lovebattery
Banned
- Joined
- Dec 11, 2007
- Messages
- 1,280
- Reaction score
- 13
- Points
- 25
assalamualaikum n selamat sejahtera.
Maaf kepada para pembaca beragama Islam di luar sana. Maaf jika aku mengecewakan semangat jihad Islamik kamu atau membuat kamu marah. Tapi inilah realitinya, tiada apa-apa yang holy atau suci dalam konflik Palestin ini. Hanya permainan politik di antara kuasa-kuasa yang terlibat.
Dan permainan politik itu tidak terhad di Palestin atau sekitar dunia Arab sana. Malah di Malaysia ini juga isu Palestin dijadikan permainan politik. Kenapa agaknya media massa setiap kali melaporkan protes atau perhimpunan yang melibatkan Barisan Nasional mereka menyebut “protes yang diketuai Barisan Nasional’ atau ‘perhimpunan anjuran UMNO’ tetapi bila melaporkan protes atau perhimpunan melibatkan PAS, ianya sekadar disebut ‘protes atau perhimpunan oleh badan-badan NGO di Malaysia’?
jika perdamaian dan kewujudan bersama yang kita cari maka mungkin kita perlu memaksa Hamas untuk menghentikan sikap agresif mereka terhadap Israel dan menggalakkan usaha damai antara Hamas dan Fatah. Kembali semula kepada pelan damai dan berusaha ke arah penubuhan negara Palestin yang boleh hidup bersama Israel sebagai jiran, biarpun ianya mengambil masa yang lama. Pastinya Israel juga wajib memberikan komitmen yang serupa, mungkin berhasil jika Israel merasakan tiada mana-mana puak politik dalam Palestin yang agresif terhadap Tel Aviv.
Atau jika pilihan kita ialah kehancuran Israel dan kebangkitan Palestin yang merdeka sepenuhnya, buatlah satu sidang Liga Arab atau OIC, kemudian berikan satu perisytiharan perang bersama ke atas Israel dan sekutu-sekutunya. Rata-rata umat Islam yakin dengan janji yang telah termaktub, bahawa Yahudi itu bangsa yang dilaknat oleh Tuhan dan harinya akan tiba bila bala tentera Islam menakluki Israel dan menyembelih setiap Yahudi yang lalu di depan mereka.
Jadi, tunggu apa lagi? Ini jalan pintas ke syurga. Mati syahid ialah tiket kamu ke syurga. Biar kamu banyak dosa, tapi jika kamu sanggup meletupkan diri kamu di dalam sebuah bas yang penuh dengan Yahudi Zionis, kamu pasti masuk syurga. Bukan aku yang bagi fatwa, tapi Hamas.
Atau semuanya hangat-hangat tahi ayam? Di sebalik keghairahan memijak dan membakar bendera Israel atau Amerika Syarikat umat Islam sebenarnya ragu-ragu sama ada bermatian untuk menghancurkan Israel itu adalah sesuatu yang berbaloi untuk mereka.
Dilema. Umat Islam benci Israel tetapi mereka keliru tentang apa yang mereka mahukan sebagai pengubat kebencian itu. Mereka tidak mahu rakyat Palestin dibunuh tetapi mereka mahu Israel hancur. Apa kita fikir Yahudi mahu buat selamba bila kita jentik mereka?
Ya, Israel memang pakar berlebih-lebihan. Sebutir roket Hamas meletup di ladang zaitun milik peneroka Yahudi, Israel akan balas dengan serangan udara, meriam dan kereta kebal. Seorang Yahudi maut, seratus Palestin hilang nyawa.
Itu tidak betul. Tetapi tindakan Hamas menembak roket ketika pelan damai sedang diusahakan juga tidak betul. Apa lagi bila Hamas terang-terang menyebut asas penubuhan mereka ialah ‘untuk memusnahkan Israel’, percaya bahawa ‘pelan damai tidak membawa apa-apa kebaikan’ dan ‘tidak percaya bahawa mereka boleh hidup bersama-sama musuh mereka’.
Lalu Hamas menjolok sarang tebuan dan terkena sengatnya.
Maka apakah kesimpulannya dari krisis atau pembunuhan yang berlaku di Gaza ini? You reap what you sow. Masalahnya orang awam yang tidak bersalah terpaksa membayar harga semua ini dengan nyawa mereka.
Bagi aku, biarpun ada elemen keagamaan dalam konflik ini (sehingga umat Islam kebanyakannya terbawa-bawa dengan semangat jihad mereka), realiti yang pahit ialah ianya bertitik-tolak tidak lebih dari sekadar permainan politik yang memualkan. Hamas mungkin mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi apakah yang Islamiknya bila mereka mengeksploitasi tempat-tempat awam untuk faedah ketenteraan mereka, melakukan pembunuhan dan keganasan tanpa diskriminasi dan lebih hina lagi membunuh sesama saudara Islam hanya kerana mereka tidak sehaluan (konflik antara Hamas dan Fatah).
Tiada kesucian dalam krisis yang berlaku di Gaza ini. Kita diromantikkan dengan perjuangan jihad membela Islam. Hakikat yang sebenar ialah ia hanya eksploitasi nyawa orang awam demi kepentingan politik masing-masing.
*credits to maximus (doing a gaza)