BTC USD 28,009.5 Gold USD 1,968.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kit Siang: DAP tidak tahu apa-apa cadangan ratifikasi Icerd, Statut Rom

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Khairul Azri bersama Khairul Azri

9m ·

Over excited ni membunuh..

Tular pulak kat twitter kononnya ICERD ni "takde mende", ada 2/3 perlembagaan yang melindungi kita, sign ICERD tak ade 'makne' pun, naratif terbaru dari 'Sekolah Demokrasi'.

Aku dah jawab kat twitter, ni aku copy paste sini sebab aku tau ramai juga warga FB peminat kelas demokrasi Fahmi ni.

Pertamanya, kena tahu, diperingkat antrabangsa ada pelbagai jenis instrumen undang-undang, ada yang disebut sebagai konvensyen, ada juga yang dikenali sebagai treati dan ada juga dikenali sebagai deklarasi ataupun rekomendasi.

ICERD itu sendiri stands for International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, lebih kepada sebuah konvensyen ataupun treati.

Now, persoalannya treati atau konvensyen ni apa pula?

Treati atau konvensyen seperti ICERD ni pula adalah sebuah perjanjian antarabangsa diperingkat PBB.

Semua negara yang menganggotai PBB adalah negara berdaulat dan tidak terikat dengan perjanjian tersebut, kecuali jika negara tersebut menandatangani atau meratifikasikan perjanjian tersebut.

Makanya dalam isu ICERD, kita tak wajib pun untuk tandatangan atau terima apa-apa treati termasuklah ICERD tetapi sekali kita tandatangan dan ratifikasi, kita wajib untuk akur.

Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa kelak, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa tersebut akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

Dan YA, memang benar ICERD mungkin tidak terpakai secara terus pada mulanya di peringkat mahkamah di negara kita apabila Malaysia meratifikasikan ICERD ini suatu hari nanti.

Tapi kena ingat untuk untuk meratifikasi ICERD itu sendiri adalah proses di mana undang-undang ini seharusnya dibawa ke Parlimen dan sudah ada keperluan 2/3 macam yang Fahmi sebut, dan bukannya dibulldoze macam yang cuba dibuat oleh kerajaan PH tempohari.

Barulah kita boleh bincang langkah seterusnya iaitu dibahas dan bincang undang-undang kita sama ada perlu dipinda dan diolah agar selari keduanya, juga memerlukan 2/3 yang macam Fahmi sebut.

Namun, harus diketahui bahawa apabila kita menandatangani dan meratifkasi ICERD ini, PBB mempunyai mekanisma untuk memastikan bahawa negara yang telah menandatangani dan meratifikasinya untuk memenuhi objektif konvensyen ataupun treati tersebut, di mana sebuah komitee akan ditubuhkan berdasarkan Artikel 8 ICERD yang dikenali sebagai Committee on the Elimination of Racial Discrimination (CERD)
Rujuk: https://www.ohchr.org/.../professionalint.../pages/cerd.aspx


Di mana komitee ini bertugas sepenuhnya untuk melihat perkembangan Malaysia, sama ada kita sudah memenuhi komitmen kita seperti mengubah polisi, dasar dan undang-undang untuk memenuhi hasrat perjanjian tersebut.

Malah setiap 4 tahun kita kena membuat laporan progress apa yang Malaysia telah buat untuk memenuhi ICERD tersebut.

Ringkasannya,
YA memang benar Perlembagaan Persekutuan akan kekal sebagai undang-undang tertinggi negara selepas kita meratifkasi ICERD pada mulanya dan selagi kita tidak meminda undang-undang kita, tapi..

Persoalan yang harus kita tanya diri kita semua, adakah melalui langkah menandatangani dan meratifikasi ICERD ini akan menyebabkan kita terpaksa meminda undang-undang kita demi memenuhi objektif ICERD mungkin bukan esok, lusa, tapi 10 tahun, 20, 30 tahun akan datang apabila ada tekanan dari pihak antarabangsa itu sendiri kelak?
Yang mana kita pun mungkin dah tak ada masa hari tersebut.

Jadi pada pendapat peribadi aku,
Boleh tangguhkan dulu lah agenda dan naratif macamni, benda ni dah jadi benda beracun to any political parties. semua pun takut, semua pun lari.

Kasi can Anwar Ibrahim buat kerja untuk rakyat letak makanan atas meja dulu.

Lagipun Fahmi sendiri kata 'sign ICERD ni takde mende pun', so nak kejar buat apa perkara yang 'takde mende' ni kan?
Khairul Azri

1669621039493.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register