BTC USD 64,936.6 Gold USD 1,785.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kita tak patut merengek atau marah bila orang kafir mengutuk Islam!!!

Jess.Malik

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2011
Messages
3,110
Reaction score
151
Points
38
Assalamualaikum...

Bila orang kafir mengutuk dan menghina Islam, kenapa perlu merengek macam tak keruan? atau menyalak macam anjing yang dah gila menyalak? (Anjing menyalak pun bersebab munasabah)

Pernahkan anda terfikir bahawa adakah orang2 kafir yang menghina Islam tu sebenarnya menghina perangai2 Muslim?

Apakah anda tau perbezaan Muslim dan Islam? Sebenarnya masih ada yang tidak tau. Jadi, untuk memudahkan bagi mereka yang tidak memahami, Muslim itu adalah penganut/pengikut/orang yang menganut agama Islam.

Muslim - Orang yang ikut Islam/Penganut Islam
Islam - Agama atau lebih tepat Ad-deen

Muslim sendiri yang memburukkan Islam dan akibatnya Islam itu mendapat nama buruk dan dihina2,dipijak2, ditaik2kan oleh golongan yang tidak memahami Islam

Jangan kamu INGAT bahawa pengutuk2 Islam akan masuk neraka kerana sejarah telah membuktikan bahawa adanya umat manusia yang menghina Islam mendapat hidayah dari Allah.

Apakah kamu juga sudah lupa bahawa Nabi SAW bersabar ketika dihina di Taif?

Jadi, kita harus ikut cara Islam dan nasihat-menasihati dengan kesabaran tanpa mengira kulit,warna dan bangsa..

Jadi, berhentilah buat kerja2 yang budus...pesanan ini ditujukan kepada semua....kalau semua itu termasuk akulah...kekekekekekeke

Keburukan itu datang diri sendiri dan kebaikan itu datang dari Allah...

aku ada baca satu komen tentang salah siapa Rasullah S.A.W dihina:

sebenarnya aku yang salah nabi dihina.. Aku tak wat dakwah sungguh sungguh.. Aku pancung umat ikut nafsu aku.. Aku takder pikir risau yang sama macam nabi.. Aku tak amal sunnah nabi.. Aku tak hidupkan sunnah nabi dalam diri aku.. Aku malu nak bela janggut.. Aku beli kete dengan riba.. Aku pentingkan dunia, pekerjaan aku lebih aku besarkan dari solat berjemaah.. Aku tak der rasa ape2 bila awek2 ramai tak tutup aurat..

Aku tak rasa ape2 member2 aku tak sembahyang.. Aku biarkan masjid aku kosong tanpa amal.. Aku suke salahkan orang lain tanpa cermin diri aku sendiri.. Aku tak nangis depan allah untuk umat ini.. Aku tak doa untuk umat ini sungguh2.. Aku lupa aku siapa.. Aku ingat aku dah betul rupa2nya aku ingat aku la paling islam.. Bila orang kapor mati aku tak rasa menyesal pun.. Aku gunakan masa aku lebih lama depan internet dari usahakan wat dti sungguh2.. Sebenarnya perkara ni berlaku salah aku..Aku tak usaha sungguh2 untuk umat islam ini bersatu

Aku biarkan mulut aku bercakap dunia lebih lama dari akhirat.. Aku biarkan telinga aku dengar benda dunia lebih lama dari dengar perkara akhirat.. Bila lepas isyak aku jadi antara orang yang pertama balik umah.. Aku tinggalkan masjid aku begitu je.. Aku tak bagitau pun aku tak pesan pun pada masjid aku.. Wahai masjid aku balik umah dulu ye tido esok subuh aku datang kita usaha lagi...... Aku biarkan masjid aku sedih.. Aku tak sayang masjid aku macam mana rasulullah sayang kat masjid.. Aku bleh tido lena kat umah biarkan masjid aku tertunggu tunggu aku kata nak wat dti.. Aku tak faham perasaan masjid macam mana rasulullah faham.. Aku tak rindu kat masjid aku pun.. Macam2 lagi la sebenarnya.. Wahai allah ampunkan aku ya allah.. Aku lemah dalam segala hal.. Bantulah aku untuk usahakan marhalah aku ya allah.. Dan bantulah kawan2 aku di marhalah2 mereka ya allah.. Wahai allah.. Kami nak tebus semua perkara yang menyebabkan rasululullah dihina.. Kami akan usahakan marhalah2 kami sungguh2.. Wahai allah.. Walaupun kami tak pergi demonstrasi.. Walaupun kami tak pergi mengundi walupun apa masyarakat pandang pada kami hanya engkau yang tahu betapa sayangnya kami pada rasulullulah.... Betapa cintanya kami pada rasulullah.. Ampunkan kami semua dan seluruh umat ini..

moga kita dapat iktibar.Wallahualam..


Tidak....tujuan aku adalah sebagai peringatan...setiap sesuatu isu memerlukan pendekatan dan penyelesaian yang berbeza..

Contohnya, jika dalam isu filem Innocence of Muslims demonstrasi merupakan cara yang terbaik(katakanlah), maka kita harus buat demonstrasi secara aman sambil berselawat dengan lembut tetapi yakin, kuat tapi rendah diri dan penuh kecintaan kepada Nabi SAW dan bila sampai ke depan kedutaan USA, kita semua patut berikan Al-Quran kepada setiap pekerja2 di dalam White House dan buat solat hajat depan kedutaan itu sendiri untuk menyampaikan bahawa Nabi SAW tetap berada di maqam yang tertinggi walaupun dihina oleh orang kafir...

