLIMPIK...bukan calang2 competition ni...
 

Kaizen5555

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
13,144
Reaction score
161
Points
123
nanti balik Malaysia kat KLIA harap sambutan lebih meriah dr hari tu...

Najib harap dah blocked calender ye...tu hari Najib umum tambahan imbuhan walaupun tak dpt menang Emas...takpe Perak mahupun Gansa mereka tetap hebat

tapi ini PINGAT EMAS OLIMPIK...bukan calang2 competition ni...
dpt pencen 4k rm sbulan pn da syukur da:)cgrock
 

Kaizen5555

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
13,144
Reaction score
161
Points
123
Respek ngan atlet paralimpik negara..

Adakah tanpa penglibatan badan2 yang mengarut dapat meningkatkan mutu atlet negara- satu kajian kes..

Heheh..
nnt kita akan siasat:)cgrock
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,835
Reaction score
11,169
Points
2,376
Empat pelari paralimpik acara 1500m atasi pemenang emas Olimpik


Para pemenang Paralimpik bagi acara larian 1500 meter kategori lelaki mencatat masa yang lebih pantas daripada pemenang Sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro pada bulan lepas

Ini nyata satu kemenangan yang cemerlang dan menakjubkan

Menurut media antarabangsa, perlumbaan yang diadakan pada Ahad lalu di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil merupakan sebahagian daripada acara dalam kategori T13, yang diklasifikasikan untuk atlet paralimpik dengan masalah penglihatan

Difahamkan, empat pelari Paralimpik itu menamatkan saingan akhir larian 1,500 meter (T12/13) dengan catatan masa yang lebih pantas daripada pemenang pingat emas Olimpik Rio Matthew Centrowitz Jr dari Amerika Syarikat

Centrowitz Jr hanya merekodkan 3 minit dan 50 saat di garisan penamat dan pingat emas menjadi miliknya

Tempat pertama di Paralimpik pula diraih oleh Abdellatif Baka dari Aleria yang mencipta rekod dunia terbaru dengan mencatat masa 3 minit 48.29 saat, dan tempat kedua dimenangi oleh Tamiru Demisse dari Ethopia (3 minit 48:49 saat)

Tempat ketiga dimenangi oleh Henry Kirwa daripada Kenya dengan merekodkan 3 minit 49.59 saat, manakala tempat keempat jatuh kepada Fouad Baka (3 minit 49.84 saat)

"Bukan mudah untuk memenangi pingat emas ini," kata Abdellatif selepas itu

"Saya telah bekerja keras tanpa henti untuk satu atau dua tahun dan ia sangat, sangat sukar bagi saya."

http://www.astroawani.com/berita-su...cara-1500m-atasi-pemenang-emas-olimpik-116622
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,835
Reaction score
11,169
Points
2,376
Chong Wei mahu belajar semangat wira paralimpik


PETALING JAYA: Atlet negara diminta mencontohi semangat juang dan tidak mudah menyerah kalah sepertimana ditampilkan tiga pemenang pingat emas negara di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei ketika membuat gesaan itu, berkata walaupun bukan merupakan atlet normal, semangat yang dipamerkan atlet paralimpik berkenaan melebihi daripada kemampuan mereka

"Bukan saya sahaja, tetapi semua atlet negara perlu belajar daripada atlet paralimpik...kita perlu semangat seperti mereka yang berjuang untuk mendapatkan pingat emas, pecah rekod dunia dan Paralimpik

"Mereka luar biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif daripada 100 Plus kepada lima pemain badminton yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio, di sini hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu turut berkata pemenang pingat emas Paralimpik wajar diberi insentif sebanyak RM1 juta, iaitu setaraf dengan pemenang emas Olimpik

"Mereka memang patut dapat kerana mereka lebih susah berbanding kita. Kami menjalani latihan di tempat yang sama dan saya boleh nampak kesusahan mereka

"Ada yang berkerusi roda, ada satu tangan sahaja...apa pun semangat juang itu kita kena belajar daripada mereka," katanya

Pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas pertama negara menerusi acara 100m T36 (cerebral palsy) lelaki dengan catatan rekod kejohanan baharu 12.07 saat, diikuti kejayaan Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta rekod dunia acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak balingan 16.84m, pada Sabtu

Sehari selepas itu, Abdul Latif Romly terus mempamerkan aksi cemerlang dengan memenangi emas ketiga negara selepas memecahkan rekod dunia acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60m

Sementara itu, Pengurus Pemasaran 100 Plus, Leong Wai Yin mengumumkan bekalan minuman isotonik itu secara percuma seumur hidup dan insentif RM150,000 kepada lima pemain badminton negara yang menyumbangkan pingat perak di Olimpik Rio

Mereka, yang juga merupakan duta minuman isotonik itu ialah Chong Wei yang menerima RM50,000, manakala pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menerima RM25,000 seorang

100 Plus, anak syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, yang melantik Chong Wei sebagai duta produk itu sejak 2011, baru-baru ini mengumumkan komitmennya menaja Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192403
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,334
Reaction score
1,576
Points
596
Terbaik Alhamdulilah:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

awan2u

Active+ Member
Joined
Aug 16, 2008
Messages
2,709
Reaction score
259
Points
51
Mgkn kita patut tukar skuad bola ambik atlet para plk...yg normal asik kalah ja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register