Dan boleh jadi kita buat lakonan depan kedutaan untuk merperlihatkan perjuangan Rasul Allah SAW kepada mereka...

Ada macam2 cara untuk kita menyampaikan amaran dengan lembut....
 
Last edited:
Sponsored Post

perwira

Active+ Member
Joined
Aug 9, 2010
Messages
2,715
Reaction score
12
Points
25
lebih baik pertahankan islam tp jgn melampaui batas. musuh islam akan tetap perangi islam walaupun kita berbudi bahasa.
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
patut lebih detailkan lagi
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,707
Reaction score
2,399
Points
201
Sakit hati la.

Chua Soi Lek tu...melampau betul.

Walaupun dalam Al-Quran Allah SWT sebut banyak kali perangai kafir nie.


Bila ingat Allah SWT akan 'pijak2' kafir ni dalam neraka...sejuk sikit
hati aku.

Apapun, Islam WAJIB kuat agar kafir tak melampau.

Malaysia ni sebab MAJORITI Islam...tu yang diorang kecut sikit.

Kalau tak...tengok la Rohingya, Selatan Thailand etc.
 

mynameis

Super Active Member
Joined
May 2, 2012
Messages
6,942
Reaction score
253
Points
81
Secara jujurnya umat islam x patut respon pd provokasi sebegini secara agresif.sebaliknya kena tanya diri sendiri sejauh mana kita mengaplikasikan alquran n sunnah dlm kehidupan kt.ketika a'ishah ditanya mengenai akhlak rasulallah,beliau berkata akhlak rasulallah ituadalah alquran.tp cuba kt tgk rata2 perangai umat islam sekarang.islam hanya pd nama,yg haram cuma **** n anjing aje,yg lain semua bedal,syahadah pun ada yg x boleh baca n faham.kdg2 aku sedih bl tgk umat islam berdemonstrasi membantah penghinaan org2 kafir sehingga ada yg terkorban.padahal sewaktu nabi diprovok oleh seorang wanita yahudi yg tua baginda x pernah membalas dgn kekasaran.sewaktu baginda dilempar batu hgga berdarah oleh penduduk thaif baginda membalas dgn mendoakan kebaikan kepada mereka.cuba tanya diri kt sendiri sejauh mana kt mendekati org bukan islam dan menerangkan n memahamkan tentg islam pd mereka.aku masih igt kisah pengislaman secara besar-besarn penduduk org asli,tetapi stelah mereka islam mereka ditinggalkan tanpa sebarang bantuan hgga akhirnya mereka kembali kepd agama asal mereka.dlm kelas aku ada pelajar2 cina,n setiap kali seblm peperiksaan akuakn nasihatkn pelajar2 jgn meniru kerana perbuatan itu salah n berdosa.smp satu masa ada sorang pelajar cina ni respon'sy x tiru cikgu.tp ahmad(bkn nama sebenar) sy x taula'smbil gelak2 perli.si ahmad pun gelak2 sama tanpa rasa bersalah walaupn dia tau aku n budak cina tu petli dia psl suka meniru time exam.bayangkn betapa panas muka aku masa tu.jd klu org bkn islam menghina islam n nabi, sebenarnya mereka berani melakukannya kerana melihat kita sendiri mrnghina agama n nabi kita tanpa rasa berdosa.
 

tokok_tambah

Active Member
Joined
Sep 1, 2010
Messages
1,588
Reaction score
6
Points
25
aku pun nk up jgk post aku

facebook taknak boikot? yahudi jgk tu. teringt lagi cite boikot2 ni.

Senarai barang yang harus di boikot.
Dutch lady/ ferrero roche - coklat/ wall's - ais krim/ ing - insurans/ planta - margerin/ lady's choice - margerin/ lipton - teh/ shell - minyak/ knoor - perisa makann/ dove - mandian/ sunlight - margerin - pencuci pggn / radiant - deodoran/ rexona - deodoran /ponds - prodk kecantikan /kieldsen - coklat/ slimfast - prodt pelangsing/ ligo - kismis /philips - brgn elektrik /duyvis - mknn ringan/gouda - keju /robin -pencuci lantai n pakaian / ariel - pencuci lantai n pakaian/omo - pencuci lantai n pakaian/labello - lips balm/pickwick - teh/venz - mentega coklat/kinder bueno - coklat/unilever - syarikat/sunsilk - shampo/ fair & lovely - prodk kecantikan/ lux - mandian / vaseline - lips balm/ cif - pencuci lantai/surf - pencuci kain/ wishbone - pencuci kain/doriana - keju krim/bertolli - myk masak/clear - shampo/breeze - pencuci kain/sun - pencuci kain.

akan dtg tambah dlm list tu google dan youtube. jadi kenangan je.

andaian aku betol. marah tetap marah. cume yang xbest tu pasal demo la. macam xde kesan je lepas demo. dari berdemo tu lebih baik duduk sembahyang hajat ke ape. sebab dalam demo tu pastinya ade seorg dua yg xcukup buat sunnah Rasulullah. dalam demo tu jgk silap2 ade provokasi. xkan itu nk ditunjuk kat dunia.

ape tt ckp kat 1st post tu ade kebenaran jgk. org kafir nmpak islam tu xelok sebab perangai orang muslim tu sendiri. mungkin itu kat malaysia je. luar negara xpasti pulak perangai muslim mcm mane. tp nak tnjuk contoh yang baik bukan berdemo. selagi masjid tidak dipenuhi waktu subuh macam solat jumaat.. cmner nk gerunkan diorg.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register